Followers

Monday, October 25, 2010

lappy 'demam' lagi

Haihss..dah lebih seminggu lappy kesayangan tak recover lagi nih..adehh..bosan gila hidup (ayat emo)..bila nak baik nih..tak leh blogging, blogwalking, facebook'ing dan sebagainya..Hanya dpt update dari office..kalo update dari opis, faham2 je lah, time2 bz 24/7 tak kuasa la kan nak bukak.

haaaaa...


bosannnnnn..


Fullstop

Sunday, October 17, 2010

Update on my wedding preparation - II



(Iklan jap..sape nak beli shawl printed macam design yang aku pakai ni..meh ler menjenguk kat online blogshop nih..kena cepat2 book tau..kalo tak cepat je abeh, orang lain dah book dulu..design shawl dia semua cantik2 tau..bekenan sangat, seller dia pun peramah (thru sms), tu yang rasa nak beli lagi tuh..tapi sekarang tgh budget..so kena kawal nafsu sket..)

Semalam adalah sabtu, wiken adalah hari dating..wee..tapi kali ni, tak dapat la berjalan makan angin melepak buang masa sembang itu ini, sebab nyer time wiken ni la, masa untuk aku dan azizi cari kelengkapan untuk engagement dan wedding kami nanti..Dah ler sekarang ni dalam sebulan ada la dalam 2 kali dapat jumpa/dating dengan azizi, sebab sebelum ni dia keja normal/office hour, tapi sekarang dah kena masuk shift, sebab technician bawah dia ramai dah berenti..adeh..tak suka..tak suka..nak dia masuk normal balik, nak buat macam mana kan, dah arahan dari boss..cepat2 la technician baru bawah dia masuk..so, dapat la dia keja normal/office hour semula..tapi fikir2 balik, azizi pun dah explain kat aku, bagus sebenarnya dia masuk shift sekarang, bila masuk shift, gaji pun masyukk sket, dapat elaun shift, O.T dan sbgainya..kan nak kawen, so kena la kumpul duit lebih sket..so, bersabar je la.. tapi sangat tak best, dating pun asyik on-call jer kadang2 tu..tapi takpe la, nak buat macam mana keja kan..So, disebabkan dalam sebulan ada la dua kali dapat jumpa azizi, tu pun kalo tak balik kampung, kalo tak, sebulan sekali jer..huhu..kay kay..dah la..melalut pula..berbalik pada sabtu semalam..

Mula-mula plan nak ajak my sister carikan barang2 untuk hantaran bertunang nanti, nak ajak dia ke AtoZ, dah banyak entri kan aku mention pasal AtoZ nih..hihi..tapi, last2 tak jadi, kerana ada benda yang dapat di elakkan, so, plan pun bertukar..backup plan adalah mencari cincin tunang, cadangnya nak cari kat Habib Jewelery di georgetown area town dekat jalan di masjid kapitan, sebelum ni dah tengok dah kat Habib di Quensbay, tapi tade banyak collection dan tade yang berkenan pun..Apapun mesti kena isi minyak perot dulu..kekeke..kat mana tu..kalo dah sampai area town mesti la pekena nasi kandar tajuddin husin dulu..aummm..


 Sekitar jalan di little india...on the way ke nasi kandar tajuddin hussin.

Hi abang berbaju pink..!!

Then, lepas makan kami pegi la ke kedai Habib, ada yang berkenan, tapi dalam hati still nak tengok pattern lain pulak, banyak songgeh kan, tup-tup terdetik dalam hati, eh eh, kat Gurney pun ada kedai Habib kan, so pujuk2 azizi ke Gurney Plaza pulak..kekeke..boleh round2 kat sana cuci mata..hihi..then, bila kat kedai Habib sana terus ada cincin yang berkenan..tapi malangnya..tade saiz..jari aku ni kecik sangat, size 8 jer..adehh..so, kena tempah dulu, then, tunggu sebulan nanti baru ambik..nasib la pegi cari cincin awal, kalo tak...adeh..kesian kat aku kan..jari kecik saiz tade pulak..cincin ape yang aku beli tu..cincin biasa jer, dah kata bertunang, mesti la pattern 'belah rotan' orang tua2 cakap..'dasyatkan sekarang si pemakai yang mencari cincin sendiri, selalunya mak bapak lelaki yang cari'..sekarang ni keja mudah, mak ayah azizi pun tak berapa sehat sekarang ni, so, tak nak la menganggu diorang, mana yang boleh kami buat sendiri tu, kami cari la sendiri kan...cincin bertunang pun dah setel..baju bertunang pulak...


