Followers

Monday, September 20, 2010

perihal raya



Ok, setakat ni entry raya saya.

Ramai yang update pasal raya, memang semua entry la kan berkisar tentang raya. Kemeriahan raya tahun ni bagi aku tak la semeriah tahun tahun lepas. Tengah tengah malam raya dah tercanggak kat hospital, gara-gara abang aku sakit perut pada mulanya. Ingatkan memang hanya sakit perot la, tapi actually dia sakit kat appendiks, appendiks dia tu kena operate buang, so pagi raya berhari raya la pak wan sefamily di hospital. Tak per la, dah nasib dia kan, hari pertama hari raya dia kena jalani pembedahan. Hari Kedua, Ketiga, Keempat, rumah penuh dengan sedara mara, jauh dekat datang berkunjung. Hari raya seterusnya pula diserang demam, kejap kebah kejap panas balik..adehh..sampai 5hari, baru semalam lega sket, ni pun masa terasa panas2 sket..sbb tu la,tak dapat la merasa keluar berhari raya di rumah teman-teman, even rumah bakal mertua pun tak pergi..Takper, raya kan sebulan..Nanti ada masa boleh pegi lagi (sedapkan hati ;p). Gambar raya...takde jugak..Kamera pun ntah kemana..Masa nak snap2 cari tak jumpa..Tapi juadah istimewa raya semuanya dapat makan kecuali lemang..adehh..macam tak lengkap je kan..
Related Posts with Thumbnails