Followers

Wednesday, May 30, 2012

samarinda : ameera

sebelum ni aku agak jarang sekali nak layan drama samarinda nih..tibe bila melihatkan rita rudiani kembali berlakon dan jalan crita pun macam menarik..nak jugak aku layan crita ni..sambil sambil main dengan zafirah sambil sambil tengok tv..meh layan sedikit sinopsis drama nih..


comel kan dia bertudung..ni bukan dalam drama ni..dalam cerekarama..lupa dah tajuk crita tu..sweet jer dia mengenakan adijuma..aku baru ada satu...hajat nak buat koleksi, tapi memandangkan harganya agak mahal dari bawal biasa yang selai rm5 tu..terus terkubur :P

Sekuat mana pun kasih sayang dan ikatan sesebuah perkahwinan, namun tidak dapat menandingi kehebatan zuriat terutamanya pertalian darah dari rahim yang sama. Hayati kepasrahan Ameera, walaupun hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan anak. Atas desakan ibu mertua, akhirnya Ameera mencadangkan suaminya mendapatkan isteri kontrak untuk melahirkan anak. Apakah tindakan Ameera akan membawa kebahagiaan ataupun mencetuskan pelbagai masalah dalam rumah tangganya nanti?

Menyusuli MAHABBAH, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Murali Abdullah menerusi drama bersiri AMEERA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam. 

Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.  

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti. 

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila. 

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya. 

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. 

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer. 

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. 

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?  

si dia..

dah pandai buat muka comel..belajar dari mana nih..?! :P



Bila pakai baju macam ni, nampak macam boy boy pulak anak dara mama ni...

senyum sampai ke telinga..tapi tak sampai oleh kerana pipi sangat tembam..

tomolo last day minggu ni hubby kerja..jumaat cuti..yuhuu..asal dia yang cuti aku pulak yang hepi..heh...

sebabnya nak ajak husband pergi jalan jalan shopping shopping..gaji kan dah masuk..haha..keji keji..shopping kan adalah The Best Therapy for women..heh..

lunch today :)

keteow hancur

tapi sodappp

wedding min & pali

semalam FIL & MIL datang...sebagai menantu mithali harus la sebokkan diri di dapor juga sebokkan diri melayan FIL dan MIL..oleh yang demikian, tiada la entry di hari hari berkenaan..lepas lunch tadi FIL & MIL pun dah berangkat pulang...sejak BE nufnang meningkat naik ni semakin bersemangat la saya untuk terus meng'hapdet...heh..dasar mata duitan...

ahad lepas wedding min & pali di Pulau Pinang..both of them adalah ex-ofismate masa kerja kat amd dulu,,min adalah yang rapat selain lagi dua orang close friend masa kerja kat sana...detik percintaan mereka boleh di katakan i pun jadi saksi jugak..hehe..dua dua sangat sweet..kecik molek jerr..muka pun nak seiras..


Bergambar dengan kak aishah dan anaknya nina, kak aishah ni pun one of my best friend masa kat amd..


zafirah adalah sangat behave pada hari tersebut..aku kan pernah crita dia jenis kalau bukan mama or ayah dia yang dukung mesti menangis menjerit jerit punya lah..tapiii...hari tu budak tecit ni sangat la baik..siap kawan kawan amd bawak dia jalan jalan bergambar, aku dan azizi pun boleh la makan dengan tenangnyer..pastu diorang siap cakap, 'baiknya anak u nor..mahu dengan semua orang'..erkkk..aku pun iya kan ajer..hehe..pandai eh cik kak zafirah ni, dia tak bukak rahsia lagi..hehehe..


Yang atas anak kak aishah, nina...budak ni sangat cute..ada chinese look sebab banyak ikut muka mama dia...ala la la..nak jadi penantin lettew...


Yang sebelah aku ni, erin..jugak one of my best friend kat amd..kiranya ni geng keras breakfast, lunch, gosip gosippin..heh..



 Bergambar dengan penantin yang gojess..alhamdulillah dah selamat menjadi isteri kepada kekasih hati kesayangan...



Time ni zafirah nak pegang pengantin lelaki...amboi cik kak kita nih..!!


masa ni dah nak start buat perangai dah..sebab dia mengantok..kak aishah pujuk dengan gula gula..huhu


wishing u both happily ever after...aminnn....

sebahagian dari hantaran
Related Posts with Thumbnails