Followers

Saturday, July 21, 2012

sahur hari pertama

malas nak snap pic food pagi ni sebab tak menarik..daging masak kicap, semalam punya, sup ayam, semalam punya jugak dan ayam goreng kicap..ni baru yang fresh, tengah perapkan ayam bersama kicap dan sos sos lain serta bawang bawang garam gula..resepi my mom..tiap kali bulan puasa time sahur mesti ada ayam ni..kegemaran kami adik beradik..

now tengah panaskan minyak sambil hapdet blog..huahuahua..sempat lagi..azizi masih tido lagi..lauk lauk lain dah siap perangat..malas nak rebus telur masin sebab di awal awal puasa ni masih berselera sahur lagi..

zafirah hanya jaga pukul 3 tadi..bagi susu tido balik..macam biasa..harap harap dia tak terjaga masa sahur nanti..

petang ni balik alor star..sambut puasa kat sana...sebelum tu nak singgah jusco tukar baju..semalam pergi sana cari baju raya si kecil tu..bila balik masa try baru perasan ada terkoyak sket..harus la di tukar..kesiannn..takmo zafirah pakai baju koyak koyak..ayah kata takpe sikit jer..tapi mama tak boleh tak boleh..huhu

jap lagi pukul 5.10 baru cun nak makan...




perasmian maxi skirt baru..harus la gambar 2 3 keping..heww...

bye..
minyak dah panas..

Friday, July 20, 2012

esok puasa esok puasa

zaman muda muda dulu bila nak puasa hari ni mesti makan puas puas..makan banyak banyak takot esok lapar..hahaha..sebab esok tak leh makan dah...hehe..ape la pemikiran macam tu kan..walhal malam pun boleh makan lagi..

ingat lagi siang siang mesti teringin nak makan itu nak makan ini..sambil dalam hati malam ni aku mesti makan yang ni yang itu..bila malam tak makan pun..sebab tersangat kenyang makan juadah berbuka sampaikan masa terawih asyik menguap jerr..hihihi...

masa darjah 3, darjah 4 jual kad raya..jual kat kelas pastu malam jual kat surau masa terawih, orang sembahyang kat depan, kita kat belakang asyik menjual...hehehe..terok kan..

tapi sekarang, bulan ramadhan la sangat syahdu, bulan nak kumpul banyak banyak pahala..bulan nak jauhkan diri dari segala kejahatan..

semoga ramadhan kali ni sama sama lah kita mengumpul banyak banyak pahala..seperti merasakan belum tentu kita akan bertemu ramadhan akan datang. Waallahu'alam..


Thursday, July 19, 2012

motivasi diri


Wednesday, July 18, 2012

berangan lah kau

terberkenan laaa.....santekkk sangattt...alangkah indahnyer jika ini menjadi handbag raya tahun ni...hewhewhew


Souce : Elmeera's Boutique

7 bulan dan 1 hari








sekarang dah pandai..

menyulur sana sini..laju pulak tu..mama kata macam askar...ayah pulak kata macam terminator..hihi..jenuh nak pedo takmau bagi p rata..so secara tak langsung mama pun bersenam dalam rumah..hihi

bila mama pakai tudung mula merengek nak mama yang dukung, sebab dah tahu bila mama pakai tudung mesti nak keluar..ayah dukung pun taknak..nak mama saja..dia tak tahu ayah la yang nak drive keta bawak kita keluar..hehehe

bila kat shopping compleks, bila dalam stroller sambil duduk dah macam mak datin haa..marah bila kita tak sorongkan dia..amboii..kecik kecik pandai mengarah..bila nampak orang siap usha orang tu..haha..yang ni kelakar..siap orang senyum senyum balik..kadang kadang mama hairan kenapa orang tu senyum senyum, patot la ada si kecik ni terlebih peramah..sampai orang datang dekat cubit cubit dia...hehehe..zafirah zafirah..

bila ayah marah naikkan suara sebab taknak tido, dia senyum gelak gelak pulak kat ayah..tak jadi ayah nak marah..hehe

mainan ayah dan mama beli banyak banyak taknak main..benda lain yang dia nak main...pantang nampak benda baru, mesti nak pegang nak makan..

dah pandai tengok kartoon, tambah tambah boboiboy dengan upin ipin..tercongak je tengok..

