Followers

Friday, August 31, 2012

shopping baju zafirah

semalam round round kulim dan seberang perai nak cari walker..tapi tak beli beli sebab kebanyakkan kedai yang kami masuk tak banyak pilihan pun..plus, ada kedai kat alor setar banyak pilihan yang ada...tunngu balik sana la baru ingat nak beli..

singgah kejap jusco beli baju zafirah..baju baju pakai rumah dia sekarang ni kebanyakan dah semakin senteng, dah semakin seksi mekci..dapat la beli 3 helai..

then, azizi suggest pergi satu kedai ni di machang bubuk..opismate dia gtau memang banyak pilihan baju budak budak..kain dan jenama berkualiti..

sampai sana, memang best...rambang mata..semua cantik cantik...dan aku perasan kebanyakkan baju kat situ sama dengan baju baju yang di jual online..macam oshkosh, carter's, guess, dll..

harga..biasa biasa ja..takde la murah sangat aku rasa..sebab tade sale...aku rasa murah lagi if baju budak kat jusco bila sale...bila tanya salesgirl kat situ bila ada sale..diorang gtau susah jugak diorang nak tau..kadang kadang chinese new year, christmas ada la..untuk raya memang selalu takde..












total semua dalam rm170.00..ok la kan, dapat 4 helai seluar panjang, satu seluar pendek, 2 helai baju lengan panjang dan dua baju lengan pendek..

sesiapa yang nak tau location kedai ni..just drop your comment kat bawah, nanti aku reply..sebab memang dari dulu lagi i dah dengar pasal kedai ni..tapi dulu tak tahu kat mana...

Wednesday, August 29, 2012

isu puasa ganti, sunat shawal dan ziarah


Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)


Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Tuesday, August 28, 2012

D.I.Y baju kurung moden patch lace

baju raya yang di pakai pada hari raya pertama..100 % diy uolls...


baju kurung moden bersama lebihan lace yang di guna masa wedding last year, guna sikit je pun..tapi terbeli sampai 1/2 meter.. suku meter pun dah cukup sebenarnya..guna pada awning tudung kawen...tapi ada gunanya jugak sekarang..bila jakel dah tak jual 1/2 or 1/4 meter lace..menyampah..



 ini antara cabaran yang i hadapi semasa menyiapkan tampal lace ni...haishh..senorok nyer dia...

 pada bahagian lace bawah, letak elok elok..peniti kan..i tak letak peniti, i terus jahit jelujur...

 kemudian baru la i potong menghampiri dengan bunga lace tu...lagi dekat lagi better...tapi i malas nak dekat dekat sangat..huhu...

 then, jahit sepert biasa..guna kaler benang mengikut kaler baju..baru la tak nampak sangat jahitan pada lace tu

close up jahitan 


 pada bahagian dada baju..i potong bunga lace dahulu..kemudian letak pada bahagian dada dan peniti kan...ikot la corak mana yang korang nak..i memang tade idea masa ni...pakai letak jer..huhu

then, jelujur..pastu jahit seperti biasa..lepas dah siap jahit. jangan lupa buang benang jelujur dan jarum peniti tau..huhu

 kalau rajin tambah la dengan beads..i letak pearl beads..jenis bulat bulat tu...i guna kaler shocking-pink (saiz besar) and pearl-white (saiz kecik)

 close up



kain pulak i jahit bentuk skirting...gambar penuh tuan badan mengenakan baju raya ni kat sini

siap my baju raya...yeay!!

senang kan...next project pacth lace hitam pulak..semoga i rajen membuatnya..tehee


till then.
selamat mencuba :)

berkhatan

aku tak tahu umur bulan yang sesuai untuk berkhatan anak perempuan..ada yang kata kecik kecik lagi dah boleh..ada yang kata tunggu boleh duduk dulu..

so kitorang ikot nasihat mak mak katanya tunggu budak tu dah boleh duduk...

nasib la my sis duk kat area sini dan tahu tempat untuk berkhatan..sekarang kan susah nak cari bidan untuk berkhatan..

tadi bawak zafirah berkhatan di klinik munirah permatang pauh..kena pergi bila ada doctor perempuan..tak salah dalam kad, dia ada pada hari selasa, khamis dan jumaat..hari lain di take over oleh husband dia..dr. iskandar...


sekarang suka sangat buat mulut macam tu..aishh..geramm...



senaman ringan sebelum di khatan..hehe


baru la aku tahu sangat la senang dan mudah..memula di panggil untuk di sapu cream..cream bius kot..then doc panggil untuk di khatan..kejap je. buang pun sket jer..yang di 'buang' tu diorang kasi dan diorang pesan supaya di tanam..

drama queen







:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V


Monday, August 27, 2012

Kisah Siti Zulaikha Menggoda Nabi Yusuf

Di sini aku nak share beberapa kisah nabi dan teladan..yang baik di jadikan panduan hidup..ini adalah hasil nukilan suami..hasil pembacaan beliau..nanti nanti akan menyusul lagi lain lain cerita...kisah kisah ni memang sejak dari bangku sekolah or penceritaan dari ibu bapa, kita telah mendengarnya...tak salah kita refresh balik apa yang kita dah lupa..kan??..

Nabi Yusuf dipelihara oleh seorang pembesar Mesir. Pembesar Mesir itu tidak mempunyai anak lalu beliau memelihara Yusuf seperti anak kandungnya sendiri. Isteri pembesar itu bernama Siti Zulaikha. Beliau mendidik Yusuf dengan didikan baik dan sempurna.


Apabila Yusuf meningkat dewasa, ketampanan beliau semakin terserlah sehinggakan ibu angkatnya yang selama ini memeliharanya seperti anak, mula menyimpan perasaan dan memasang angan-angan untuk memuaskan nafsunya dengan Yusuf.

