Followers

Friday, June 29, 2012

pot pet pot pet

rasa tak lengkap je hidup kalau tak hapdet satu hari...nak hapdet jugak...harini i adalah terlalu sibok..eceh..sibok mengemas, memasak, mengasuh zafirah, dan packing barang..this weekend pun balik kampung..penat tau uolls every week macam ni...tapi ape boleh buat..kena pegi cucuk zafirah 6 bulan..

i tak dpt bersiaran selama 2 hari lepas ni..eceh..nak hapdet guna henfon tak feel la wehh..

i dah siap semua..packing semua..siap letak barang barang nak di bawa balik kat luar rumah lagi..mudahkan azizi nak angkat masuk keta nanti...tapi i geram nih...azizi tak balik balik lagi..selalu dalam pukul 6 dah sampai..huhu..terasa macam drama tv pulak isteri marah suami pulang lewat...heh...



i tengah marah sebenarnya tapi masih control senyum lagi :) ,..haha

Thursday, June 28, 2012

tapered pants

dah jumpa seluar idaman hati..

cepat ler puan kedai reply email..dah lama tade seluar baru..dan susah nak cari seluar begini yang mengikut ketinggian ai seperti nasha aziz ni..heee..


act, owner dia banyak jual preloved item from website wardrobe rehab..but this one brand new..murah lak tu...untung jadi orang pendek ni kan...hehehe..

lunch mama & zafirah..prawn olio with chicken

hari hari cakap pasal makan..hehehe..bosan kan..

dah itu keja i hari hari masak makan masak makan..heh..i teringin nak buat prawn olio tapi tak cukup bahan.tak cukup syarat..so, i hentam je la apa yang ada..tak kesah..sebab i jugak yang makan..hee..tapi i dah simpan sket untuk husband...balik penat penat mesti lapar nak makan...at least ada yang ni boleh makan dulu if dinner belom siap..

 italian mix herbs. olive oil. angel hair pasta

i suka angel hair sebab cepat masak..tak perlu tunggu lama lama.

bawang putih. bawang besar potong dadu. limau nipis. chili flakes. ayam dipotong halus. udang. broccoli. tomato.

 tak cukup bahan sebenarnya..cendawan tade. sayur mayur orang putih tade. hentam la

rebus pasta. then i tumis bawang dengan olive oil. letak ayam. biar ayam masak dulu. tambah air sedikit. then, letak udang, biar udang separuh masak. letak chili flakes..lepas tu masuk broccoli dan tomato...masukkan italian mix herbs, garam dan gula..bila dah siap, letakkan hirisan limau nipis..taknak letak pun takpe..dah sedap dah..


prawn olio with chicken.,hentam saja nama dia..i tambah ayam sebab i tade banyak udang..lagi pun keyang sket bila letak ayam.

lunch zafirah sama macam menu semalam..cuma i tukar broccoli dengan spinach..

 rupa selepas di campur susu

sebelum di campur susu

yang ni pun dia kurang berselera jugak..hmmm..i suap banyak banyak kali..baru habes..i sendiri rasa pun tak lalu..hee..next time i nak tukar susu dengan ikan bilis..bila dekat dekat umur dia 7 bulan nanti i tukar guna ikan bilis..baru dia suka kot..kot kot yela...

Wednesday, June 27, 2012

lunch dan dinner zafirah harini..penyediaan bubur nasi baby 6 bulan II

sejak demam hari tu selera zafirah berkurang..bila suap makan sket je dia makan..runsing...bila selsema kan deria rasa pun terganggu sebab tu la i rasa dia tak berapa nak makan..kesian anak mama...hari ni macam dah naik sket selera dia..

 i buat bubur nasi + sweet potato + broccoli...sweet potato dan broccoli adalah menu baru zafirah..macam biasa 2 sudu besar beras, sedikit sweet potato dan broccoli


i tanak dalam sejam kot..tak ingat..ada la dalam 3 kali tambah air sampai nasi kembang...lepas tu i blend sampai halus..blender untuk zafirah memang tak campur dengan blender i dok masak hari hari..ada yang khas untuk dia..takot la terkena cili ke hape..

then, i campur 1 setengah sudu fm..kalau bagi macam tu aje dia tak suka..kena campur susu..biar manis manis sket baru dia nak...


