Followers

Friday, May 11, 2012

perkembangan bayi 4 bulan


Makan kurang kerap
Err..yang ni tak pasti..sebab macam tu jugak makannyer..every 2 or 3 hours aku akan bagi susu..selang selang...bf dan susu formula..tapi sekarang dia makin suka susu formula..nenen pun dah kurang sebab ambik pil..menyesal "-___-...(if second pregnant nanti aku tak nak ambik pil tu dah sebab sebelum ni tak tau la pulak pil tu blh mengurangkan susu ibu..second pregnant?? aminnn...)

Tapi kalau memalam memang kurang menyusunyer sebab dah kurang terjaga time tido..ada la satu or dua kali macam tu...tido sangat nyenyak.yang ni memang aku lega sangat..haha


Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Owh bakat baru rupanya..taniah wahai anak..!!..tetapi dia agak kemalasan bab meniarap ni..meniarap lelama sket mesti menangis minta tolong alihkan..

'Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. ' - dah cuba dah tadi..dia gelak je kat aku..nak kena babap zafirah ni..!


Masa ini untuk makanan pepejal?
Belom lagi..ni dok countdown tunggu 6 month nanti..esaited sangat..eceh..mama dia yang terlebih..puree carrot or nasi air kosong will be your first solid food my dear..rasakan zafirah..tehee..tapi sekarang ni dia dah menunjukkan minat apa yang mama dan ayah dia makan..kesiannyer tengok...rasa macam nak suappp jer..



Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Apa yang dapat dipegangnya semua nak masuk mulut..selalu nyer kain napkin dia la..ataupun telekung mama..hihi..mama dia teruk..telekung selalu letak merata rata atas katil..


Kini mampu bermain sendiri
Aha..dah boleh tinggal kejap dah..boleh la nak masak ke nak mandi ke hape kerr...tapi 2-4minit sekali aku jenguk dia bila senyap semacam jer..sekarang tengah survey mainan yang sesuai kat dia..kesiann..dua mainan je dia ada..puting dengan baby teething...


Mula memahami peranan bahasa
'Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu. '

If aku ulang apa yang dia dok mengomel memang dia gelak besar..tapi xde pulak ma-ma-ma..yah-yah-yah...lambat lagi kot


Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Dulu hitam, putih, merah yang dia berkenan dia nampak..sekarang semua benda dia tengok..dia akan alih perhatian..paling mencuit hati..bila pergi rumah orang termasuk rumah tok tokwan dia sendiri..mula mula sekali bila jejak masuk rumah, mata dia mesti melilau rata..tengok tengok apa yang ada apa yang takde..hehe..azizi ngn aku selalu cakap..'dia dok scan tu..bagi masa dia scan dulu'..hehe..



Lebih memilih orang
Yang ni sangat la betul..kalau aku or azizi yang dukung memang dia akan gelak senyum lebar bila tengok orang lain senyum or usik dia..tapi bila orang lain yang dukung..tak sampai berapa minit..mula la keriau..nangis xmau duduk..gerammm..!


Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Ya, sebabnya dia sehat segar bugar dan kebanyakan menepati syarat syarat di atas..huhu

1 comment:

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

Salam puan, hye, im ur silent reader.

Berkenaan isu susu berkurang kerana mengambil pil. Sebenarnya pil perancang terbahagi kepada dua jenis. Satu mengandungi kandungan progesterone dan estrogen yang dipanggil combine oral contraceptive. Yang satu lagi mengandungi progesterone sahaja atau dipanggil mini pil.

Untuk ibu yang menyusukan anak, pengambilan mini pil adalah dinasihatkan supaya penghasilan susu tidak berhenti.

Pil yang puan ambil mungkin jenis combine oral contraceptive, sebab itu susu berkurang.

Sekadar perkongsian :-)

Gembira membaca dan melihat Zafirah membesar dgn riang. Love from Jordan!

Related Posts with Thumbnails