Followers

Friday, May 11, 2012

perkembangan bayi 4 bulan


Makan kurang kerap
Err..yang ni tak pasti..sebab macam tu jugak makannyer..every 2 or 3 hours aku akan bagi susu..selang selang...bf dan susu formula..tapi sekarang dia makin suka susu formula..nenen pun dah kurang sebab ambik pil..menyesal "-___-...(if second pregnant nanti aku tak nak ambik pil tu dah sebab sebelum ni tak tau la pulak pil tu blh mengurangkan susu ibu..second pregnant?? aminnn...)

Tapi kalau memalam memang kurang menyusunyer sebab dah kurang terjaga time tido..ada la satu or dua kali macam tu...tido sangat nyenyak.yang ni memang aku lega sangat..haha


Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Owh bakat baru rupanya..taniah wahai anak..!!..tetapi dia agak kemalasan bab meniarap ni..meniarap lelama sket mesti menangis minta tolong alihkan..

'Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. ' - dah cuba dah tadi..dia gelak je kat aku..nak kena babap zafirah ni..!


Masa ini untuk makanan pepejal?
Belom lagi..ni dok countdown tunggu 6 month nanti..esaited sangat..eceh..mama dia yang terlebih..puree carrot or nasi air kosong will be your first solid food my dear..rasakan zafirah..tehee..tapi sekarang ni dia dah menunjukkan minat apa yang mama dan ayah dia makan..kesiannyer tengok...rasa macam nak suappp jer..



Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Apa yang dapat dipegangnya semua nak masuk mulut..selalu nyer kain napkin dia la..ataupun telekung mama..hihi..mama dia teruk..telekung selalu letak merata rata atas katil..


Kini mampu bermain sendiri
Aha..dah boleh tinggal kejap dah..boleh la nak masak ke nak mandi ke hape kerr...tapi 2-4minit sekali aku jenguk dia bila senyap semacam jer..sekarang tengah survey mainan yang sesuai kat dia..kesiann..dua mainan je dia ada..puting dengan baby teething...


Mula memahami peranan bahasa
'Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu. '

If aku ulang apa yang dia dok mengomel memang dia gelak besar..tapi xde pulak ma-ma-ma..yah-yah-yah...lambat lagi kot


Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Dulu hitam, putih, merah yang dia berkenan dia nampak..sekarang semua benda dia tengok..dia akan alih perhatian..paling mencuit hati..bila pergi rumah orang termasuk rumah tok tokwan dia sendiri..mula mula sekali bila jejak masuk rumah, mata dia mesti melilau rata..tengok tengok apa yang ada apa yang takde..hehe..azizi ngn aku selalu cakap..'dia dok scan tu..bagi masa dia scan dulu'..hehe..



Lebih memilih orang
Yang ni sangat la betul..kalau aku or azizi yang dukung memang dia akan gelak senyum lebar bila tengok orang lain senyum or usik dia..tapi bila orang lain yang dukung..tak sampai berapa minit..mula la keriau..nangis xmau duduk..gerammm..!


Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Ya, sebabnya dia sehat segar bugar dan kebanyakan menepati syarat syarat di atas..huhu

susulan kes ibu dera anak..


Wanita kesal niat bongkar ibu kandung dera anak disalah erti


2012/05/11

PETALING JAYA: Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandung sendiri selama hampir tiga bulan menjadi episod malang apabila ia disalah erti sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut. 

Perakam video itu, saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.
"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada pemberita sambil mengesat linangan air matanya. 

Beliau berkata, pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lalu, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat supaya menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya. 

"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik. 

"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya. 
Beliau berkata, selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan. 

Shima berkata, wanita itu adalah anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai. 

"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lalu," katanya. 

Beliau berkata, sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial. 

"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan sasaran. 

"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya. 

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatannya itu. 

Kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama. 

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. 

..sumber dari Berita Harian.


Ya Allah..terkedu aku,,,anak bukan tempat melepaskan geram...tak lama lagi dia akan di bebaskan,,mari lah kita sama sama doakan dia bertaubat menginsafi perbuatannya dan menyayangi dan menjaga anaknya dengan baik..aminn...

*aku sampai hari ni teringat ingat video tu...menyesal tgk..huhu

breakfast + lunch orang malas

Kalau nak diet..sila la jadi housewife atau lebih mesra di panggil SRT *suri rumah tangga

Breakfast dan lunch paling malas di dunia..dua dalam satu..kalau dah tade geng nak makan, bertambah dengan kemalasan melampau..ni jer la jawabnyerr..


Cucur udang goreng adabi tambah ikan bilis gunting kecil, sos tomato + sos cili dan air ribena..pelapik meja beli kat giant rm1.99 belom pasang lagi..terserlah malass..

Hari ni for every week adalah hari memotong kuku zafirah...tunggu dia tido jer aku start operasi..kalau dalam keadaan dia sedar..jangan harap..nanti aku yang terpotong kuku sendiri.. (^_^)

Related Posts with Thumbnails