Followers

Wednesday, March 6, 2013

ABAH...

Hari ni genalp sebulan abah pergi mengadap Ilahi..Ya Allah..betapa aku rindukan abah..Ya Allah betapa aku berharap berjumpa abah di dalam mimpi..

Dan semalam aku mimpikan abah..kelakuan abah macam biasa..pakaian yang biasa..tapi abah tak cakap apa2...dalam hati aku terasa nak tanya abang kenapa ada abah, bukan ker abah dah meninggal...tak sampai hati nak cakap takot abah dengar (lawak pulak aku rasa..hehe)...bangun je pagi tadi terus sedekahkan fatihah...

Sebelum meninggal abah tak de la sakit apa2 yang terok terok...maksud aku tak de terlantar di hospital berhari hari..or sakit tak bangun or apa apa..tapi abah ada sakit jantung, paru2 dan kencing manis..dua hari sebelum tu aku sekeluarga balik kampung. macam biasa sehari semalam di rumah azizi. sehari semalam pulak di rumah aku...siang tu pagi abah keluar pergi klinik dengan azizi, ambik ubat sakit di bahu katanya..petang pulak abah keluar temankan azizi pergi hidupkan roadtax. petang pulak aku, azizi, zafirah, abah dan mak pergi  melawat ayah azizi di hospital...masa tu abah sempat berjumpa dengan doctor yang selalu merawat dia..siap boleh gelak2 pulak dengan doctor tu...

Dan malam tu kitorang gerak balik dalam pukul 12 lebih (sepatotnya nak gerak balik pukul 11, tapi terlajak bersembang ngan abang2, mak dan abah..)masa dah jauh dah kami gerak..baru aku teringat aku tertinggal beg baju zafirah tepi tangga dalam rumah..masa kami patah balik..masa patah balik tu mak bgtau abah ada cakap kenapa kitorang tak stay jer balik esok pagi..memang kitorang penah buat..balik pukul 4pagi...tp malam tu tak terasa pulak nak buat macam tu..rasa nak terus balik jer..masa dah dekat Sg Petani azizi pulak teringat dia tertinggal barang kerja dia kat rumah MIL..so sebab letih kami teruskan jugak balik...tapi dalam hati aku terasa macam ada benda je nak jadi lepas tu..tak sedap hati orang kata...

Dah sampai rumah, baru je nak lelapkan mata, abang aku call..mak panggil semua anak2 dia balik. abang cakap abah kritkal dalam ICU, tak sedarkan diri...Ya Allah, hanya Kau yang tahu perasaan aku masa tu...cepat2 bergegas balik...abah tak sedarkan diri sehari semalam...dan pagi selepas subuh hari rabu abah pergi mengadapNya...Ya Allah, aku seperti meratapi pemergiaan abah. Aku tau itu tak baik. Tapi aku tak dapat mengawal perasaan aku. Adik beradik lain pun sama. Abah pergi pada masa yang tak di sangka sangka. Aku ingat abah sehat, umur abah panjang. Tapi Allah lebih sayangkan abah...

Menurut cerita mak aku, malam tu lepas kami balik, dalam pukul 1 lebih macam tu abah batok batok. Batok yang sangat kuat..mak, abang, abang amin semua bangun dan tengokkan abah, lalu bawak abah ke hospital sebab abah mengadu sakit dada..masa perjalanan ke hosp abah pengsan..sampai la pagi rabu tepat jam 7.25pagi abah pergi meninggalkan kami..meninggalkan berjuta kenangan, berjuta kemanisan...

Aku rasakan macam baru semalam berlaku semua ni..dulu aku selalu fikir, macam mana la keadaan/perasaan aku if mak abah aku takde nanti. aku rasa seperti aku tak sanggup dan tak dapat nak lalui semua tu..dan terus taknak fikir benda benda macam tu...tapi bila benar benar dah terjadi, hanya iman yang dapat menguatkan semangat kita, menjadikan kita tabah...

Semoga masa dapat mengubati.  

2 comments:

O'gosh Iskandar said...

Innalillah...takziah buat keluarga awak....Al Fatihah buat Arwar Abah ye...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. al-fatihah. semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yg beriman..

Related Posts with Thumbnails