Followers

Thursday, December 2, 2010

pre-moving

Semalam lepas balik keja temankan azizi ke tesco beli barang-barang untuk rumah sewa baru dia, sebelum ni dia sewa kat kulim, sekarang dah pindah ke penang.. tak la banyak sangat brgnyer..macam rak kasut, carpet kecil untuk lap kaki, raga baju, pelekat tahan kuat 3M (hahaha..tak tau apa orang panggil benda tu), tisu dan apa lagi tah..Lupa dah..Tapi kalo ikotkan dalam list (aku yang buatkan list untuk dia..baik kan) banyak lagi yang perlu di beli, tapi dia beli yang betul-betul perlu di guna dahulu, FYI, rumah sewa azizi tinggal tu bakal di duduki oleh aku jugak..hee..insyaAllah lepas kawen bulan 3 tahun hadapan..So, nak tak nak kena pikirkan dan turut menyumbang idea barang-barang apa yang perlu kitorang beli. Wah, sekarang dah mula terasa, banyak juga duit yang mengalir masa membeli barang-barang ni kan. Patot la my friend kat tempat keja yang dah berumahtangga selalu dok tgk paper kalau-kalau ada sale barang-barang perkakasan rumah, macam kat Giant or Tesco..Aku pun lepas ni kena la tengok2 kat mana yang ada sale kan..Baru la boleh dapat yang murah-murah sket kan...

Tuala kecil kat belakang macam match dengan baju dan tudung aku..kekeke

Petang ni jumpa photographer untuk wedding kami nanti, photographer ni pun my friend's boyfriend..Sebelum ni pun penah jumpa bersembang makan sekali dengan dia...So, mudah la kan nak berurusan dengan dia...Pada sesiapa yang tinggal sekitar utara espeacially Penang dan ingin menggunakan khidmatnya boleh la bertanya pada aku untuk keterangan lebih lanjut yer..(eceh, promote pulak o_0)..Dan sebelah malam pula nak pegi mengambil baju tunang dari auntie kat area rumah sewa aku jugak. Hopefully, siap la kali ni..Oh auntie, kasihani la aku..tehee  : p

3 comments:

nurulfaridah said...

msti kak nor berdebar-debar kn..hehe

Softtouch [Hanim] said...

wa...dah start membeli belah untuk rumah yg bakal nor ngan azizi duduk...mmg nor kene selalu tgk psl sales nie...yelah brg skrg mahal kan...

AngahSayang2314 said...

lama tak singgah sini kan???

ye la nor dah sama dah hehehe

Related Posts with Thumbnails