Followers

Tuesday, January 11, 2011

current obessesion

Di tengah-tengah ke'semput'tan menyimpan untuk kawen, masih lagi sempat membeli barang-barang yang masuk ketogeri 'wants', instead of things dalam kategori 'needs'..kalau dah 'needs', memang perlu beli pun kalo dah nak abeh, contoh 'needs' macam ubat gigi, mana boleh hidup dengan memberus tanpa ubat gigi..eeyerkkk..ok ok, berbalik pada tajuk entry kali ni..sebelum ni asyik mengumpul barang mekap, sekarang dah agak kureng membeli barang mekap, bukan tak beli langsung, ada jugak la aku beli sebatang dua, tapi sudah kureng, dan ini ada lah hasil terjebak dengan set hantaran konon2 nak beli set Victoria Secret yang lotion, shower cream tu semua, end up tak jadi beli, then sekarang berhajat besar nak collect all the haruman Victoria Secret, setakat dah penah bau Secret Charm, Pure Seduction dengan Lost in Fantasy, yang lain belom try bau lagi, may be next next next time, ada rezeki lebih mau mengumpul tu semua haruman, wahhh nafsu gajah ni...boleh tukar pakai tiap tiap hari..mueh mueh mueh..eh, tak de la beli yang besar2, yang cinonet-cinonet je sizenya . last week ada beli kat satu blog ni body cream Bath & Body Work, Signature Collection yang Japanese Cherry Blossom..hurmmm..harum bau dia, bau bunga-bungaan..collection dari bath and body works pun aku nak try collect jugak..ala yang sebotol rm20 tu, jadi la kan..the owner blog tu ada gtau aku dia ada lagi barang-barang Bath&Body Works dia jual kat lowyat.net, tapi try godek2 tak jumpa, sebab kempunan nak try yang body mist plak..ada lagi blog lain yang jual, tapi dekat dia ne sgt2 murah..berbaloi-baloi..nanti kalo dah jumpa link lowyat tu aku akan share kat sini kay...

Sebelum ni kan aku ada mention aku beli dua body butter dari body shop and VS, sekarang bertambah lagi dua, yang bekas bulat tu dari body shop Shea Butter Body Butter, murah je, rm20..sesuai untuk kulit super duper kering macam aku, and the size sgt handy, mudah nak di bawa kemana-mana, sumbat dalam handbag, yang sebelah tu pula Japanese Cherry Blossom Body Cream, sekarang aku pakai tgh yg ni, ohh..harumnya..eceh..aha, meh nak kasi petua pemakaian lotion, selain dari pakai selepas sebaik saja mandi, di tangan, kaki, takkan satu tubuh badan nak sapu, larat ke weh...kekeke...angota badan tertentu je la kan, the most important tempat-tempat kering macam dekat tumit,tapak kaki la tu, siku, lutut dan tapak tangan, dan petua aku pula suka sapu dekat bahagian leher yang bawah telinga tu sampai la ke pangkal bahu, so boleh berbau harum wangi sampai ke petang balik kerja..weee.

Best la pulak lirik dia..sungguh puitis...

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

 
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

 
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

 
Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Related Posts with Thumbnails