 (Ni pun di sekitar Little India Street)


Aritu kan ada mention aku penah tengok2 kain lace kat Jekel di Alor Setar, tapi tade yang berkenan, design pun macam lama jer..maybe stok2 yang ada kat situ yang lama-lama kot..ntah ler..tapi kat kl banyak kan..penah ritu aku pegi Jekel kat jalan tar tu..cantik2 kan..Mak aku penah gtau yang kat Kamdar pun ada corak kain lace yang cantik2, so apa lagi, aku ajak la azizi ke Kamdar di Bukit Jambul pulak..kekeke..


 (Muka dah sememeh..sebab tade yang bekenan lagi =P)



(Aksi Makcik Nor yang cerewet memilih kain..tehee.. ^_^ )

Masa ni agak hampar..sebab tade yang berkenan..semua macam liplap-liplap penuh labuci, kerawang..kalo boleh nak yang simple saja..lagi pun kalo yang simple ni, nanti lepas tunang pun still boleh pakai baju tu kan..

 (Hehehe..tengok azizi kat belakang dah bosan tunggu aku pilih kain..huhu..kesian dia..)


Dan akhirnya, jumpa jugak, ada less 10% lak tu..hepi-hepi..tak perlu susah2 pk nak cari kat kedai kain lain pulak kan..so, nak reveal la color dia adalah light peach..

Sedikit summary untuk my engagement preparation ni, and the list are:-
  1. baju tunang & tempahan - settle already, dah pegi tempah kat autie, yang tinggal kat area rumah sewa aku jugak..And, harga upah, adalah sangat murah, kurang dari apa yang aku budget sebelum ni..wah, sudah jimat di situ...akan di siapkan dan di ambil pada 10hb Nov nanti, design baju adalah baju kurung moden..simple and hopefully it's nice kan..
  2. cincin tunang - settle, tunggu lagi sebulan nak pegi ambik..
  3. dulang hantaran & lapik dulang hantaran - pinjam dari my colleague, kaler nyer adalah white/silver.
  4. doorgift (isian)- dah order dari my colleague jugak..mula2 plan taknak buat, pk pk balik, ada jugak sumthing nak dibawa balik oleh org yang datang masa my engagement nanti kan, lagipun dah decide tade mini-pelamin bagai, so sudah jimat di situ, duit yang di saving tu, boleh la beli doorgift sket2 kan..
  5. packaging for doorgift - belom settle lagi, tgh deal ngan sorang seller dari online blogshop ni, tak decide lagi nak ambik yang mana, senang kan sekarang, semuanya di hujung jari.. 

fake lashes..




(Mekap di mata comot, sebab masa ni just nak try saja, pakai sapu je eyeshadow & eyeliner tu..huhu  =P )

