Followers

Tuesday, June 19, 2012

dinner mama ayah + zafirah, puree labu dan epal..

sekarang i nak ajar dia tidor pukul 11..so kena pastikan petang start 6 or 7 tidokan dia, dalam sejam lepas tu dia akan jaga..dan biarkan dia jaga sampai pukul 11..

sebab sebelum ni tido dia macam tak teratur sket..kadang kadang tido pukul 10 then terjaga pukul 11..mata segar bugar pulak tu..tunggu la pulak pukul 1 nanti baru dia tido...

tadi dia menjerit sakan..zafirah memang jenis suka menjerit if ada apa apa yang kurang memuaskan hati dia or dia mengantuk sesangat..sebelum ni ada jugak la dia menjerit..tapi bila dah masuk 6 bulan ni, perangai pun bertambah..asyik menjerit jerit je dia..

hairan..ikot perangai sapa tatau

dia pun dah tertido sekarang..ini masa mama hapdet blog..heh..sebab esok macam tak berpeluang je nak hapdet sebab esok adalah extra sibukk...

esok my PIL datang..so harusla mengemas rumah extra lebih sket..kemas bilik tetamu yang penuh ngan barang zafirah dan kain baju yang tak lipat..hehe..

dinner kami malam ni..


paprik campur + nasi putih

i tade idea nak masak apa malam ni..so menu ni senang nak buat plus tak perlu masak yang lain..sebab dah ada semua..sayur mayur pun sekali ada dalam paprik ni..yang penting suami suka..heee..


dinner zafirah...puree epal + puree labu + bubur nasi

i stim epal dan labu..dalam masa yang sama i tanak bubur nasi kosong...


bila dah masak semua..i blend sekali..

hasilnya...

dan result pada zafirah..dia tak suka pun..siap buat muka lagi..haha..i rasa dia tak suka epal tu..maybe sebab epal tu ada rasa masam sket..epal merah should be rasa manis kan..so i stop kasi dia..lebihan bubur nasi yang ada i blend dan campur dengan susu pastu kasi dia...dia memang laju kalau bubur nasi plus susu ni...

esok i plan nak masak labu + ubi kentang + bubur nasi..if dia tak suka jugak i nak try tambah susu..

ibu ibu kena lebih kretif dalam menyediakan menu si kecil yang kita tak tahu lagi apa kegemaran dia kan..

harap i bertambah rajen menyuap zafirah pelbagai jenis menu yang berkhasiat dan i have to stop bagi dia nestum..nestum memang dia suka sebab manis...makanan segera ni tak elok sangat untuk bayi kan...ebih baik bagi dia yang asli...

aqiqah zafirah part II

suasana kenduri..
kebanyakkan jemputan adalah saudara mara...



  
yang berbaju oren tu sepupu azizi..ada dua wife...sebelah yang pakai lebai tu pun sepupu dia gak...masa yang pakai lebai tu datang kat diorang sempat perli azizi menuntut ilmu dari sepupu yang baju oren tu..ishh..nak kena nihh..!!












 aisshh..kusyuk nampakk...grrrr...

zafirah jeles mama dukung baby lain..
 ini anak sepupu azizi...muda sebulan dari zafirah..tapi sama berat dengan zafirah..hehe
 money..money..money


alhamdulillah...selesai dah aqiqah dia..selesai jugak eden mengupload picas kat sini..heh..

resepi : pancake




 bahan bahan

@ 1 cawan tepung gandum
@ 2 biji telur
@ 1 sudu besar butter yang tidak keras (i guna unsalted butter)
@ 1 sudu teh serbuk penaik 
@ sedikit garam
@ 1 cawan susu cair / susu segar

cara membuatnya

1. kisar semua bahan
2. panaskan pan. ambil sesenduk dan tuangkan ke dalam pan anti-stick dengan api yang kecil tanpa perlu letak marjerin pada pan. caranya tuangkan di tengah tengah pan dan biarkan ia melebar sendiri
3. biar sehingga kelihatan lubang lubang seperti di bawah. kemudian alihkan..masak sebentar then angkat.


4. hidang bersama syrup choc dan mix dried fruits..ikot suka hati u..makan dengan butter, jem or etc..gerenti sodappp..!!


first solid food for your baby..

here i kongsi dengan semua info i dapat dari http://www.sarakids.com/blog ...


Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. 6 bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.

Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.

Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu

** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya) 

Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa  – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar.  apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

Saya hanya kongsi beberapa tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:

Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – ehem, dah lama tinggal subjek microbiology nih) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

breakfast today + penyediaan bubur nasi bayi 6 bulan

masa i tengah siapkan breakfast untuk i, i masak bubur nasi untuk zafirah..

breakfast yang di bawa ke lunch..dua dalam satu

pancake + mix dried fruits + choc syrup

kali ni i masak dulu bubur, dah masak baru i blend sehalus halus nya...kadang kadang i blend beras dulu, but this time i blend selepas masak..sebab if blend beras terlebih dahulu, bila masak ada jugak beras yang tak hancur...i kan dok rumah jer, banyak masa, so takde hal la if i nak tunggu lama bubur masak, berbanding jika blend beras dulu cepat je bubur tu masak..

2 sudu besar beras + sayur sawi + ubi kentang

beras di basuh terlebih dahulu...ubi dan sayur sawi di cincang halus..masukkan semua sekali dalam periuk bersama air..dalam 1/2 - 1 jam dah masak..

dah masuk 4 hari menu zafirah yang ni..so malam ni i nak buat resepi baru kat dia...bubur nasi + carrot + ubi kentang + sawi + ikan bilis..insyaAllah...

semalam i beli epal merah..if rajen petang ni or esok i akan suap dia puree epal..

alhamdulillah..setakat ni tade masalah nak suapkan zafirah dengan food..she loves food..kadang kadang if i lambat bagi next suapan dia menjerit nak cepat cepat..hehe..memang tak sabar budak tecit ni..

hari ni macam biasa la, hari hari i ada pembantu i yang setia di dapur ni...





wachaa...

tuan rumah nak menyelit jugak.. :p
Related Posts with Thumbnails