Followers

Wednesday, August 24, 2011

celoteh persiapan raya

Lagi seminggu lagi kan nak raya..tak lama lagi kita meninggalkan bulan mulia Ramadhan ini. So di hujung2 bulan ini marilah sama2 mengutip seberapa byk pahala yang boleh..banyakkan bacaan al-Quran, dan bersedekah..Dah bayar zakat ke belum..ha..cepat2 kay..Azizi pun baru jer bayar semalam, staff dari zakat dtg kat company dia..Aku pun dah byk kali remind kat dia..bukan ape..takot terlupa..kang kalot2 pulak nak bayar sebelum raya..Setakat ni, Alhamdulillah..puasa ku tiada yang tertinggal lagi..syukur sangat, perot dan baby di dalam pun tak meragam..hee..semoga dapat berpuasa penuh la tahun ni..

So, persiapan raya tahun ni..sangat excited okay..sbb first time beraya sebagai seorang isteri yang separa ibu..hee..dah tu beraya kat rumah mertua..sedih jugak sket2 part ni..sket je la..tapi dapat merasa benda baru dalam hidup aku..dah janji ngan mak mertua nak tolong dia buat kuih raya. Dia pun nak ajar aku buat kuih2 raya tradisional..

Rumah
Takde beli apa2 yang baru/tukar apa2 pun, since dari kahwin haritu semua masih baru2, so takde pape la yang bertukar..cuma, last week aku just beli bekas dulang bulat yang ber'compartment' untuk isi kuih-kuih raya..nak beli balang kuih..tade bajet lagi..tunggu la next next year..kata baru kawen, harus la serba kekurangan kan..

Baju Raya
Untuk Azizi, seperti biasa beli kat Pekan Rabu,Kedah, kat kedai biasa dia beli..kain baju melayu kat kedai tu pun berkualiti, ..jahitan sgt kemas..mmg puas hati..harga pun berpatutan..siap ada jahit 2 lapisan lagi kat area punggong seluar, so lambat la atau tak akan tercarit la kat area tu..hihihi..sabtu lepas, misi mencari baju raya aku pun dah selesai.beli kat Bukit Jambul.dalam kesuntukkan masa sempat aku grab 2 pasang baju, kaftan dan jubah kaftan..serta 2 tudung shiffon and 2 anak tudung ekin..siap ber'anak tudung bagai..apa kes..Dua hari lepas pulak (FYI, aku MC..huhu), sempat aku grab kasut raya..yeaa..murah jer, tp pattern sgt cute..jenis balerina tu..eceh..perasan...hihihi..so, tema colour tahun ni, peach for hari raya pertama (raya di rumah mertua)..dan biru/turqoise pada hari raya kedua (raya di rumah sendiri)..Malam ni plan nak keluar pegi Jusco cari kemeja or t-shirt berkolar untuk Azizi, dan beli hadiah raya untuk mak ngan abah serta belah mertua. Maybe kasut raya untuk mak dan kemeja untuk abah..mertua pulak tak tau lagi nak beli ape..

Duit Raya
Dua hari lepas aku MC, Azizi pulak ambik emergency leave..memasing sakit perot ngn kepala pening..sbb weekend tu sedara mara sebelah azizi datang Penang, so berjalan makan angin sana sini la..end up, keesokan hari memasing penat + sakit perot + pening kepala..tapi sebelah petangnyer sempat lagi p bukit jambul, sambung shopping..hehehe..tapi aku sorang jer shopping semalam..azizi sejam lebih kat kedai game, install ape tah..so, petang tu pergi bank muamalat tukar $$, dan semalam dah isi siap2..amount mengikut warna sampul..Jumlah duit raya tahun ni pun bertambah la sket, sebab dah berdua kan..

Kuih Raya,
Semua tunjuk jer..nak buat..rumah aku tade oven..soriii..alasan kan..sebenarnya mmg tak tau buat pun, (tengah berazam tahun depan nak kumpul segala perkakas buat biskut/kek..so tak perlu la byk2 membeli  =P)..2 balang dah sampai di tangan, satu shortbread, satu lagi biscuit snow ape tah, tempah kat opismate ada lagi satu tak dapat..almond london kot (lupa lar..boleh pulak lupa ape yg sendiri order..hihih)..dan 2 jenis lagi order kat kawan mak..pun lupa kuih apa yang order tu..kuikuikui..so ada dalam 5 jenis lar..tapi plan nak tambah lagi 3 jenis..huhuhu..yer la, kuih2 tu semua akan di bahagi 3 bahagian, untuk aku (letak di rumah sendiri), keluarga mertua dan keluarga sendiri..

Balik kampung,
Hari khamis ni, malamnya tu baru nak packing semua barang, sebab Jumaat nak apply halfday, terus balik kampung..Yeayyy..!!..Memula balik kampung sendiri..pastu 2 hari lagi nak raya baru balik rumah mertua..nasib la rumah kedua belah keluarga kat Alor Setar jugak..so takde la nak berebut balik kampung macam orang lain..kekeke..

No comments:

Related Posts with Thumbnails