One of my make up skills that need to more concentrate/study is applying the fake lashes and how to choose the best/suitable lashes according to the shape of the eyes. Adeh..rasanya dah banyak kali aku try pakai or beli, mesti tak reti nak pakai dan beli yang tak sesuai. Ade je dalam collection tapi tak reti nak pakai. Tak banyak pun ada, may be sebab tu la tak jumpa yang sesuai ngan mata dan bentuk muka aku kot, camno nak jadi 'mak andam' kan, eceh..ada hati pulak tu...yang aku pakai ni, one of my falsies collection yang baru di beli dari online blogshop. Tapi still tak puas hati, adeh..rasa over pulak..it is too dramatic for me..ker sesuai je camni..tapi rasa tak la..over jerr..bukan rozita cik wan pun, ni cik wan norhaizan la..hihi..so, misi kali ni, nak mencari bentuk bulu mata pelesu yang betul sesuai dan tak over sangat..Tujuannyeerr..mesti la during my engagement nanti ai nak try ler, nak kelip2 bulu mata depan bakal mak mentua (adehh..parah ni ^_^ ) tak ada mak andam nanti, diri sendiri yang jadi mak andam tak bersijil, tu yang kepingin nak pakai tu..Tapi sebelum tu kena cari yang sesuai dan tuan diri pun kena la pandai pakai kan..adeh..kena byk google lagi ni..nasib la falsies ni murah2 jer, kalo tak mampuss..Mana eh nak cari yang natural-thick-but not too long??..

p/s-> bestnya..petang2 bloging sambil minum lipton-strawbery..lama dah tak jenguk blog jiran2 nih..ayuh...!!

Thursday, October 14, 2010

Farewell colleague at Bugger King.


Farewell for my colleague's Dayah at burger king..BK yang aku order double mushroom..adehhh..sengkak perot..

Nway, good luck in your future intake, Dayah!!


Eeeww..syiok nyerr..hadiah besarr...



Geng-geng makan, lunch - breakfast, juga gossip-gossipan..



Us from different department, Trainee (Internship),HR, QA/QE Engineer/Staff, Process Engineer/Staff

(Gambar di cilok dari another colleague from her FB..hehe)

Sunday, October 10, 2010

update on my wedding preparation - I

Boleh tak nak buat entry pasal wedding preparation ni bersiri, so, nanti bakal ada, II, III, IV, V dan seterusnya. Tu pun kalau rajen hapdet la kan. Okay berbalik mengenai progress wedding preparation yang dah settle adalah pakej perkahwinan with my cousin boutique,oh bukan dia yg owner that boutique, salah statement la, dia ada share dalam boutique tu, then, the things yang aku sewa dari dia consist of :-

  1. baju persandingan kenduri sebelah aku dan azizi, so ada 2 pasang untuk aku dan  azizi, kenduri sebelah azizi, azizi dah pilih warna biru muda atau turqoise, feveret    kaler dia biru, no wonder la kan dia pilih kaler tu. bagi sebelah aku pula maybe kaler grey, tapi belom tentu lagi. Tunggu awal tahun depan nanti nak pegi fitting baju, kot2 ada baju yang baru dalam boutique tu.
  2. bilik pengantin - sudah bincang dengan dia, sebenarnya aku tak tahu sangat nak   pilih konsep or tema kaler pe, bagi aku asal ada sudah ler, tak kesah pun macam mana, so dia suggest ambik konsep english style, and tema kaler cream. So, aku setuju ajer..tengok album bilik2 pengantin yang dia buat sebelum ni pun cantik-cantik, so,   sudah berkenan di hati. Lagipun pattern sekarang pun banyak buat english style kan.
  3. hiasan meja makan pengantin - hiasan dan kerusi diorang sediakan, so aku kena      prepare 3 or 4 meja untuk kenduri nanti sebagai meja makan beradab. Tu boleh amik dari meja yang disewa masa nak dekat kenduri nanti. Akan di uruskan oleh ahli family aku nanti.
  4. pelamin - konsep pun sama jugak dengan bilik pengantin, lagipun kaler cream match dengan semua warna baju kan. This one, aku request nak simple saja.
  5. baju akad nikah juga sewa dari situ, kaler putih-cream, tapi belom tentu lagi, kot2      ada budget nak buat sendiri kan.
  6. mekap - 3 kali, kenduri belah aku, azizi dan akad nikah
  7. dulang hantaran - nanti boleh request banyak mana aku nak sewa, azizi pun   tumpang sewa sekali jugak. Boleh sewa time tunang dan kenduri nanti.
  8. veil untuk pertunangan - aku request nak sewa veil, tapi tak tahu lagi warna pe   sebab baju tunang pun belom beli lagi. So, lega..boleh sewa dari dia, tak gadoh nak beli, mahal kot veil2 nih. Ritu aku tengok kat Jakel sampai seratus lebih..adehh...