Tuesday, July 17, 2012

jualan murah pinggan mangkuk kembali

do read below post..sesiapa tinggal berdekatan kulim..mai la cek oi mai cek mai...hehe...


poplook hana maxi skirt

i tengah mencari cari maxi skirt jenis kembang setaman sambil tidak menampakkan bentuk punggung or line spetot bila pakai baju yang paras paras pinggang..kena tengok pada material jugak kan..lycra dah tentu a big no no no..sebelum di tegur suami sila ambik tindakan dulu..

so jamu jamu mata poplook..hari hari i bukak kot..hahaha..terbekenan dgn this maxi skirt..rasanya dapat memenuhi kehendak hati..

simple plain black. boleh sesuai ngn apa pun kaler blouse. ye dok??


successful sudah...awal pagi pulak tu buat payment..muehehehe...

Monday, July 16, 2012

tema kaler baju raya kami biru, korang?

aritu pegi kamdar beli chiffon kaler biru muda dan maroon..masa pegi tu lupa bawak lace..so tak tau nak matching dengan kain kaler aper..nasib balik balik try letak rasanya kaler biru muda yang menepati hati. baru la lace tu nampak menyerlah skit..yo yo oo jer la...

so, secara tak langsung baju raya zafirah dan ayah harus la kaler biru muda sama macam mama..tahun lepas beli baju azizi dulu kaler oren peach..last last cari baju raya aku kaler tu sangat susah..sebab masa tu preggy, susah la nak cari yang sama warna..so tahun ni azizi dah sound awal awal cari baju raya aku dulu..yang lain menyusul kemudian..hehehe..

tadi pergi giant beli barang makan puasa..ni adalah acara wajib sebelum masuk bulan puasa. beli kurma, milo 3 in 1, ho ho ho horlick, telur masin, susu segar dan papadom..rasanya last year pun barang barang ni mesti ada, dan takkan kehabisan stok bila puasa..hee...

lepas tu jalan jalan sekitar giant sempat rembat 2 helai pashmina, yang pada mulanya berharga rm18 per helai..tapi tawar punya tawar dapat la rm22 untuk 2 helai..hahaha..ganaz tak ganaz..mesti tuan kedai tu berdoa aku tak dtg lagi kedai dia..hahaha

jalan jalan jumpa kedai jual accessory vintage..jumpa pulak ring yang sama size ngan jari kecik kemetot ni..sebab jenis boleh laras kan..terus sambar this cute oversize vintage ring..

masuk book store nak cari hijabista..alahai..tak jual..banyak dah book store yang tak jual..end up beli ni..lagi banyak manfaat kan..makanan di bulan puasa nanti..dan bulan bulan lain jugak

   yang siri 4 dah lama beli..yang siri 2 yang baru di beli..ada jugak tangan si kecil nak inteprem kan...


pot pet pot pet

suami tengah online..isteri pun tengah online sambil perati si kecik yang tengah aktif..act, isteri dah sangat mengantok..but, still menahan mata sebab si kecil tak mo tido lagi...main main dan main..menyulur sana sini..kadang tu dalam posisi merangkak tapi terhayun menonggek badan ke depan ke belakang..hahaha..kelakar...

aritu pergi kamdar beli dua pasang kain chiffon, 3 meter setengah, cadang nak buat baju raya dan di tampal lace..kat kulim ni i tak tau nak beli kain kat mana..yang i tau kat bukit mertajam ada kamdar kat sana, so i beli sana..boleh je tunggu balik kedah, shopping kain kat kamdar or jakel..tapi kat jakel...i ada bad experience ngan pekerja jakel sana...mula sebab diorang dah tak kasi beli kain lace suku or setengah meter..kena beli cukup helai baju..mak aii..baru je tahun lepas i beli lace suku meter untuk lekat pada awning tudung kawen..banyak helai pulak tu..sekarang dah tak boleh..dah ada rules baru..tah hape..sebab tu i macam menyampah dah nak pergi situ..dah la eksen semacam pekerja dia..menyampah menyampahhh...




