Followers

Friday, September 7, 2012

balik kampung emergency

isnin malam baru baru ni dapat kol dari MIL yang nenek azizi sakit kuat..sebelum ni nenek adalah sihat, sakit biasa biasa saja..sakit orang tua..fyi, nenek azizi dah 80 lebih..tapi masih kuat berjalan..masih kuat bergerak sana sini..masih kuat buat kerja rumah segala..tapi kesian..nenek diserang sakit di perut yang amat sangat..

selasa malam kami bergegas pulang..nenek terlantar je kat rumah PIL..nenek degil taknak pergi hospital. biasa la orang tua kan..lepas di pujuk semua orang baru nenek nak pegi..rabu pagi nenek di hantar ke hospital dengan ambulans..lepas x-ray di dapati nenek mengalami ulser di perut..dan ulser tu pecah..

dan doctor mengesyaki mungkin ada kebocoran pada dinding perut..

lepas di diagnos dengan mir baru la doc dapat kesan tempat yang terluka tu..

tengah malam tadi nenek menjalani operation untuk menjahit kawasan luka tu..alhamdulillah dalam pukul 3 kami dapat kol nenek dah selesai pembedahan. semalam kami dah bertolak balik rumah. keadaan nenek stabil dan di masukkan ke icu..

alhamdulillah..mendoakan yang baik baik sahaja untuk seorang yang kuat dan tabah seperti nenek azizi..




1 comment:

Nazirah Azeman said...

sy doakan nenek baik2 selalu

Related Posts with Thumbnails