Followers

Sunday, October 10, 2010

say goodbye to lotion

Last time aku penah mention my skin yang sgt kering ni..selain dari pengambilan nutrien untuk kulit seperti EPO, buah-buahan, sayur-sayuran, penggunaan scrub dan air masak yang mencukupi, lotion juga di titikberatkan. Banyak dah jenama2 lotion yang aku dah try, nak sebot ke kat sini..tak perlu la..sebab lotion pun berkesan untuk orang lain kan, terpulang pada individu masing-masing..

Tambah2 kerja pula dalam bilik ber air-cond, selang beberapa jam mesti kena reapply semula. Rasa macam kurang selesa bila sentuh kulit sendiri kering je semacam, bila gores sket kat kulit, mesti terdapat kesan calar putih tu, maksudnya kulit kering la kan.

Ni di antara lotion yang masih ada dalam simpanan. tu tak termasuk ada lagi 2 botol kat opis..kekeke..banyak kan. Aku suka tukar2 pakai, so tak la jemu dengan satu bau jer..Walaupun sekarang dah kurang guna lotion2 tersebut tapi Vaseline yang petrol jelly tu still berguna lagi. Tak penah miss guna dia, sangat berguna bagi mereka yang berkulit kering macam aku. 

Dah tu, dah tak ber'lotion', apa krim yang aku dok guna sekarang..Jeng-jeng, now sudah beralih pada body-butter, rasanya ramai yang dah tau kebaikan body butter ni kan. Kebanyakan Body butter mengandungi  aloe vera, vitamin E, shea butter dan olive oil yang berkesan dalam memberi kesan 'hydrated' dan melembutkan kulit. Tekstur nya yang lebih pekat dan 'thick' bila di apply pada kulit membuatkan ianya lebih bertahan lama pada kulit berbanding dengan lotion. Bagi aku masa yang paling sesuai dan effektif untuk apa2 jenis cream yang kita sapu pada kulit adalah beberapa minit selepas kita mandi. Masa tu la the best time untuk segala kebaikan yang ada pada body butter ni di serap pada kulit. 



In my collection i have this two body butter, one from Victoria Secret, Secret Garden New Collection, Lost in Fantasy and the otther one from Body Shop Love Etc collection. For me, i can't stick to one scent, nanti cepat jemu, mula la rasa tetiap hari bau sama jer, terpulang pada budget la kan, since setiap hari aku guna, dan kuantiti body butter dalam bekas dia pun banyak. So, boleh bertahan lama. Lotion yang lama buat apa?? Ada yang akan di bawa balik ke rumah di alor setar, my brother nanti boleh guna, abang aku suka pakai lotion tau, tapi dia lelaki sejati la..hihi..Mak aku pun suka bau yang body butter yang victoria secret tu, so aku dah kasi lebih kurang setengah kat dia, nanti ada budget aku beli yang baru untuk dia, my mom pun suka pakai lotion tau. Now, I've wonder why I became like this. Mak aku pun sama suka sangat la menjaga bab-bab kecantikan ni. Hehehe..

Sekarang rasanya aku dah dapat penyelesaian pada masalah kulit kering aku ni. Terpulang pada individu masing2, boleh jugak dapat kulit yang cantik dengan guna petua2 orang dulu2 kan, tak perlu berbelanja mahal2. Kadang2 ada jugak aku buat, macam mandi susu or sapu madu. tapi kalo selalu nak buat dah jadi malas kan. So, berlabur la sedikit. Mengikut sekadar yang mampu. Duit gaji pun aku dah peruntukan every month untuk membeli benda2 macam ni la. Tapi, 1st thing kena siap-siap masuk dalam simpanan dulu la kan.

 Tekstur body shop body butter sangat pekat, suka tau. bau pun best

VS pula tekstur nyer macam whipped cream sket, mula2 sapu tu bau dia fresh, ada bau bunga2an sket then lama2 bau macam lemak2 pulak, macam nak makan, kekeke.. bila apply cepat je dia meresap pada kulit, tanpa meninggakkan kesan bermiyak/melekit macam sesetengah lotion tu. Aku beli on9 kat sini. Best tau body butter, bila sentuh kulit sendiri lembut dan harum.bertahan lama pulak tu...Aumm..!!

5 comments:

HonEyBuNNy said...

wahh...ila guna Vaseline petroleum jelly tu ja...xdk duit sgt nak bli manyak2...nti dah kerja baru beli mcm2..ehheh

nurulfaridah said...

Ida pn suke pakai body butter..bau die mmg wangi sgt! ^^

Softtouch [Hanim] said...

akak pun kulit kering jgk nor..tp malas nk pakai lotion he he he..

~ceRRy beRRy~ said...

x penah dgr nama product ni kak..
hehe.. ifa agak ketinggalan skg... ;p

fiszah_pjo said...

waa..cam best je body butter tu,,nk try jugak la nnti..tp nor, between victoria secret ngn body shop tu mana lg wangi?nk cr yng wangi2 je la...tak tau la kategori ape kulit ak ni..tak pernah try lotion ni..hehe

Related Posts with Thumbnails