Followers

Wednesday, November 28, 2012

Elliot Blouse (The Poplook)..RM45 only

blouse ni i pakai sekali jer..pastu i dah tak pakai..tersimpan elok di dalam lemari..sebab i jual baju ni agak besar sket ngan i....so, baju ni mencari tuan baru..hohoho..!!
 

Preloved
The Poplook blouse (poppy collection)
Wore it once only
RM 45.00 (including postage), previously bought RM59.00
Size: XS
contact me: norhaizan85@gmail.com or 012-5980209(sms only)

 
 
description from http://www.thepoplook.com/2686-elliot-blouse-beige-mini-flowers.html
Elliot Blouse - Beige Mini Flowers
POPPY

This blouse is classic. The billowy sleeves are perfect over form fitting pants or skirts!

Silky material
Colour – Beige Mini Flowers
Available in sizes
Modeled in size XS
Measurements when laid flat (please double for full circumference):
Size XS (fits UK 6-8)
Length: 58cm
Bust: 44cm
Waist: 44cm
Hips: 50cm

Thursday, November 22, 2012

easy DIY: cardigan, no sewing needed

another easy diy-ing to be shared with u guys..sgt sgt simple..just gunting di bahagian tengah baju..tak perlu di jahit sebab i lagi suka di biarkan macam tu then lama kelamaan ia akan tergulung di hujung dengan sendiri...

 baju ni i pakai dua kali jer kot..sebab jenis strechable yang agak ketat..sgt tak sesuai dengan i..masa beli tu pakai ambik jer..sebab berkenan sgt dgn lace dan stripe dia...balik rumah try ketat la pulak..then, malas pulak nak pergi tukar sebab ingat nak pakai memalam bila cuaca sejuk/hujan..sebab kain dia agak tebal, kurang sesuai di jadikan inner..so, i transform it to cardigan..yeayy...another new cardigan in my wardrobe...

potong di tengah di bahagian depan baju...lipat untuk pemotongan lebih lurus...bahagian bawah baju pun i potong sedikit sebab agak labuh..i want to make it as standard size cargidan..

 tadaaa...




so, if baju yang korang ada dah tak muat di pakai..this is the solution..tambah button or any accessories jika suka..

till then,
selamat mencuba..

easy DIY: hi low tops

lagi diy-ing..hohoho..inilah aktiviti di masa senggang yuk...hi low tops ni sgt la senang senang...just cut out bahagian bawah baju lama yang korang dah tak pakai..or to make your favourite top more fasionable...

i lupa nak ambik pic sebelum...but selepas di potong macam di bawah..


potong melengkung di depan..dan sedikit melengkung di bahagian belakang baju..seperti garisan dalam gambar di bawah








till then,
selamat mencuba :)

Wednesday, November 21, 2012

DIY: draped cardigan

ini adalah baju lama yang di transform kepada cardigan bernafas baru..hoho...act, baju ni sangat tidak pakai sangat..sebab sangat ketat di bahagian dada..sangat la tak selesa...beberapa kali je kot pakai, tu pun di buat sebagai inner..

first, potong di bahagian tengah

pada bahagian bawah baju, potong mengikut garisan di dlm gambar...membentuk cebisan segitiga

 cebisan segitiga tadi di cantum di jahit pada bahagian atas baju


 syioknyerr..ada cardigan baruu..heee



for more details check it out here..lebih jelas dan details lagi..

till then,
selamat mencuba :)

Saturday, November 17, 2012

sweater pink zafirah

dah lama i beli sweater ni..beli sekali dengan sweater coklat yang selalu di sarung zafirah tu..yang pink ni size 24m..tapi i macam tak sabar nak dia pakai yang ni sebab i rasa comel sgt design dia, ada gambar kucing kat depan..dah ler pink..so gegirl kan...

see...comel kan..

ni masa keluar pergi sunway carnival haritu..tapi bila sarung besar sket la..takpe takpe, budak budak kan comel, pakai baju besar besar pun tetap nampak comel :))


outfit haritu..sekarang suka sangat lace..nak beli lagi la baju lace 2, 3 lai..hohoho...azizi ohh azizi..

Friday, November 16, 2012

inner lace scarf

currently i suka pakai shawl/pashmina bersama dengan inner lace ni..i think it is better to wear this inner rather than normal inner yang anak tudung hitam tu...tapi i tak reti la pakai yang jenis bagi nampak di luar.silang silang bagai..i pakai dia mcm anak tudung biasa jugak...inner ni nipis dan sangat sesuai la bagi yang bermuka dan berkepala tembam bam macam i ni, kerana ia beri effect kepala yang agak kecil..if pakai yang biasa tu nanti kepala nampak besar..ye dokk?? huhu..

lagipun bila pakai inner ni nampak lebih kiut bila kelihatan even sedikit bila megenakan shawl/pashmina..so sweet jer kan..ye la tu..hihi..

i beli ni kat mydin alor setar...rm1.90 je satu..nanti pergi lagi i nak ambik pulak kaler lain..berkenan sangat..dah ler murah..

masak memasak

lama tak post food yang di masak oleh surirumah mithali ni..mentang mentang la hari hari masak, maka tak heran sangat la nak post gambar food ni..hehe, act, kadang kala lupa nak snap..pastu mai la perasaan menyesal tak snap food yang special yang agak sukar di masak pada hari hari biasa..haha..over kan?..so meh layan pic food malam ni..

bihun hailam..

ketuk bawang putih, tumis, masuk ayam..lepas ayam masak, letak sos tomato, lada hitam dan kicap, pastu sotong, bihun dan sayur mayur..siap..hiaskan daun bawang dan daun sup..sedia di makan..nomnom..


