Followers

Monday, August 27, 2012

Kisah Siti Zulaikha Menggoda Nabi Yusuf

Di sini aku nak share beberapa kisah nabi dan teladan..yang baik di jadikan panduan hidup..ini adalah hasil nukilan suami..hasil pembacaan beliau..nanti nanti akan menyusul lagi lain lain cerita...kisah kisah ni memang sejak dari bangku sekolah or penceritaan dari ibu bapa, kita telah mendengarnya...tak salah kita refresh balik apa yang kita dah lupa..kan??..

Nabi Yusuf dipelihara oleh seorang pembesar Mesir. Pembesar Mesir itu tidak mempunyai anak lalu beliau memelihara Yusuf seperti anak kandungnya sendiri. Isteri pembesar itu bernama Siti Zulaikha. Beliau mendidik Yusuf dengan didikan baik dan sempurna.


Apabila Yusuf meningkat dewasa, ketampanan beliau semakin terserlah sehinggakan ibu angkatnya yang selama ini memeliharanya seperti anak, mula menyimpan perasaan dan memasang angan-angan untuk memuaskan nafsunya dengan Yusuf.

Semakin hari, semakin meluap-luap perasaan Siti Zulaikha terhadap Yusuf. Akibat tidak dapat mengawal nafsunya terhadap Yusuf, Siti Zulaikha pun merangka satu rancangan jahat untuk meggoda dan mendapatkan Nabi Yusuf melalui pemakaian yang mahal dan mendedahkan aurat sebagai cubaan untuk menjerumuskan Yusuf ke lembah maksiat.



Suatu hari, Siti Zulaikha menyuruh pembantunya memanggil Nabi Yusuf ke biliknya atas alasan ada hal penting yang ingin dibincangkan. Setelah dikhabarkan  berita tersebut, Nabi Yusuf pun terfikir "Kenapa perlu aku bertemu ibu dalam biliknya sedangkan perkara itu boleh saja dibincangkan ditempat lain selain dalam bilik tidurnya."

Nabi Yusuf pun pergi mendapatkan ibu angkatnya dalam bilik tidurnya. Sebaik Yusuf melangkah masuk ke biliknya, Siti Zulaikha pun pantas menutup pintu bilik seraya berkata "Yusuf, lekaslah datang puaskan nafsuku!". Nabi Yusuf sedar yang beliau telah diperangkap oleh ibu angkatnya untuk melakukan maksiat. Beliau pun berkata "Saya tidak akan tunduk pada kemahuan ibu dan saya juga tidak akan mengkhianati orang-orang yang telah membesarkanku."

Siti Zulaikha yang tidak keruan telah berkata "Apa yang engkau takutkan, wahai Yusuf? Pintu dan tingkap telah dikunci. Tiada siapa pun yang akan mengetahui apa yang bakal kita lakukan." Nabi Yusuf pun menjawab "Walaupun tiada yang mengetahui namun Allah Maha Mengetahui."

Setelah itu, Nabi Yusuf pun berlari ke arah pintu. Belum sempat Yusuf sampai ke pintu, Siti Zulaikha menarik baju Yusuf dari belakang sehingga koyak dan baki kain tersebut masih dalam genggaman Siti Zulaikha.

Ketika kelam kabut dalam pergelutan, tiba-tiba pintu dibuka dan suami Siti Zulaikha berdiri sambil memerhatikan keadaan yang sedang berlaku. Dalam keadaan cemas itu, Siti Zulaikha pun berkata "Lihatlah anak angkat engkau. Dia telah cuba mencabul kehormatanku ketika engkau tiada disini."

Nabi Yusuf sedar dia sedang difitnah lalu menjawab "Ayahku, ibu yang telah cuba menggoda saya. Saya telah menolak godaannya dan dia telah menarik baju saya hingga koyak." 

Oleh kerana pembesar itu tiada di tempat kejadian, beliau tidak dapat menjatuhkan hukum siapa yang bersalah dalam hal ini. Kemudian datanglah sepupu Siti Zulaikha . Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan terutamanya dalam hal kewanitaan. Dia pun berkata " Jika baju Yusuf koyak dari hadapan, maka Yusuflah yang bersalah. Namun, jika baju Yusuf koyak dari belakang, maka Siti Zulaikha yang bersalah."

Setelah melihat bekas baju Yusuf dibahagian belakang masih dalam genggaman Siti Zulaikha, tahulah beliau bahawa isterinya yang bersalah. Beliau pun memerintahkan agar Siti Zulaikha meminta ampun kepada Yusuf atas kejadian yang berlaku.

Pengajaran:

Kita hendaklah sentiasa menjaga diri kita dari perbuatan maksiat agar Allah akan melindungi kita dari segala fitnah dan azabNya.


raya kami

ehem ehem...tadi lepas timbang berat...nasib masih pada angka yang sama..nasib nasib...raya kali ni memang mulut tak henti henti mengunyah..dulu masa tade zafirah tak la macam ni sebab nya lebih sibok di dapur..sediakan juadah untuk tetamu...tapiii..bila dah ada anak kecik ko akan dapat keistimewaan pengecualian..semua akan kata p la dok depan jaga anak..hehehe...so bila dok depan banyak yang terhidang..mulut pun asyik ngap ngap je la...

ok ok..lama tak hapdet, so macam ada kerajinan sket nak pot pet dalam ni..

gambar raya tade la banyak..masing masing malas nak bergambar..kalo tak aku yang paksa..huhuhu..

kitorang gerak balik masa hari jumaat pagi..balik rumah mertua dulu, then sabtu petang baru balik rumah my parents..

balik kampung pakai baju kurung uolls...

hari raya pertama lepak lepak kat rumah sambil melayan tetamu yang datang petang pulak beraya rumak mak pak saudara...sebelah mak dan abah dah tade tok dan tokwan dah..so selalu hari raya mak pak saudara la yang selalu kami pergi beraya...



zafirah dengan sepupu aishah dan tok wan









 tak cukup satu family lagi..family akak pinat..

 zafirah asyik nak tengok spek mata pak teh dia...






hari raya kedua balik rumah mertua..kat rumah mertua sanak saudara datang ramai giler...berduyun duyun kot..sampai lenguh mulut ni duk senyum ha...hihihi..yang paling seronok zafirah la..dapat duit raya.,hehe..

hari ketiga dan keempat, turn kami pulak pergi beraya...

raya keenam dan ketujuh turn kami sekeluarga pergi beraya rumah kawan kawan..




wah..sakan raya kali ni...

semalam baru pulang dari alor setar..habes dah hari beraya kami..beraya kat rumah sendiri pulak :)

Related Posts with Thumbnails