Followers

Wednesday, July 18, 2012

7 bulan dan 1 hari








sekarang dah pandai..

menyulur sana sini..laju pulak tu..mama kata macam askar...ayah pulak kata macam terminator..hihi..jenuh nak pedo takmau bagi p rata..so secara tak langsung mama pun bersenam dalam rumah..hihi

bila mama pakai tudung mula merengek nak mama yang dukung, sebab dah tahu bila mama pakai tudung mesti nak keluar..ayah dukung pun taknak..nak mama saja..dia tak tahu ayah la yang nak drive keta bawak kita keluar..hehehe

bila kat shopping compleks, bila dalam stroller sambil duduk dah macam mak datin haa..marah bila kita tak sorongkan dia..amboii..kecik kecik pandai mengarah..bila nampak orang siap usha orang tu..haha..yang ni kelakar..siap orang senyum senyum balik..kadang kadang mama hairan kenapa orang tu senyum senyum, patot la ada si kecik ni terlebih peramah..sampai orang datang dekat cubit cubit dia...hehehe..zafirah zafirah..

bila ayah marah naikkan suara sebab taknak tido, dia senyum gelak gelak pulak kat ayah..tak jadi ayah nak marah..hehe

mainan ayah dan mama beli banyak banyak taknak main..benda lain yang dia nak main...pantang nampak benda baru, mesti nak pegang nak makan..

dah pandai tengok kartoon, tambah tambah boboiboy dengan upin ipin..tercongak je tengok..

No comments:

Related Posts with Thumbnails