Followers

Thursday, January 13, 2011

Update on my wedding preparation - VI

Orang kata orang yang bakal naik pelamin ni perasaan dia berdebar-debar, tapi aku pulak tade apa-apa perasaan pun, dalam kepala dalam minggu ni asyik memikir keja-keja yang tak settle-settle berlambak kat opis nuh..tadi pun mulanya nak siapkan cepat dan balik awal, tapi tak termampu dek badan, sebab ada meeting lagi, so terpaksa la stay back balik lewat tadi..Mungkin lambat lagi kot, sebab tu aku belom terasa apa2 lagi, masalahnya aku risau sebab aku tade perasaan risau atau bimbang atau seangkatan dengannya sebab banyak benda yang aku belom settle lagi..hehehehe..korang faham tak apa maksud aku..hihihi..sekarang aku cuba build perasaan risau dengan me'list-down'kan benda-benda belom di selesaikan..semoga aku cepat risau dan cuba selesaikan semuanya secepat mungkin..hihihi..meh nak update apa yang dah aku dah buat last week...sebelum tu aku listkan benda-benda yang dah di settle dan belom..update dari entry lepas

  • Segala prosedur kahwin - borang kawen side azizi dan aku dah isi, tok imam kawasan rumah azizi pun dah cop pengesahan, sekarang tgh tunggu abah aku kasi kat tok imam belah aku pulak, untuk tetapkan tarikh dan masa akad nikah, maybe abah aku bgtau akan ada interview sebab aku ngan azizi dari mukim yang berlainan, walaupun kami satu daerah. Hiv test, selesai
  • Doorgift - masa pegi AtuZ haritu semua kelengkapan packaging untuk doorgift dah beli, kami (aku, mak dan kakak) dah decide taknak ada VIP ker, VVIP doorgift ker, semua sama ja..maybe berbeza dengan orang tua dan kanak2, packaging doorgift yg dibeli adalah paper bag corak bunga2, dapat diskaun gila2 weh...., yang menariknya time tu kalo kita beli banyak-banyak dapat diskaun 20%..wa wa weee..yang aku pegi sebelum ni dapat 5% jer kalo ahli..mula-mula ingat nak beli yang white paper bag tu, tapi ingat2 balik, byk pula la kejanya nanti, nak mencari riben la..dengan tag terima kaseh lagi..so, paper bag ni aku rasa lebih murah, sumbat je brg makanan masuk dalam tu..dan untuk kanak2 pula, maybe akan di beri gula2 dalam uncang..dan isian untuk paper bag adalah berupa makanan..yang ni tak cari lagi, mak aku cakap dia nak survey kat area pekan alor setar, sedara aku cakap murah-murah kat sana...bunga telur pula seperti dirancangkan sebelum ni ada 500 pcs, 250pcs untuk di cucuk di pokok bunga telur, 250 pcs lagi dalam kotak..

  • Pre-Wedding -Belom decide date, maybe dalam bulan 2 nanti..

  • Kad Kahwin - akan di tempah dalam minggu depan, kata org kedai tu dalam 2 minggu siap, harap-harap tade la delay-delay kan..nak pos ke kawan2 lagi..

  • Barang-barang hantaran -tinggal sejadah dan tafsir untuk azizi belom di cari lagi..serta barang makanan yang lain..

  • Hiasan barang hantaran -Dah beli semua kelengkapan kat AtuZ tu..tinggal nak menghias saja..semua tu di serahkan pada my sister..hihihi
Rasanya macam ada lagi ni benda yang tak de dalam list ni..nanti la aku pk..sekarang tengah blank...grrrr...



Kat dalam gudang AtuZ tu..hihi..bukan satu trolley ni, lima trolley barang yang aku beli..hahaha..duit mengalir dengan laju..tapi jgn terkejut kat kedai ni bukan aku saja yang beli banyak-banyak, ramai lagi pelanggan yang beli lagi banyak, memang orang suka memborong sakan la kat sini..tambah2 time tu time sale..




Ni dah dekat tepi pantai, dah nak balik dah ni..singgah sini kejap..orang panggil tepi pantai seagate..sebab ada kilang seagate kat situ..walaupun banyak lagi kilang kat situ, aku pun pelik kenapa seagate yang menjadi pilihan..hihhi










Jemput makan...





Laksa yang menjadi idaman..dan di rindu bila berjauhan..hhihi..


List barang yang di beli..hahaha..first time aku shopping banyak barang macam ni..tapi memang berbaloi..banyak diskaun time ni..dan duit pun mengalir dengan lajunya..adehhh =(

2 comments:

nurulfaridah said...

kak nor nmpak hepy la..hihi

theeggyolks said...

congrats on your wedding :D

Related Posts with Thumbnails