Followers

Sunday, May 6, 2012

ronda ronda kulim

Seawal pagi tadi dah bangun bersiap siap nak ke klinik kesihatan kat kelang lama, kulim.rupanya bukan klinik kesihatan tapi klinik desa..baru la aku tahu yang sama je klinik desa dan klinik kesihatan.KK situ saja yang azizi tau..rupanya ada lagi KK dekat area rumah kami..act, selalunya untuk checkup/cucuk zafirah kami akan pergi KK kat alor setar..tapi yg ni just nak ambik ubat aku..faham faham je la ubat ape kan..hihi..belom bersedia lagi ambik kat luar or ambik dalam bentuk lain..selagi pil ni tak memberi apa apa kesan negatif aku akan teruskan ajer..lagipun freee...tapi kan sejak makan pil ni selera makan semakin betambah..bila tanya kat nurse diorang pun kata macam ni, pil ni memang menaikkan selera makan..diorang nasihatkan if berat badan naik mendadak cepat cepat maklumkan kat diorang or refer pada doctor..

Alhamdulillah berat kali ni 44kg turun 0.5kg dari dua bulan lepas..makan memang aku control habes..kalo tak memang mencacak la naik..sebab tengah tengah malam pun aku boleh berselera makan lagi tau...yang selalu aku amalkan air kosong yang super duper banyak..tak ingat la sehari berapa L berapa gelas..hihi..if tengah makan makanan yang sedap sedap..kena la cepat cepat tersedar untuk stop bila dah berasa agak kenyang..kalo tak memang bertambah tambah la makanan tu aku makan..


Budak kecik ni awal awal pagi dah bangun so tak perlu dipaksa bangun la pagi tadi..sebab tu mood baikk jer bila kat klinik desa tu..









Lepas tu singgah makan tengahhari kat kedai makan 'sila o sila'..sempoi gak nama kedai ni..hihi..lega..tak perlu masak lunch..hihihi..kejii.. : p



 Budak kecik ni time ni dah mengantok sangat dah..sumbat puting kejap je dah tertido...

Hubby ajak round round kulim sambil cari kedai perabut..tapi tak banyak yang jumpa..aku perasaan kalau dekat seberang jaya or perda banyak la kan..tapi masing masing malas nak pergi jauh jauh..mata pun dah mengantok..huhu..so sempat la kami singgah dua buah kedai..Court Mammoth dan Westcourt..saja cuci cuci mata survey perabot perabot kat situ...mula la dalam kepala ni teringin macam macam..haha..




   




 Masa tingkat atas ni tade orang..kami anak beranak jer..cepat cepat suh hubby tangkap gambar..tehee..

Pastu berangkat pulang la kami anak beranak..memang tade aktiviti sangat..aktiviti nak tido kat rumah adalah..hahaha..kalo time tade anak, time time macam ni mesti pergi layan tengok wayang punya..bila dah ada anak ni..keutamaan adalah pada anak yang meroyan ketagih buaian tu..hehehe


 Kesiann..mengantok sangat anak mama ni..


No comments:

Related Posts with Thumbnails