rupa bubur nasi zafirah harini

sebelum di campur susu i ambik setengah, i simpan untuk petang..bila dah nak petang i panaskan semula...pkol 6.30 pm tadi i suap dia...yang ni baru dia habiskan..yang tengah hari tadi dia makan setengah jer..

product rambut kegemaran

penjagaan rambut adalah sangat penting terutama wnita bertudung kan..sebab rambut tertutup..pori pori tak bernafas baik..terperap dan berpeluh bagai.potential nak dapat dandruf adalah tinggi..jangan ler pulak pakai tudung cantik cantik tapi rambut...hmm..renung renung kan..

kalo ada wang poket lebih tak salah every month nak pergi saloon..tapi apa salahnya diri sendiri yang take care of the hair berbanding orang lain yang jagakan..

shampoo, conditioner, serum, leave-in adalah empat benda wajib i guna..i cuci rambut selang dua hari..

banyak product shampoo di pasaran, cuba lah try untuk dapatkan product shampoo yang sesuai untuk rambut uolls..i tak boleh pakai rejoice, head and sholder, pantene, sunsilk..bila dah shampoo sure rambut kembang kejung semacam..


ini antara produk shampoo, conditioner, serum, leave-in kegemaran...

all of below product memberi kesan yang baik pada rambut i..rambut lembut, tak mengerbang, rasa macam retis pulak..hahaha


 loreal paris nutri-gloss light shine shampoo and conditioner 

 dove damage therapy intense repair leave in, shampoo dan conditioner

 palmolive naturals shampoo & conditioner..2 in 1

 loreal paris smooth intense anti-frizz serum

 schwarzkopf gliss hair repair leave in

dove damage therapy intense repair overnight treatment

i tukar tukar brand shampoo dalam dua tiga bulan sekali..setiap kali bershampoo i pakai conditioner, pakai hujung hujung rambut saja..elakkan dari terkena kulit rambut.biar dalam 5 - 10 minit, then bilas sebersihnyer..

leave in i pakai lepas rambut separa kering or kering.kadang i pakai kadang lupa..hee...serum i pakai 2 or 3 kali seminggu..at least sekali seminggu if lupa..yang  schwarzkopf gliss leave in sangat best tau..rambut selembut sutera..guna jari pun boley..hehe..i belom try product lain dari  schwarzkopf gliss ni..later i nak try their shampoo, canditioner and mask..

so uolls, mari la rajen rajen menjaga rambut yer..rambut kan mahkota kita..

zafirah dapat hadiah sempena 1/2 year old birthday

kak wa dan nek yang kasi..diorang cakap sempena zafirah 6 bulan..kalo dapat every month kan best..hee

act, dah banyak jugak zafirah dapat gift dari mak wa, sebelum zafirah lahir masa mama 3 bulan mengandung lagi zafirah dah dapat t-shirt universal studio...tapi still tak muat lagi..tunggu setahun baru muat kot

selain dari mama yang beli kan baju zafirah, mak wa la yang selalu belikan untuk dia..alhamdulillah...rezeki zafirah...mama tumpang seronok tengok anak mama dapat baju baru..

ada tangan si kecil nak inteprem la..

yang pink agak besar dari zafirah..tang leher tu..cekci sket..besar sket mesti muat muat..yang putih tu zafirah nak rasmi kenduri kawan ayah kat rawang bulan depan..ingat nak simpan pakai raya..tapi tak sabar nak tengok si tecit ni pakai..hee..mama yang over esaited..


kejadian semalam...zafirah buat muka terkejut...

keluar beli barang dapur sampai terover spend..haha..ambik itu ini..nak buat tu nak buat ni..nak masak tu nak masak ni..


 my fav food kalo kat tesco ni...ada stall shusi kat situ..sodappp...rm1.50 seketol...makan semua ni dah penuh perot dah..atee diet lettew...tapi serius..shusi ni best, boleh lawan shusi king tau..

i suka makan shusi, i plan nak buat shusi, tapi senang ke bahan bahan dia nak cari, resepi die..harus la pertolongan en google di kala macam ni



zarifah in action...mama ngan ayah tengah makan zafirah behave je dalam stroller...good girl..!!

Tuesday, June 26, 2012

resepi : puding cocktail



bahan bahan

@ 1 paket serbuk agar agar
@ 2 biji telur
@ 4 cawan air
@ 1 cawan gula
@ 1/2 tin susu cair
@ 3 sudu besar tepung custard
@ 1 tin fruit cocktail
@ sedikit esen vanila

cara membuatnya

1. pukul telur, campurkan custard, kacau rata dan ketepikan
2. masak air bersama agar agar dan gula
3. setelah mendidih masukan campuran telur, susu cair, fruit cocktail dan esen vanila. masukkan ke dalam loyang/acuan. sejukkan ke dalam peti dan sedia di ngapp...!

