Followers

Wednesday, June 6, 2012

resepi : ikan tiga rasa..

menu dinner tadi, makan dengan telur dadar campur mayonis, tomyam lunch tadi bersama sayur mayur masak sos tiram..

ini adalah resepi MIL...tengok dia masak ikan tiga rasa ni sangat ringkas..so bodek bodek la mintak resepi..hehe..actually tak perlu pun mintak resepi dari dia..dia akan cerita sendiri kalau kita tanya..so cepat cepat la kita ambik pen dan kertas..heh..dah banyak la resepi resepi yang di turunkan kat menantu dia nih..kagum dengan MIL..beliau sangat rajen memasak resepi resepi yang kadang kadang kita pun tak pernah makan masakan tu..




bahan bahan :-

@ ikan kerapu 
@ 1 biji tomato * 
@ 1/2 biji bawang besar di potong bulat
@ 1 inci halia *
@ 1 inci halia di hiris nipis (untuk menumis) 
@ 3 ulas bawang merah *
@ 2 ulas bawang merah di hiris nipis  (untuk menumis)
@ 2 ulas bawang putih *
@ 2 ulas bawang putih di hiris nipis (untuk menumis)
@ 4 tangkai cili padi *
@ carrot di potong dadu
@ timun di potong dadu
@ 4 sudu besar sos tiram *
@ 2 sudu besar sos cili *
@ 2 sudu besar sos tomato *
@ garam & gula

cara membuatnya :-

1. sediakan ikan..salut garam kunyit..percikkan tepung jagung..tak perlu salut..supaya ada crunchy2 sket..then, goreng...


2. kisar bahan bertanda *
3. tumis bawang merah dan bawang putih beserta halia sehingga naik bau.
4. tambah air dan masukkan bahan yang di kisar tadi. 
5. setelah agak mendidih, masukkan bawang besar, carrot & timun.
6. biarkan seketika sehingga bahan tersebut layu...err layu ke eh..hentam saja la..heh..
7. perasakan dengan garam dan gula
8. setelah siap masak, tuangkan ke atas ikan yang di goreng tadi..done !!

* kalau ada nenas kiub kiub tu baru cukup syarat..

lunch today


tomato, carot, bawang besar, cendawan, anak jagung, bawang putih, asam limau, daun limau purut, serai, cili padi, perencah tomyam adabi, thai tomyam paste, lee kum kee seafood sauce, udang dan ayam 

bihun tomyam

main campak campak jer..mudah..masak air, masukkan ayam dan perencah perencah, tunggu sampai ayam masak, pastu campak jer semua..

ni di kira menu diet nih..coz takde letak minyak..ayam pun tak banyak sangat...menu untuk seorang setengah..setengah lagi sebab azizi yang akan habiskan bila dia pulang nanti sementara nak tunggu dinner dia habiskan ini dulu..

ingat lagi pesanan nenek i, if masak apa apa dan suami takde masa tu (exmple: pergi kerja) kena simpankan bahagian untuk suami..terutama bila ada anak banyak, kanak kanak mana tahu kan, benda makanan mesti nak habeskan, cepat cepat simpankan untuk bahagian suami..kesian suami balik penat penat tengok kat dapur isteri masak macam macam tapi takde untuk dia.

penah sekali tu..aku masak mee bandung, bila dia balik dia pergi dapur, dia tanya aku masak mee ke..sebab nampak sisa mee dalam periuk..aku jawab yer, tapi dah habes..sebab masa tu aku masak sket sangat..alahai kesian..lepas tu aku cakap sorry sebab tak simpan kat dia..dia tak kesah sangat pun..tapi kita la bila dah suami tanya macam tu, mesti kesian kan, even food yang kita masak tak sedap mana pun..

i bukan sorang sorang kat dapur, i ada pembantu, dia la yang potong sayur, bersiang semua ni..haa...


pembantu i semasa masak, sidai kain n lain2..

dah nak mula dah...

ha..kan dah kata..pembantu i dah nangis la..

busyukk..tak mandi lagi time ni..lewat sket mandi pagi ni sebab hujan lebat..sesejuk sesangat..

geram tau budak kecik ni..bukan boleh duduk sorang sorang main..memula dia dok sorang sorang main atas katil..dah siap aku potong ayam udang, dok memanggil manggil dia nak kita ada depan dia..alahai...ni yang buat aku risau, macam mana la nak tinggal kat rumah pengasuh bila aku kerja nanti..takot pengasuh tak layan jer..kesiann dia menangis sorang sorang..bila aku kerja??..huhu..cari pun belum makk..tunggu la aku bersedia nanti..biar la sendiri jaga anak sendiri..walaupun orang akan kata penat belajar empat tahun kat universiti..end up jadi suri rumah sepenuh masa..hurmm..hadapi dengan tabah

bukan senang aku nak ambik keputusan tidak bekerja dan jaga anak sendiri sambil melupakan kemewahan dunia..yang tu aku kena tolak tepi siap siap..semakin hari semakin sayang nak tinggalkan zafirah..semakin kesian kat dia...memang boleh antar kampung, mak, mak mertua jaga kan..tapi mampu kah i bertahan tak tengok muka dia hari hari...sayu kot bila fikir..

Related Posts with Thumbnails