errr..apa lagi eh, lupa lak nak catat masa dia gtau tu..rasanya ini je kot. Dia dah pesan kalau apa2 yang di  perlukan lagi just bagitau je kat dia. Senang kan berurusan dengan sedara sendiri.


Nanti sebelum bertunang aku akan pergi semula kedai dia, untuk pinjam veil dengan dulang hantaran, dan bayar deposit. 






















(gambar tuan blog pun nak menyemak =P)

say goodbye to lotion

Last time aku penah mention my skin yang sgt kering ni..selain dari pengambilan nutrien untuk kulit seperti EPO, buah-buahan, sayur-sayuran, penggunaan scrub dan air masak yang mencukupi, lotion juga di titikberatkan. Banyak dah jenama2 lotion yang aku dah try, nak sebot ke kat sini..tak perlu la..sebab lotion pun berkesan untuk orang lain kan, terpulang pada individu masing-masing..

Tambah2 kerja pula dalam bilik ber air-cond, selang beberapa jam mesti kena reapply semula. Rasa macam kurang selesa bila sentuh kulit sendiri kering je semacam, bila gores sket kat kulit, mesti terdapat kesan calar putih tu, maksudnya kulit kering la kan.

Ni di antara lotion yang masih ada dalam simpanan. tu tak termasuk ada lagi 2 botol kat opis..kekeke..banyak kan. Aku suka tukar2 pakai, so tak la jemu dengan satu bau jer..Walaupun sekarang dah kurang guna lotion2 tersebut tapi Vaseline yang petrol jelly tu still berguna lagi. Tak penah miss guna dia, sangat berguna bagi mereka yang berkulit kering macam aku. 

Dah tu, dah tak ber'lotion', apa krim yang aku dok guna sekarang..Jeng-jeng, now sudah beralih pada body-butter, rasanya ramai yang dah tau kebaikan body butter ni kan. Kebanyakan Body butter mengandungi  aloe vera, vitamin E, shea butter dan olive oil yang berkesan dalam memberi kesan 'hydrated' dan melembutkan kulit. Tekstur nya yang lebih pekat dan 'thick' bila di apply pada kulit membuatkan ianya lebih bertahan lama pada kulit berbanding dengan lotion. Bagi aku masa yang paling sesuai dan effektif untuk apa2 jenis cream yang kita sapu pada kulit adalah beberapa minit selepas kita mandi. Masa tu la the best time untuk segala kebaikan yang ada pada body butter ni di serap pada kulit. 



In my collection i have this two body butter, one from Victoria Secret, Secret Garden New Collection, Lost in Fantasy and the otther one from Body Shop Love Etc collection. For me, i can't stick to one scent, nanti cepat jemu, mula la rasa tetiap hari bau sama jer, terpulang pada budget la kan, since setiap hari aku guna, dan kuantiti body butter dalam bekas dia pun banyak. So, boleh bertahan lama. Lotion yang lama buat apa?? Ada yang akan di bawa balik ke rumah di alor setar, my brother nanti boleh guna, abang aku suka pakai lotion tau, tapi dia lelaki sejati la..hihi..Mak aku pun suka bau yang body butter yang victoria secret tu, so aku dah kasi lebih kurang setengah kat dia, nanti ada budget aku beli yang baru untuk dia, my mom pun suka pakai lotion tau. Now, I've wonder why I became like this. Mak aku pun sama suka sangat la menjaga bab-bab kecantikan ni. Hehehe..