* air fruit cocktail boleh di campur dengan air, untuk di jadikan 4 cawan air.

cukup untuk satu loyang besar..setengah i bagi jiran..suami i tak berapa nak makan..,i sorang je yang nak makan pun..

lunch today...

cecema zafirah dah semakin berkurang...dah tak meragam sangat macam semalam..alhamdulillah..

baru sudah masak puding...terrajen pulak nak buat puding hari ni...act tade ape update sgt..hari hari mcm biasa..petang ni keluar beli barang dapur..

megi bandung tak siap : p

Hijab Tutorial - How To Wear a Pashmina Hijab / Scarf / Shayla Made Easy...from zukreat...


dalam banyak banyak hijab tutorial i suka cara dia..nampak lain..so uolls yang minat pakai pashmina/shawl boleh la tiru..i minat jugak, tapi lama dah i tinggalkan bila dah ada anak ni suka pakai tudung yang senang dan takde serabut serabut, tak de lilit lilit...tapi i rindu jugak zaman anak dara i hari hari pergi kerja pakai shawl...sekarang habes semua shawl pashmina i dah lanting kat my sis, my SIL..so, i nak beli yang baru la..hew hew hew..alasan alasan...

Monday, June 25, 2012

barang mekap yang selalu di beli

mascara...

dua atau tiga bulan sekali i beli mascara..i suka pakai mascara banyak banyak kat bulu mata..lepas tu susah nak tanggal..padan muka i..heh...

i suka effect bulu mata yang tebal tebal tapi i tak suka pakai bulu mata pelesu sebab tak pandai pakai..plus nampak sangat fake pada mata i...maybe i tak pandai pilih yang natural dan sesuai dengan bentuk mata i..

part bermekap paling i suka adalah pakai blusher dan mascara..banyak masa i ambik masa pakai mascara..so part part yang lain i buat secepat yang mungkin..pakai eyeliner apa pun jenis liquid, gel, pencil i adalah sehabis cekap dan pantas..hahaha..perasaan bangga di situ..

walaupun sekarang sebok dengan anak, i akan pastikan i ada masa untuk berhias..tak kisah la kat rumah or kat luar..wajib berhias depan suami kan..mula mula dulu memang agak janggal..even mekap lite lite je bila kat rumah..tapi dah lama dah biasa..dapat pahala berhias depan suami..but make sure mekap di bersihkan sebaik mungkin...

maybelline magnum volume express mascara

even ada palbagai jenis mascara di pasaran i selalu beli yang ni di samping mencuba yang lain kot kot ada yang boleh beat mascara yang ni.

mengidam sate

husband odw balik...text i nak makan apa dia nak pergi pasar malam..i cakap i nak sate dengan keow teow goreng kuali besar bersama cili padi jeruk...

i dah lama teringin nak makan sate..tapi asyik tidak berkesempatan..i mengidam..tapi bukan i preggy..i nak preggy lepas zafirah dah setahun lebih or 2 tahun..insyaAllah kalau ada rezeki..walaupun i ada pengalaman bersalin yang agak tragis..tapi i sanggup..i tak hairan..i rindukan zaman mengandung..zaman muntah muntah...zaman tak boleh hidu bau dalam lift..hewhewhew

i lapaq sate kuah kacang nie..nak nak nak




demam satu family

semalam pukul 11 pm lebih baru sampai dari kampung...pulang untuk cucuk 6 bulan zafirah..tapii tak dapat buat sebab zafirah still ambik antibiotik..dia demam hari rabu lepas..petang tu jugak dia dah beransur pulih..kami dok jelum air satu badan..lap lap dengan kain napkin yang basah...malam tu pulak kami lekatkan cool fever kat dahi..esok tu dah lega sepenuhnya..cuma...selsema dia je belum hilang..bila dia dok sokseksoksek hidung, clogging kat hidung, kesiann,,,

dah tiga malam dia tak boleh tido..tido selewat pukul 3 am....semalam masa pukul 1 am lebih kami pergi jumpa doc..doc kasi nasal spray untuk di sembur dalam hidung dia supaya yang tersumbat dapat di pecahkan..

