Followers

Wednesday, June 6, 2012

lunch today


tomato, carot, bawang besar, cendawan, anak jagung, bawang putih, asam limau, daun limau purut, serai, cili padi, perencah tomyam adabi, thai tomyam paste, lee kum kee seafood sauce, udang dan ayam 

bihun tomyam

main campak campak jer..mudah..masak air, masukkan ayam dan perencah perencah, tunggu sampai ayam masak, pastu campak jer semua..

ni di kira menu diet nih..coz takde letak minyak..ayam pun tak banyak sangat...menu untuk seorang setengah..setengah lagi sebab azizi yang akan habiskan bila dia pulang nanti sementara nak tunggu dinner dia habiskan ini dulu..

ingat lagi pesanan nenek i, if masak apa apa dan suami takde masa tu (exmple: pergi kerja) kena simpankan bahagian untuk suami..terutama bila ada anak banyak, kanak kanak mana tahu kan, benda makanan mesti nak habeskan, cepat cepat simpankan untuk bahagian suami..kesian suami balik penat penat tengok kat dapur isteri masak macam macam tapi takde untuk dia.

penah sekali tu..aku masak mee bandung, bila dia balik dia pergi dapur, dia tanya aku masak mee ke..sebab nampak sisa mee dalam periuk..aku jawab yer, tapi dah habes..sebab masa tu aku masak sket sangat..alahai kesian..lepas tu aku cakap sorry sebab tak simpan kat dia..dia tak kesah sangat pun..tapi kita la bila dah suami tanya macam tu, mesti kesian kan, even food yang kita masak tak sedap mana pun..

i bukan sorang sorang kat dapur, i ada pembantu, dia la yang potong sayur, bersiang semua ni..haa...


pembantu i semasa masak, sidai kain n lain2..

dah nak mula dah...

ha..kan dah kata..pembantu i dah nangis la..

busyukk..tak mandi lagi time ni..lewat sket mandi pagi ni sebab hujan lebat..sesejuk sesangat..

geram tau budak kecik ni..bukan boleh duduk sorang sorang main..memula dia dok sorang sorang main atas katil..dah siap aku potong ayam udang, dok memanggil manggil dia nak kita ada depan dia..alahai...ni yang buat aku risau, macam mana la nak tinggal kat rumah pengasuh bila aku kerja nanti..takot pengasuh tak layan jer..kesiann dia menangis sorang sorang..bila aku kerja??..huhu..cari pun belum makk..tunggu la aku bersedia nanti..biar la sendiri jaga anak sendiri..walaupun orang akan kata penat belajar empat tahun kat universiti..end up jadi suri rumah sepenuh masa..hurmm..hadapi dengan tabah

bukan senang aku nak ambik keputusan tidak bekerja dan jaga anak sendiri sambil melupakan kemewahan dunia..yang tu aku kena tolak tepi siap siap..semakin hari semakin sayang nak tinggalkan zafirah..semakin kesian kat dia...memang boleh antar kampung, mak, mak mertua jaga kan..tapi mampu kah i bertahan tak tengok muka dia hari hari...sayu kot bila fikir..

2 comments:

IntaNBerliaN said...

a'aa kan, walaupun hubby xkisah tp kita mesti rs kesian.. yela, blik keje penat2..

Herma Julianny said...

bagus jadi surirumah je,
jaga si comel tu..
kesian dia...
selagi suami masih mampu..=)
penat2 belajar tu tak semestinya bertujuan untuk bekerja tau..
tapi utk mengumpul ilmu di dada...

Related Posts with Thumbnails