Semakin hari, semakin meluap-luap perasaan Siti Zulaikha terhadap Yusuf. Akibat tidak dapat mengawal nafsunya terhadap Yusuf, Siti Zulaikha pun merangka satu rancangan jahat untuk meggoda dan mendapatkan Nabi Yusuf melalui pemakaian yang mahal dan mendedahkan aurat sebagai cubaan untuk menjerumuskan Yusuf ke lembah maksiat.



Suatu hari, Siti Zulaikha menyuruh pembantunya memanggil Nabi Yusuf ke biliknya atas alasan ada hal penting yang ingin dibincangkan. Setelah dikhabarkan  berita tersebut, Nabi Yusuf pun terfikir "Kenapa perlu aku bertemu ibu dalam biliknya sedangkan perkara itu boleh saja dibincangkan ditempat lain selain dalam bilik tidurnya."

Nabi Yusuf pun pergi mendapatkan ibu angkatnya dalam bilik tidurnya. Sebaik Yusuf melangkah masuk ke biliknya, Siti Zulaikha pun pantas menutup pintu bilik seraya berkata "Yusuf, lekaslah datang puaskan nafsuku!". Nabi Yusuf sedar yang beliau telah diperangkap oleh ibu angkatnya untuk melakukan maksiat. Beliau pun berkata "Saya tidak akan tunduk pada kemahuan ibu dan saya juga tidak akan mengkhianati orang-orang yang telah membesarkanku."

Siti Zulaikha yang tidak keruan telah berkata "Apa yang engkau takutkan, wahai Yusuf? Pintu dan tingkap telah dikunci. Tiada siapa pun yang akan mengetahui apa yang bakal kita lakukan." Nabi Yusuf pun menjawab "Walaupun tiada yang mengetahui namun Allah Maha Mengetahui."

Setelah itu, Nabi Yusuf pun berlari ke arah pintu. Belum sempat Yusuf sampai ke pintu, Siti Zulaikha menarik baju Yusuf dari belakang sehingga koyak dan baki kain tersebut masih dalam genggaman Siti Zulaikha.

Ketika kelam kabut dalam pergelutan, tiba-tiba pintu dibuka dan suami Siti Zulaikha berdiri sambil memerhatikan keadaan yang sedang berlaku. Dalam keadaan cemas itu, Siti Zulaikha pun berkata "Lihatlah anak angkat engkau. Dia telah cuba mencabul kehormatanku ketika engkau tiada disini."

Nabi Yusuf sedar dia sedang difitnah lalu menjawab "Ayahku, ibu yang telah cuba menggoda saya. Saya telah menolak godaannya dan dia telah menarik baju saya hingga koyak." 

Oleh kerana pembesar itu tiada di tempat kejadian, beliau tidak dapat menjatuhkan hukum siapa yang bersalah dalam hal ini. Kemudian datanglah sepupu Siti Zulaikha . Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan terutamanya dalam hal kewanitaan. Dia pun berkata " Jika baju Yusuf koyak dari hadapan, maka Yusuflah yang bersalah. Namun, jika baju Yusuf koyak dari belakang, maka Siti Zulaikha yang bersalah."

Setelah melihat bekas baju Yusuf dibahagian belakang masih dalam genggaman Siti Zulaikha, tahulah beliau bahawa isterinya yang bersalah. Beliau pun memerintahkan agar Siti Zulaikha meminta ampun kepada Yusuf atas kejadian yang berlaku.

Pengajaran:

Kita hendaklah sentiasa menjaga diri kita dari perbuatan maksiat agar Allah akan melindungi kita dari segala fitnah dan azabNya.


raya kami

ehem ehem...tadi lepas timbang berat...nasib masih pada angka yang sama..nasib nasib...raya kali ni memang mulut tak henti henti mengunyah..dulu masa tade zafirah tak la macam ni sebab nya lebih sibok di dapur..sediakan juadah untuk tetamu...tapiii..bila dah ada anak kecik ko akan dapat keistimewaan pengecualian..semua akan kata p la dok depan jaga anak..hehehe...so bila dok depan banyak yang terhidang..mulut pun asyik ngap ngap je la...

ok ok..lama tak hapdet, so macam ada kerajinan sket nak pot pet dalam ni..

gambar raya tade la banyak..masing masing malas nak bergambar..kalo tak aku yang paksa..huhuhu..

kitorang gerak balik masa hari jumaat pagi..balik rumah mertua dulu, then sabtu petang baru balik rumah my parents..

balik kampung pakai baju kurung uolls...

hari raya pertama lepak lepak kat rumah sambil melayan tetamu yang datang petang pulak beraya rumak mak pak saudara...sebelah mak dan abah dah tade tok dan tokwan dah..so selalu hari raya mak pak saudara la yang selalu kami pergi beraya...



zafirah dengan sepupu aishah dan tok wan









 tak cukup satu family lagi..family akak pinat..

 zafirah asyik nak tengok spek mata pak teh dia...






hari raya kedua balik rumah mertua..kat rumah mertua sanak saudara datang ramai giler...berduyun duyun kot..sampai lenguh mulut ni duk senyum ha...hihihi..yang paling seronok zafirah la..dapat duit raya.,hehe..

hari ketiga dan keempat, turn kami pulak pergi beraya...

raya keenam dan ketujuh turn kami sekeluarga pergi beraya rumah kawan kawan..




wah..sakan raya kali ni...

semalam baru pulang dari alor setar..habes dah hari beraya kami..beraya kat rumah sendiri pulak :)

Related Posts with Thumbnails