Followers

Sunday, October 10, 2010

update on my wedding preparation - I

Boleh tak nak buat entry pasal wedding preparation ni bersiri, so, nanti bakal ada, II, III, IV, V dan seterusnya. Tu pun kalau rajen hapdet la kan. Okay berbalik mengenai progress wedding preparation yang dah settle adalah pakej perkahwinan with my cousin boutique,oh bukan dia yg owner that boutique, salah statement la, dia ada share dalam boutique tu, then, the things yang aku sewa dari dia consist of :-

  1. baju persandingan kenduri sebelah aku dan azizi, so ada 2 pasang untuk aku dan  azizi, kenduri sebelah azizi, azizi dah pilih warna biru muda atau turqoise, feveret    kaler dia biru, no wonder la kan dia pilih kaler tu. bagi sebelah aku pula maybe kaler grey, tapi belom tentu lagi. Tunggu awal tahun depan nanti nak pegi fitting baju, kot2 ada baju yang baru dalam boutique tu.
  2. bilik pengantin - sudah bincang dengan dia, sebenarnya aku tak tahu sangat nak   pilih konsep or tema kaler pe, bagi aku asal ada sudah ler, tak kesah pun macam mana, so dia suggest ambik konsep english style, and tema kaler cream. So, aku setuju ajer..tengok album bilik2 pengantin yang dia buat sebelum ni pun cantik-cantik, so,   sudah berkenan di hati. Lagipun pattern sekarang pun banyak buat english style kan.
  3. hiasan meja makan pengantin - hiasan dan kerusi diorang sediakan, so aku kena      prepare 3 or 4 meja untuk kenduri nanti sebagai meja makan beradab. Tu boleh amik dari meja yang disewa masa nak dekat kenduri nanti. Akan di uruskan oleh ahli family aku nanti.
  4. pelamin - konsep pun sama jugak dengan bilik pengantin, lagipun kaler cream match dengan semua warna baju kan. This one, aku request nak simple saja.
  5. baju akad nikah juga sewa dari situ, kaler putih-cream, tapi belom tentu lagi, kot2      ada budget nak buat sendiri kan.
  6. mekap - 3 kali, kenduri belah aku, azizi dan akad nikah
  7. dulang hantaran - nanti boleh request banyak mana aku nak sewa, azizi pun   tumpang sewa sekali jugak. Boleh sewa time tunang dan kenduri nanti.
  8. veil untuk pertunangan - aku request nak sewa veil, tapi tak tahu lagi warna pe   sebab baju tunang pun belom beli lagi. So, lega..boleh sewa dari dia, tak gadoh nak beli, mahal kot veil2 nih. Ritu aku tengok kat Jakel sampai seratus lebih..adehh...

errr..apa lagi eh, lupa lak nak catat masa dia gtau tu..rasanya ini je kot. Dia dah pesan kalau apa2 yang di  perlukan lagi just bagitau je kat dia. Senang kan berurusan dengan sedara sendiri.


Nanti sebelum bertunang aku akan pergi semula kedai dia, untuk pinjam veil dengan dulang hantaran, dan bayar deposit. 






















(gambar tuan blog pun nak menyemak =P)

say goodbye to lotion

Last time aku penah mention my skin yang sgt kering ni..selain dari pengambilan nutrien untuk kulit seperti EPO, buah-buahan, sayur-sayuran, penggunaan scrub dan air masak yang mencukupi, lotion juga di titikberatkan. Banyak dah jenama2 lotion yang aku dah try, nak sebot ke kat sini..tak perlu la..sebab lotion pun berkesan untuk orang lain kan, terpulang pada individu masing-masing..

Tambah2 kerja pula dalam bilik ber air-cond, selang beberapa jam mesti kena reapply semula. Rasa macam kurang selesa bila sentuh kulit sendiri kering je semacam, bila gores sket kat kulit, mesti terdapat kesan calar putih tu, maksudnya kulit kering la kan.

Ni di antara lotion yang masih ada dalam simpanan. tu tak termasuk ada lagi 2 botol kat opis..kekeke..banyak kan. Aku suka tukar2 pakai, so tak la jemu dengan satu bau jer..Walaupun sekarang dah kurang guna lotion2 tersebut tapi Vaseline yang petrol jelly tu still berguna lagi. Tak penah miss guna dia, sangat berguna bagi mereka yang berkulit kering macam aku. 

Dah tu, dah tak ber'lotion', apa krim yang aku dok guna sekarang..Jeng-jeng, now sudah beralih pada body-butter, rasanya ramai yang dah tau kebaikan body butter ni kan. Kebanyakan Body butter mengandungi  aloe vera, vitamin E, shea butter dan olive oil yang berkesan dalam memberi kesan 'hydrated' dan melembutkan kulit. Tekstur nya yang lebih pekat dan 'thick' bila di apply pada kulit membuatkan ianya lebih bertahan lama pada kulit berbanding dengan lotion. Bagi aku masa yang paling sesuai dan effektif untuk apa2 jenis cream yang kita sapu pada kulit adalah beberapa minit selepas kita mandi. Masa tu la the best time untuk segala kebaikan yang ada pada body butter ni di serap pada kulit. 



In my collection i have this two body butter, one from Victoria Secret, Secret Garden New Collection, Lost in Fantasy and the otther one from Body Shop Love Etc collection. For me, i can't stick to one scent, nanti cepat jemu, mula la rasa tetiap hari bau sama jer, terpulang pada budget la kan, since setiap hari aku guna, dan kuantiti body butter dalam bekas dia pun banyak. So, boleh bertahan lama. Lotion yang lama buat apa?? Ada yang akan di bawa balik ke rumah di alor setar, my brother nanti boleh guna, abang aku suka pakai lotion tau, tapi dia lelaki sejati la..hihi..Mak aku pun suka bau yang body butter yang victoria secret tu, so aku dah kasi lebih kurang setengah kat dia, nanti ada budget aku beli yang baru untuk dia, my mom pun suka pakai lotion tau. Now, I've wonder why I became like this. Mak aku pun sama suka sangat la menjaga bab-bab kecantikan ni. Hehehe..

Sekarang rasanya aku dah dapat penyelesaian pada masalah kulit kering aku ni. Terpulang pada individu masing2, boleh jugak dapat kulit yang cantik dengan guna petua2 orang dulu2 kan, tak perlu berbelanja mahal2. Kadang2 ada jugak aku buat, macam mandi susu or sapu madu. tapi kalo selalu nak buat dah jadi malas kan. So, berlabur la sedikit. Mengikut sekadar yang mampu. Duit gaji pun aku dah peruntukan every month untuk membeli benda2 macam ni la. Tapi, 1st thing kena siap-siap masuk dalam simpanan dulu la kan.

 Tekstur body shop body butter sangat pekat, suka tau. bau pun best

VS pula tekstur nyer macam whipped cream sket, mula2 sapu tu bau dia fresh, ada bau bunga2an sket then lama2 bau macam lemak2 pulak, macam nak makan, kekeke.. bila apply cepat je dia meresap pada kulit, tanpa meninggakkan kesan bermiyak/melekit macam sesetengah lotion tu. Aku beli on9 kat sini. Best tau body butter, bila sentuh kulit sendiri lembut dan harum.bertahan lama pulak tu...Aumm..!!
Related Posts with Thumbnails