Followers

Sunday, April 10, 2011

hujung minggu yang penuh -part I

Salam dan selamat pagi semua..ewahh rajen nah update blog pagi ni...ni baru je pulang dari pasar beli stock barang basah dan kering untuk sminggu..norhaizan sila yer merajenkan diri memasak minggu ni..meh nak coleteh pasai aktiviti laki bini di kala hujung minggu yang hening ni..selalunya kalo ujung minggu mesti balik alor setar..sehari di rumah mertua sehari pulak di rumah mak abah, bergilir-gilir sehingga la kami tua..insyaAllah..tapi dis weekend tak dapat balik sebab azizi ada tournament futsal company dia..so sebagai isteri yang memahami dan sedia memberi sokongan 100% harus la mengikot si suami dan menyaksi dan memberi galakan sepenuhnya pada minat si suami yang satu ni..hihihi..biar betul ni, aku sebenarnya tidak la seperti yang di nyatakan tadi..sudah semestinya tidakkk..kuikuikui.. mengikut si suami kerana ada tujuan yang tersembunyi...hihihi..ok, berbalik pada cerita malam sabtu..di sebabkan pasangan ini sudah lama sangatt jarang menonton wayang berdua so, pada malam itu si suami mengajak si isteri menonton HOP..wahh, memang kelakar habis cerita ni..malas nak bagi ulasan kat sini, sesiapa yang belom tengok sila la tengok kay, memang tidak rugi menghabiskan RM10 untuk menontot movie ini..berbaloi-baloi.

 Seperti biasa aktiviti utama si isteri (merangkap co-pilot) adalah menangkap gambar, gambar sendiri (sudah semestinya) dan gambar berdua..


Alamak si suami..kasihan...ini la yang di sebabkan berdiri tak sama tinggi, duduk pun tak sama rendah =P


Yang ni okay..dua-dua muat kamera..


Aksi si isteri yang konon nak menampakkan diri sehabis comel..uwekkkk


Aiyakkk..malas nak rotate...

Sebelum movie bermula pusing-pusing mencari jeans..merata kedai masuk semua tak berkenan di hati..akhirnya jeans yang sangat lusuh jugak yang menawan hati (*_^)


Suami tertunggu-tunggu di luar, si isteri asyik bersnap pulak dlm fitting room..aiyoo...


Okay, yang ni pula aktivi semalam..di pagi-pagi sabtu si isteri bangun seawal pagi sebelum subuh..lalu mengejut si suami bersiap..kerana si suami bakal bertarung di pagi hari itu..hee..si isteri bersiap lelebih pulak..sebab sudah pasang niat lain..ada aktiviti lain pulak selepas itu..tetapi si isteri diam-diam sahaja..belom dinyatakan hasratnya kepada si suami...



"Okay mari kita gerak ke safira, seberang jaya" kata sang suami. Perjalan menelan masa kira-kira setengah jam dari atas Pulau
Si suami masih mengantok, kalo di sorongkan bantal pasti ketiduran lagik..



Si suami mendengar ceramah dari kapten pasukan




Si suami sedang beraksi..

Akhirnya, pasukan si suami tewas di gelanggang.kerana pasukan yang di tangini bukan calang-calang hebatnya.namun si isteri terus memberikan galakan untuk mencuba lagi di tahun hadapan..hee
Okay, now heading ke JUSCO Seberang Perai..yiihaaa..inilah matlamat utama sang isteri...mahu me'redeem'kan baucer yang di hadiah oleh temannya...
Setelah tiba, lelaju mencari A&W sebagai santaran di tengahhari..nyummnyumm...tapi malangnya hot dog kegemaran telah out of stock..hmmm.. T_T
Si suami yang keletihan...akhirnya si isteri berjaya merembat beberapa helai blouse dan cardigan..dan pulang ke rumah dengan gembiranya..tetapi wajah si suami menyatakan kehampaan yang di rasai..namun cuba di sembunyikan...

