Followers

Friday, July 20, 2012

esok puasa esok puasa

zaman muda muda dulu bila nak puasa hari ni mesti makan puas puas..makan banyak banyak takot esok lapar..hahaha..sebab esok tak leh makan dah...hehe..ape la pemikiran macam tu kan..walhal malam pun boleh makan lagi..

ingat lagi siang siang mesti teringin nak makan itu nak makan ini..sambil dalam hati malam ni aku mesti makan yang ni yang itu..bila malam tak makan pun..sebab tersangat kenyang makan juadah berbuka sampaikan masa terawih asyik menguap jerr..hihihi...

masa darjah 3, darjah 4 jual kad raya..jual kat kelas pastu malam jual kat surau masa terawih, orang sembahyang kat depan, kita kat belakang asyik menjual...hehehe..terok kan..

tapi sekarang, bulan ramadhan la sangat syahdu, bulan nak kumpul banyak banyak pahala..bulan nak jauhkan diri dari segala kejahatan..

semoga ramadhan kali ni sama sama lah kita mengumpul banyak banyak pahala..seperti merasakan belum tentu kita akan bertemu ramadhan akan datang. Waallahu'alam..


No comments:

Related Posts with Thumbnails