Followers

Saturday, October 9, 2010

Mee Udang Ayu...

Ini bukan cerita udang yang ayu or udang yang bajet ayu. Ini pasal restoran menjual mee udang dan tokey nyer bernama Ayu, kalau tak silap la..Tempat makan ni antara yang terbest di antara makanan2 yang best di Pulau Pinang ni tau. Aritu dah masuk 'jalan-jalan cari makan'. Masa tu teruja sangat nak pegi, tapi tak tau jalan. So hasil pertanyaan kepada opismate jiran sebelah cubical aku tu bagi la petua jalan dia. Tapi still sesat jugak..Kekeke..kecewa sungguh masa tu. Tetapi dengan kecekalan yang ada tetap cari jugak kedai dia tu. Akhirnya, jumpa jugak. Yea..yea..hajat sudah tercapai. 

 Petua jalan tak berapa detail, sebab tu sesat..salahkan opismate pulak..kekeke (^ - ^) 

 Tiga ekor udang besar-besar. Fresh2 lagi..Nyum-nyum. Pinggan kosong untuk letak sisa kulit udang



Perut sudah bergembira..Memang best ar mee udang ni. Sampai 3 ekor udang besar2 dalam sepinggan mee udang tu. Harga pun berpatutan. RM12 sepinggan. Kira okay la kan...So, korang yang datang Penang jangan lupa try makan kat kedai ni eh, pasti tak rugi (promoter tak bergaji = P )


Destinasi seterusnya..Laksa Janggus..Tapi tak tahu jalan jugak. Terpaksa mintak petua jalan lagi..Selagi berada kat Pulau Pinang ni, semua tempat makan yang best2 aku nak torai..

p/s;- lama dah tak blogwalking rumah jiran2, sori, lately agak kemalasan dan bz sket..k la, nantikan kunjugan ku..ayuhhhh!!

4 comments:

a d r e y n i e e l i s y a said...

a ah.. ada masuk JJM ari tuh..
wah!! habis ko cuba semua ni

eis said...

nor nih..tetiba akak teringin mee udang plak memalam nih..isk.

Burger Hunting Mission said...

nice review.menarik je mee tu :)
boleh review pasal mcD di blog saya juge.thanks

najib said...

jauhnya nun di penang,johor ada x,lain kali cuba cari yek kat jb ni.

Related Posts with Thumbnails