Followers

Tuesday, June 5, 2012

her lunch & makanan untuk bayi enam bulan

actually aku belom suap zafirah secara rutin lagi..sebab dia belom cukup 6 bulan..

ini bukan lah her first solid food, sebab nenna dia dah suap dia macam macam dah..dia pulak tidak pernah menolak..nanak lagi ada la..mula la aku rasa bersalah tak suap dia makan..tapi for her own safety sebab tu aku belom suapkan secara rutin..

sekarang dia memang tak duduk diam bila nampak kitorang makan, tengok mata dia alahai..kesiannyerr...

so, nak tak nak aku suap la dia sket..pisang je pun..sebab nenek dia memang selalu suapkan pisang kat dia..selalunyer pisang, kurma, kismis...

lagipun sekarang dia dah menunjukkan tanda tanda yang dia dah bole terima solid foods..

'Masa usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.' keratan dari web baby centre kot..ayomakk i dah lupa..hee

dan berat dia sekarang dah lebih dua kali ganda dari berat lahir dia...

 air masak + pisang emas lenyek 

pisang emas nenek bawak dari kpg....aku dah faham dah tektik nenek dia ni, bawakkan pisang dan kismis nak mintak aku suapkan zafirah ler nih..hehe



 comott...tengah menunggu next suapan..kalau aku lambat menangis menjerit la dia..hai la anak..




makan tak berapa nak fokus sebab dok usha kamera ayah pegang.."nampak nyummeh jugak kamera nih.." haha

and it will goes 3 or 4 days for bananas..nyummehh..

here artikel penuh keratan web tersebut

makanan untuk baby 6 bulan

'Masa usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya. 

Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan garfu dan pisau. Sebenarnya, makanan awal bayi pada mulanya bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair sebab kemahiran mengendalikan pemakanan adalah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan. 

Jadi pada awalnya apakah makanan yang boleh dicuba? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi masakan rumah. 

Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak suam. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Secara ringkas, cecahkan hujung jari anda ke dalam campuran bijiran dan suapkan bayi anda. Jangan harapkan yang dia akan makan banyak pada satu-satu masa – perut bayi yang kecil hanya dapat mengisikan hidangan yang sedikit, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang dari susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan ke depan lagi. 

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah puri buah-buahan seperti pisang, pir dan epal, dan sayur-sayuran seperti karot, labu dan kubis bunga. Anda juga boleh mencuba sayur-sayuran berkanji seperti ubi kentang dan ubi keledek. Di usia ini, adalah penting untuk memberikan bayi anda makanan berperisa lauk-pauk di samping yang manis, jika tidak, dia akan membina kegemaran terhadap makanan manis.'

1 comment:

Makcik Mun Rabab said...

Bagusnya Zafirah suka makan pisang, anak saya x suka...

Related Posts with Thumbnails