aritu i pakai tapered pants..i rasa huduss sgt..yg ni i rasa ok kot..*sambil tak sedar diri yang bagai rendang tak berbuah..heh..

sekarang tengah semangat mengumpul shawl/pashmina/bawal leopard printed..baru ada dua..kalau kumpul yang ni husband tak marah..husband suka sebab modal tak banyak..kalau kumpul fareeda..haa..yang tu husband bising..hehehe..





 haha. kena buli lagi,

Wednesday, July 11, 2012

untuk penggemar blouse dress Poplook

i pun sekarang dah terjebak..hehehe..dulu usha usha tolong pilihkan untuk kawan. sekarang sendiri pun suka. dulu tak berapa suka sebab nampak macam hi fashion sangat. sekarang tak kesah. semua orang dah minat kot.

i ada jumpa satu online shop fb yang jual blouse, dress sebijik poplook..but way more cheaper. i rasa la. sebab banyak banyak i cari tak jumpa lagi yang semurah tu. tapi pre order untuk blouse dress pop look dah habes. tunggu je la next next batch pulak..

so, pengemar blouse dress poplook, meh la stalk fb beliau..



my current wishlist

mesin jahit
oven
vacuum cleaner baru
stand steam iron

empat saja. tak banyak. semua tu keperluan srt sepenuh masa.


sahur..

hari ni i berpuasa. esok puasa lagi. insyaAllah. cukup puasa ganti i. sebelum ni i tak ganti puasa. sebab i menyusu zafirah. agak kerisauan sedikit. so i ganti sekarang. bila i dah kurang menyusu dia.

i sahur nasi goreng kampung-tak berapa kampung pagi tadi, i buat banyak untuk husband..tapi husband tak makan, dia breakfst susu je pagi tadi. sungguh org putih husband i ni. i pun tak lalu susu pagi pagi. so i tapau kat dia.

i siapkan bahan bahan malam tadi, i simpan dlm fridge dan ada dlm taperware letak luar. 


keropok teganu (jiran kasi). ayam potong dadu. ikan bilis goreng garing garing. celery. sedikit garam. cili padi tumbuk. ikan bilis tumbuk. telur. bawang putih bawang merah.

goreng ayam. letak garam kacau rata. masuk telur. kacau lagi. sampai masak. masuk ikan bilis. kacau kacau lagi. masuk bawang bawang. nasi. celery. cili padi. goreng dan goreng. then, jadi la nasi goreng.hehe. sapa yang tak tau buat nasi goreng kan. semua orang pandai.


husband sms kata nasi goreng kali ni sedap dari yang lain nasi goreng i penah buat. nak bodek lettew.





moody. senyum pun tak mau dah.

Monday, July 9, 2012

pot pet pot pet

 rasa cun.sebab itu letak besar besar. menyampah kan mak budak ni. muka setalam penuh

 baby gambar mcm mana pun tak per..sebab baby comel. tade dosa..masih suci..



 dua pekara terindah dalam hidup


 kesian. boleh tengok ajer



 usha orang belakang. sebab ada boboy dok cak cak dia kat belakang..hehe


yaw.yaw.

gambar kejadian semalam. round round jusco nak cari dress zafirah untuk raya tapi tak jumpa yang berkenan.banyak dress bunga bunga. zafirah dah banyak dress munga munga. nak cari yang plain saje. tapi bila dah jumpa simple sangat pulak.heh

rasa macam best lagi shopping baju baby kat quensbay. sebab ada banyak butik pakaian budak. so boleh pilih situ, jusco perda tak banyak pun yang ada. rasa rasanya lah..sebab dah tawaf satu jusco kot. hahaha.