alhamdulillah lepas sembur dia dah boleh tido..

rabu dia demam..hari khamis kami ikot berjangkit..hari khamis tu azizi ambik mc...so boleh bergilir-gilir jagakan zafirah..

aku dan azizi dah sembuh...tinggal zafirah..cecema masih ada...kesian....

tengahari ni azizi balik lunch...tapaukan food untuk isteri manja dia ni..hee...dia cakap aku tak payah masak..kesian dengan aku..dah banyak malam tido lewat jagakan zafirah..azizi pun sama tido lewat tengokkan zafirah...ni adalah our first experience jaga zafirah demam..sepanjang 6 bulan kelahirannya..dis is first time dia demam..kesian..banyaknyer kesian..memang kesian pung..!!

tenkiu sayang..bersama sama saya jagakan our little princess yang sekarang semakin banyak akal mengada dan menjerittt..heh..

jum jum layan  5 rencah 5 rasa..

kena buli pakai serkup dengan tok dan nek. baru seangkatan dengan diorang katanya..hehehe

Tuesday, June 19, 2012

dinner mama ayah + zafirah, puree labu dan epal..

sekarang i nak ajar dia tidor pukul 11..so kena pastikan petang start 6 or 7 tidokan dia, dalam sejam lepas tu dia akan jaga..dan biarkan dia jaga sampai pukul 11..

sebab sebelum ni tido dia macam tak teratur sket..kadang kadang tido pukul 10 then terjaga pukul 11..mata segar bugar pulak tu..tunggu la pulak pukul 1 nanti baru dia tido...

tadi dia menjerit sakan..zafirah memang jenis suka menjerit if ada apa apa yang kurang memuaskan hati dia or dia mengantuk sesangat..sebelum ni ada jugak la dia menjerit..tapi bila dah masuk 6 bulan ni, perangai pun bertambah..asyik menjerit jerit je dia..

hairan..ikot perangai sapa tatau

dia pun dah tertido sekarang..ini masa mama hapdet blog..heh..sebab esok macam tak berpeluang je nak hapdet sebab esok adalah extra sibukk...

esok my PIL datang..so harusla mengemas rumah extra lebih sket..kemas bilik tetamu yang penuh ngan barang zafirah dan kain baju yang tak lipat..hehe..

dinner kami malam ni..


paprik campur + nasi putih

i tade idea nak masak apa malam ni..so menu ni senang nak buat plus tak perlu masak yang lain..sebab dah ada semua..sayur mayur pun sekali ada dalam paprik ni..yang penting suami suka..heee..


dinner zafirah...puree epal + puree labu + bubur nasi

i stim epal dan labu..dalam masa yang sama i tanak bubur nasi kosong...


bila dah masak semua..i blend sekali..

hasilnya...

dan result pada zafirah..dia tak suka pun..siap buat muka lagi..haha..i rasa dia tak suka epal tu..maybe sebab epal tu ada rasa masam sket..epal merah should be rasa manis kan..so i stop kasi dia..lebihan bubur nasi yang ada i blend dan campur dengan susu pastu kasi dia...dia memang laju kalau bubur nasi plus susu ni...

esok i plan nak masak labu + ubi kentang + bubur nasi..if dia tak suka jugak i nak try tambah susu..

ibu ibu kena lebih kretif dalam menyediakan menu si kecil yang kita tak tahu lagi apa kegemaran dia kan..

harap i bertambah rajen menyuap zafirah pelbagai jenis menu yang berkhasiat dan i have to stop bagi dia nestum..nestum memang dia suka sebab manis...makanan segera ni tak elok sangat untuk bayi kan...ebih baik bagi dia yang asli...

aqiqah zafirah part II

suasana kenduri..
kebanyakkan jemputan adalah saudara mara...



  
yang berbaju oren tu sepupu azizi..ada dua wife...sebelah yang pakai lebai tu pun sepupu dia gak...masa yang pakai lebai tu datang kat diorang sempat perli azizi menuntut ilmu dari sepupu yang baju oren tu..ishh..nak kena nihh..!!












 aisshh..kusyuk nampakk...grrrr...

zafirah jeles mama dukung baby lain..
 ini anak sepupu azizi...muda sebulan dari zafirah..tapi sama berat dengan zafirah..hehe
 money..money..money


alhamdulillah...selesai dah aqiqah dia..selesai jugak eden mengupload picas kat sini..heh..
Related Posts with Thumbnails