Di sebelah petangnya pula, si suami tidak semena-mena mengajak si isteri ke Georgetown lantas ke 1st Avenue..sang isteri melompat gumbira..kerana sejak pembukaan shopping complex tersebut, sudah beberapa kali si isteri mengajak si suami namun di tolak sekerasnya oleh si suami, oleh kerana ketiadaan masa dan kesesakkan ya amat di kawasan tersebut  menyebab si suami berkeras enggak mahu ke sana..namun petang itu, memang menyebelahi si isteri..




Pemangan dari tingkat sembilan 1st avenue..




Nasi kandar kegemaran suami sepanjang masa..Tajuddin Hussain..sudah semestinya..
Sampai ke tapak tangan..
Babai en.tajuddin hussain..nanti kami datang lagi *_^

Si isteri dan si suami yang kekeyangan...

Berduakan lebih baik..

Thursday, April 7, 2011

adat orang baru kawen...

Sepatotnyer tajuk entry ni 'adat orang baru kawen dengan isteri tak (berapa) pandai masak'...heee..jangan tertipu..lauk pauk di atas bukan aku yang sedia..semuanya hasil tangan orang kedai masakan thailand..hanya sebahagian saja yg aku sediakan..sambal belacan (terlebih air T_T ), ikan kering, dan tomato+carrot goreng sesuka hati..=P..dan juga nasik..heyy..sepandai-pandai tupai melompat, setidak pandai aku memasak, tahu juga masak nasik wokeh..rasa terok bebenor kalo tak pandai masak nasi lagi di umur 26tahun kan...sekarang pun dah rasa teruk, sebab masih lagi melihat/merujuk resepi di majalah, buku resepi mahupun di laman sesawang kalo tgh planning nak masak sesuatu....

Ni hasil masakan (kira masakan aku jugak lah) pada hari pertama masak kat rumah baru...

Pada 3 hari lepas aku ada buat sambal sotong..tapi malangnyaaa...tersangat la pedas...terlebih letak cili kering, lepas masak baru aku perasan resepi aku rujuk tu kuantiti bahan-bahan dia untuk 6 orang makan..patot la sambal aku pedas..adehhh...sgt mengeciwakan..pun begitu, azizi tetap puji masakan aku tu (aku tahu dia nak bodek je lebih)..yang aku takotkan kalo2 azizi sakit perut..maklum la perot dia 2nd hand sket..hehehe..(apa la punya bini, kutuk suami sendiri =P)..nasib la azizi tak rasa apa2 malam tu..perut aku takpe mmg grade A++ punya..masam or pedas mcm mana pun still bertahan..hee...

Petang ni plan masak nasi goreng...kehkehkeh..soneng gitu...Aku sangat2 tabik spring toink toink pada isteri or ibu2 yang pulang kerja dan memasak..memang penat giler beb..hari yang aku masak, mesti tak dapat kemas rumah or membasuh..serious penat..hari tak memasak (beli di kedai semestinya *_^ ), dapat la membasuh dan kemas rumah semua..Nak harapkan azizi..faham2 je la, cara orang lelaki ni mengemas kan..mesti ada yang tak kena nanti..mungkin, dah lama kelamaan bila dah biasa mesti kami dapat sesuaikan keadaan dengan semua ni..

Wednesday, April 6, 2011

My solemnization day, March 11, 2011

Sekitar majlis pernikahan kami...
Masa ni tengah berdebar..tapi masih cool sambil snap2..wuwuwuwu





Abah tengah bersalaman dengan tok kadi















Tok kadi tak bertanya banyak soklan pun, just dia nak confirm'kan nama aku, takot tersalah orang pulak..kekeke



Tok kadi sempat lagi dok melawak dengan aku..eceh..masa ni memang tade perasan nervous pun..cuma mengharapkan semua berjalan lancar...

 







Alhamdulillah...bersyukur kehadrat-Nya..bermula la satu menghidupan baru untuk kami...

 








Masa ni nak tersembam aku dek kedudukan azizi tak betol..nasib ada orang tegur dia duduk yang betul

 





 



 









The moment that never forget forever..


p/s: ni adalah gambar dari kamera cabuk..nanti aku akan upload gambar official..tapi tak dapat lagi..wuwuwu...lepas ni nak merajenkan diri meng'hapdet blog yang sudah lama di tinggalkan..
Related Posts with Thumbnails