Followers

Wednesday, June 27, 2012

lunch dan dinner zafirah harini..penyediaan bubur nasi baby 6 bulan II

sejak demam hari tu selera zafirah berkurang..bila suap makan sket je dia makan..runsing...bila selsema kan deria rasa pun terganggu sebab tu la i rasa dia tak berapa nak makan..kesian anak mama...hari ni macam dah naik sket selera dia..

 i buat bubur nasi + sweet potato + broccoli...sweet potato dan broccoli adalah menu baru zafirah..macam biasa 2 sudu besar beras, sedikit sweet potato dan broccoli


i tanak dalam sejam kot..tak ingat..ada la dalam 3 kali tambah air sampai nasi kembang...lepas tu i blend sampai halus..blender untuk zafirah memang tak campur dengan blender i dok masak hari hari..ada yang khas untuk dia..takot la terkena cili ke hape..

then, i campur 1 setengah sudu fm..kalau bagi macam tu aje dia tak suka..kena campur susu..biar manis manis sket baru dia nak...


rupa bubur nasi zafirah harini

sebelum di campur susu i ambik setengah, i simpan untuk petang..bila dah nak petang i panaskan semula...pkol 6.30 pm tadi i suap dia...yang ni baru dia habiskan..yang tengah hari tadi dia makan setengah jer..

No comments:

Related Posts with Thumbnails