Wednesday, November 14, 2012

kemalasan

ini bukan double kemalasan malah triple kemalasan. semalam baru balik dari alor setar. tengah malam. barang barang dalam keta terus campak depan ruang tamu. pagi ni belum bersentuhan dengan barang barang tu lagi.

ya ampun. semalam masa kat rumah MIL. dalam fikiran berjanji bila kat rumah nak kemas rumah 100% bersih, cantik clean & clear. sebab masa di rumah MIL, adalah kerajinan mengemas sket sket di rumah MIL. i kan menantu mithali..hohoho

i tak tau bila nak start kemas. bilik tidur pun belum terkemas lagi. ini kan pula tempat lain..haishh malas malas..apa nak jadi dengan mak dara ni

to do list today :-

*kemas bilik tidur
*simpan baju yang di lipat last week ke dalam lemari
*angkat kain ampaian dan lipat
*kemas baju dlm bag packing balik kpg
*sapu sampah ruang tamu
*kemas stor yang super serabut sebab dah berkurun tak di kemas
*kemas meja makan..buang fruits yang lama
*listkan barang dapur perlu di beli petang ni.

okay, nampak banyak kan. dengan usaha gigih mesti dapat setel today. if not. tunggu esok ajak suami bersama..apa yang penting KERJASAMA ...!!

 sama sama nak tayang bracelets..

Sunday, November 11, 2012

makan kenduri

dah lama i tak kena panggilan kenduri..ni stail cakap orang utara...masa study dulu i ada kawan org melaka, depa panggil pergi makan kenduri tu pergi kerja kahwin..mana mana pun maksud sama ja la kan..

act, tak plan sangat pun, sebab kalau ikotkan hari ni nak balik kampung, tup tup azizi kena pulak stand by dari rumah if ada apa2 emergency kat kilang dia kerja...so, tadi pergi rumah akak, sebab jemputan ni pun dari kawan akak dan bapa saudara dia...so dua kenduri la ni...memang penuh perot..kenyang ya amat..nampaknya esok pagi la baru balik alor setar sebab masing masing dah tak larat..azizi pun tak larat nak drive balik...

zafirah sekarang bila dalam keta jer main main kejap, mengomel sorang sorang lepas tu nanges nak susu, lepas susu mesti tertido...




kat rumah mak ngah zafirah, masa ni tengah tunggu akak balik..so, merasa la kami jadi tuan rumah kejap...

Saturday, November 10, 2012

DIY: simple batwing top

batwing top atau dulu di kenali butterfly blouse..sangat sangat mudah..tipu la kalau tak tau buat..hehehe..

here, simple tutorial i did sketched for you guys.....


a) lebih kurang dalam 1 meter kain..i prefer chiffon..jahit tepi halus or jahit biasa pada keliling kain segiempat tersebut..then lipat dua bahagian

b) setelah di lipat potong melengkung pada bahagian tengah untuk di buat bukaan leher

c) jahit pada dua baris yang bertanda seperti di gambar (c) mengikut saiz badan...done !!

paired with purple pants


till then,
selamat mencuba :)

Tuesday, November 6, 2012

current obsession

pastel colour
penuhkan gerobok from head to toe with pastel colour outfits...berangan *__*

chiffon
juga mahukan gerobok di penuhi dengan chiffon blouse...

faded jeans
always IN all the time...


coloured pants
misi mencari light pink & maroon coloured pants

accessories
oh..mmg kegemaran dari bangku sekolah tetapi terhenti lepas kawen..sebab masa baru kawen orang tua tua pesan hanya pakai gold accessories baru nampak macam orang dah kawen...haha...now sambung mengumpul..


 baju dan tudung tak iron =__=

beaded bracelets.. 'jajan' masa shopping groceries semalam..^_^

obsession all the time..my little Z

Monday, November 5, 2012

pap smear

adakah anda sudah menjalani ujian pap smear..jika belum cepat cepat yer..saya sudah..tunggu result bulan dua tahun depan..mintak mintak tade apa-apa..amin...kalau ikut kerajaan, ujian ini akan di jalankan setahun sekali..

nak di jadikan cerita..nurse dah kasi tarikh ujian tu 5 nov..mati mati aku ingat 5 nov tu ahad..iaitu semalam...dah sepuloh kali lebih gtau azizi..aku kena pergi buat ujian pap smear hari ahad...semalam awal gila bangun bersiap..dengan kakak azizi sekali aku ajak, lagipun dia pun nak renew roadtax keta dia..bila dalam keta masa dok susukan zafirah, belek belek jam rupanya baru 4hb..pastu aku konfem balik ngn azizi dan kakak dia adakah haritu 4hb atau 5hb..sama sama cakap 4hb..hahahaha..haiyakk...ini lah nasib org yang tidak berkerja yang tak selalu belek kalender..hihih..malunyer...kesian diorang kena sama sama bangun awal keluar ngan aku..hehehe

 masa ni tengah tunggu SIL pergi kedai gambar..cik kak kita ni konon konon tengah drive sambil mulut mengomel tak henti..



macam nak letak caption 'kasih sayang ayah'..yang gambar bawah pulak 'kasih sayang mama'...heee

muka budak bangun pagi tukar baju tapi tak mandi..hehehe

 masa ni kak JPJ, tunggu SIL jugak...lama jugak tunggu...


gambar di bawah adalah kejadian pagi tadi...hari hari baru la betul betul ada ujian pap smear...hehehe...nasihat aku untuk korang...jangan takot..tak takot pun..kalo dah kawen mesti tak sakit punya..lain la kalau masih 'anak dara'...heuheuheu...
semangat nak buat ujian pap smear lantas menyarung seluar ffinkk...kalah puteri umno uollss..

info mengenai ujian pap smear...sumber dari http://www.sioloon.com/t10209-ujian-pap-smear

Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.
Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.

 
Related Posts with Thumbnails