Followers

Wednesday, April 4, 2012

kedai manik blink blink dah jumpa..!



Kan sebelum ni ada aku kobar kobarkan yang aku tengah cari kedai juall manik area kulim ni..alhamdulillah sudah jumpa..berkat usaha azizi tanyakan pada kawan kawan perempuan kat opis dia..so tadi after we were having our dinner, kami straight away ke kedai yang di maksudkan..

Kat kulim ni kalau hujan memang lebat gila..tak kasi can la..


Zafirah time ni muka dah mengatok..tapi sampai je kedai makan tu terus kembali cergas...


Sebelum tu weols makan kat warung wan zai ke hape tah..kat perda..dekat dengan jusco perda..aku bab bab tempat kat area seberang kurang mahir sket..maklum la sebelum ni bertahun aku kat penang, atas pulau..jalan jalan kat penang aku pakar la..tehee..



Aku order ikot yang azizi suggestkan, sebab dia dah biasa makan kat sini, so dia tau la kan makanan yang special kat kedai tu..dia orderkan set ikan bawal..dia pulak set ayam goreng hape tah..


Memula aku yang makan dulu..azizi pegang zafirah, aku mintak aku nak pegang, dia tak kasi, aku mintak aku pegang dia makan, pun dia tak kasi..dia suh aku makan dulu..sebabkan terlupa bawak stroller ini la jadinya..tiap kali tu jugak kalo jadi kes macam ni, azizi yang mintak aku makan dulu, dia yang dukung baby, mithali kan suami saya..

Lepas makan, aku cakap kat azizi yang aku pun boleh goreng ikan bawal ngan ayam goreng macam diorang, teheehee..kemain.aku pun tak pernah goreng ikan bawal untuk azizi..bila ada barang basah ikan bawal terus je aku wat masak sweet sour..tak terpk lak nak goreng garing garing..hihii...aku rasa makan kat situ biasa biasa jer..mungkin sebab aku dah rasa set bawal kat penang atas pulau kat seagate lagi sedap dari yang sini..




Lepas makan straight away balik pastu singgah kedai manik manik kat area belakang pasaraya Minat..murah sangat tau manik dia..sebugkus ada yang rm2.90, ada yang 4,50, rm3.90...tapi kan kalo ambik 4 tak kira la harga dia banyak mana pun tetap dapat harga rm10..pelik kan..tapi tu la..mmg murah dan berbaloi..mesti satu corak@pattern nak ambik 4 bungkus punya..tapi kalo campur pun tetap dapat 4 bungkus 10 hengget jugak..kalau kat alor setar kedai yang selalu aku beli tu mana nak dapat macam ni..tak kasi diskaun lak tu even ambik banyak banyak pun..


Ada buku panduan manik 3D..rasa nak beli, tapi cash tak cukup..banker pulak ada dalam keta.huhuhu..so len kali la mai beli...



Sekarang dah minat pakai balik tudung bawal plain ni..nak tambah collection brooch gantung nih..baru ada satu, tu pun free gift dari Cyrus Amiera time aku beli tudung fareeda kat dia..sangat tantekk au brooch ni...

Hasil tuaian tadi..semuanya adalah rm27 macam tu..termasuk pita pengukur tu..pita pengukur penting weh..buat ukur apa apa jer la, dan sangat penting bila ko membeli secara online, so boleh imagine berapa saiznya..especially ukuran baju..

6 comments:

Unknown said...

kedai my collection trading di plaza gm dan gmklang manik sangat murah. u boleh call boss dia dengan telephone 0122803334. dia boleh buat penhantran pos dengan harga borong kalau u beli banyak. sila tengok mycollectiontrading.blogspot.com

Anonymous said...

Salam kak, tumpang tanya kat area penang kedai mna yg ada jual border lace dan banyak pilihan warna? Tq..dah puas carik kat area kedah...

Noratikah Nadzirah said...

Salam..
Kedai tu dekat mana ya?
Boleh bg petua x?hehee

Abd Nizam Abd Wahab said...

aku pun dok cari jgk kedai belah penang

Abd Nizam Abd Wahab said...

aku pun dok cari jgk kedai belah penang

Anonymous said...

kt mana kedai manik tu?area kedah kat mana?

Related Posts with Thumbnails