so plan cari dress di tunda ke bulan puasa. boleh melawat nenek dan mak wa zafirah sekali. dan shopping baju raya zafirah kat sana

masa kat jusco jumpa kawan satu kelas satu u dulu..jumpa dia anak dan isteri. nampak lain. dah tak banyak cakap. i jer yang terlebih lebih tanya itu ini. nasib wife dia peramah. kalau duk lama lama sembang dengan wife dia boleh jadi geng ni..haha..dulu rasanya dia la yang banyak cakap, tegur orang, happy go lucky. sekarang nampak serius sket. dah matang kot.haha. sebab i dulu pemalu, pediam orangnya.haha.menyampah kan. bila dah kawen je over semacam. keke.

dah dah. tak baik kata orang. sekarang zaman dah berubah. orang dah pakai honda, audi, bmw..i je berterusan dok macam ni..tapi i happy..itu yang penting.




Saturday, July 7, 2012

resepi: puding roti kukus



bahan bahan :-

@ 8 keping roti di potong empat
@ 3 sudu besar tepung custard
@ 6 sudu besar gula
@ 1 sudu besar butter (butter di lembutkan dahulu, dengan panaskan sebentar di atas api kecil...if nak butter cepat lembut) 
@ kismis / mixed dried fruits
@ 1 tin susu cair (susu cair i ada setengah jer, so i campur dengan 3/4 kotak kecil fresh milk)
@ 3 biji telur
@ 1 sudu teh esen vanila

cara membuatnya :-

1. Blend semua bahan kecuali kismis sehingga sebati
2. Susun roti ke dalam loyang, taburkan kismis dan tuangkan adunan tadi. i buat secara berperingkat, first layer dulu, tuang adunan dan tabur kismis. kemudian second layer.
3. Pastikan semua roti di basahkan/rendam ke dalam adunan.


 sedia untuk di kukus


3. Kukus dengan api/suhu yang kecil. multicooker yang dapat masa kawen ritu baru di rasmi..hewhewhew


4. Setelah masak, biarkan sejuk terlebih dahulu. kemudian masukkan ke dalam peti. tapi i prefer makan panas panas. enak gitu..!! eceh...


not a Saturday weekend anymore

rasa tak best. sebab husband kerja hari sabtu. cuti ahad dan isnin. time keja normal seperti biasa. tapi sabtu dah tak macam selalu. 

i dah tak rasa weekend di hari sabtu even bukan i yang keja. heh.

nasib husband pulang makan lunch jap lagi. xde la rasa sunyi. mengada kan..

ok, itu je i nak hapdet. i xde bahan sebenarnya. i rasa nak tido dan tido sahaja. zafirah pun masih tido lagi. rumah i belom kemas. husband kata kakak ipar dan kawan kakak ipar nak datang tengok zafirah. tapi i taktau nak jamu  makan apa nanti. biskut biskut or masak mee, bihun etc. rasanya mood harini adalah malas. dah tentu i jamu biskut je nanti. huhu.

senyum tawar di pagi sabtu...haha..mengada..

Friday, July 6, 2012

kembali.kembali

hohoho.kembali bersiaran.kembali bersiaran.heh..this week i kureng hapdet..selasa lepas zafirah demam..dua hari pulak tu..dah ler dua minggu lepas dia demam jugak..kesian.but kali ni bukan demam selsema. dia sakit tekak. tekak merah. kesian. nak minum susu pun tak nak. sebab tekak sakit kan.alhamdulillah, dah beransur pulih. minum susu pun dah banyak sekarang.cuma makan jer tak berapa berselera lagi..

alahai kesiannye...

hari hari mama doakan zafirah sihat sihat.mama tak nak zafirah asyik demam. makan jadi kurang, susu pun kurang. nanti berat zafirah turun. masa pergi jumpa paed dia gtau masa umur 5 - 6 bulan baby memang kerap demam sebab antibodi ibu dalam badan dah berkurang, so badan dia adalah fragile, mudah sangat nak terkena demam

pity my sweet little girl

 ok.sekarang zafirah dah sehat.dah kembali aktif seperti biasa.esok mama masak sedap sedap untuk zafirah k (sedap ker? menu yg sama jugak..hehe)..

Related Posts with Thumbnails