Followers

Monday, November 5, 2012

pap smear

adakah anda sudah menjalani ujian pap smear..jika belum cepat cepat yer..saya sudah..tunggu result bulan dua tahun depan..mintak mintak tade apa-apa..amin...kalau ikut kerajaan, ujian ini akan di jalankan setahun sekali..

nak di jadikan cerita..nurse dah kasi tarikh ujian tu 5 nov..mati mati aku ingat 5 nov tu ahad..iaitu semalam...dah sepuloh kali lebih gtau azizi..aku kena pergi buat ujian pap smear hari ahad...semalam awal gila bangun bersiap..dengan kakak azizi sekali aku ajak, lagipun dia pun nak renew roadtax keta dia..bila dalam keta masa dok susukan zafirah, belek belek jam rupanya baru 4hb..pastu aku konfem balik ngn azizi dan kakak dia adakah haritu 4hb atau 5hb..sama sama cakap 4hb..hahahaha..haiyakk...ini lah nasib org yang tidak berkerja yang tak selalu belek kalender..hihih..malunyer...kesian diorang kena sama sama bangun awal keluar ngan aku..hehehe

 masa ni tengah tunggu SIL pergi kedai gambar..cik kak kita ni konon konon tengah drive sambil mulut mengomel tak henti..



macam nak letak caption 'kasih sayang ayah'..yang gambar bawah pulak 'kasih sayang mama'...heee

muka budak bangun pagi tukar baju tapi tak mandi..hehehe

 masa ni kak JPJ, tunggu SIL jugak...lama jugak tunggu...


gambar di bawah adalah kejadian pagi tadi...hari hari baru la betul betul ada ujian pap smear...hehehe...nasihat aku untuk korang...jangan takot..tak takot pun..kalo dah kawen mesti tak sakit punya..lain la kalau masih 'anak dara'...heuheuheu...
semangat nak buat ujian pap smear lantas menyarung seluar ffinkk...kalah puteri umno uollss..

info mengenai ujian pap smear...sumber dari http://www.sioloon.com/t10209-ujian-pap-smear

Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.
Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.

 

1 comment:

Tihara said...

as salam

pentingkan ujian ni..thanks 4 sharing :)

Related Posts with Thumbnails