Sekarang rasanya aku dah dapat penyelesaian pada masalah kulit kering aku ni. Terpulang pada individu masing2, boleh jugak dapat kulit yang cantik dengan guna petua2 orang dulu2 kan, tak perlu berbelanja mahal2. Kadang2 ada jugak aku buat, macam mandi susu or sapu madu. tapi kalo selalu nak buat dah jadi malas kan. So, berlabur la sedikit. Mengikut sekadar yang mampu. Duit gaji pun aku dah peruntukan every month untuk membeli benda2 macam ni la. Tapi, 1st thing kena siap-siap masuk dalam simpanan dulu la kan.

 Tekstur body shop body butter sangat pekat, suka tau. bau pun best

VS pula tekstur nyer macam whipped cream sket, mula2 sapu tu bau dia fresh, ada bau bunga2an sket then lama2 bau macam lemak2 pulak, macam nak makan, kekeke.. bila apply cepat je dia meresap pada kulit, tanpa meninggakkan kesan bermiyak/melekit macam sesetengah lotion tu. Aku beli on9 kat sini. Best tau body butter, bila sentuh kulit sendiri lembut dan harum.bertahan lama pulak tu...Aumm..!!

Saturday, October 9, 2010

Mee Udang Ayu...

Ini bukan cerita udang yang ayu or udang yang bajet ayu. Ini pasal restoran menjual mee udang dan tokey nyer bernama Ayu, kalau tak silap la..Tempat makan ni antara yang terbest di antara makanan2 yang best di Pulau Pinang ni tau. Aritu dah masuk 'jalan-jalan cari makan'. Masa tu teruja sangat nak pegi, tapi tak tau jalan. So hasil pertanyaan kepada opismate jiran sebelah cubical aku tu bagi la petua jalan dia. Tapi still sesat jugak..Kekeke..kecewa sungguh masa tu. Tetapi dengan kecekalan yang ada tetap cari jugak kedai dia tu. Akhirnya, jumpa jugak. Yea..yea..hajat sudah tercapai. 

 Petua jalan tak berapa detail, sebab tu sesat..salahkan opismate pulak..kekeke (^ - ^) 

 Tiga ekor udang besar-besar. Fresh2 lagi..Nyum-nyum. Pinggan kosong untuk letak sisa kulit udang



Perut sudah bergembira..Memang best ar mee udang ni. Sampai 3 ekor udang besar2 dalam sepinggan mee udang tu. Harga pun berpatutan. RM12 sepinggan. Kira okay la kan...So, korang yang datang Penang jangan lupa try makan kat kedai ni eh, pasti tak rugi (promoter tak bergaji = P )


Destinasi seterusnya..Laksa Janggus..Tapi tak tahu jalan jugak. Terpaksa mintak petua jalan lagi..Selagi berada kat Pulau Pinang ni, semua tempat makan yang best2 aku nak torai..

p/s;- lama dah tak blogwalking rumah jiran2, sori, lately agak kemalasan dan bz sket..k la, nantikan kunjugan ku..ayuhhhh!!

Friday, October 1, 2010

perihal barang-barang hantaran

Boleh tak nak merepek pasal preparation untuk my Big Day nanti..Boleh la kan..dah yang tu je pun dalam fikiran sekarang. Sebab ada dua majlis, tunang dengan kawen, ikot adat macam biasa la, mesti kena ada hantaran pada dua majlis tersebut kan..Plan untuk masa bertunang, dari pihak sebelah aku maybe dalam 5 bekas..dan azizi pula 3 la kan..Skit je..Kan dah kata majlis ni simple saja..Hantaran untuk kawen pulak, tak tau lagi la berapa, tapi skrg ni kena plan untuk barang2 hantaran tu..

Ok, berbalik pada hantaran bertunang, barang-barangnya rasanya dalam bentuk makanan je kot. The lists are:-
1) Cake (Secret Recipe or Kek Sayang??) Kedai Kek Sayang ni femes tau kat tempat aku, kek2 dia pun sodappp..boleh lawan kek secret recipe au..
2) Coklat (Cadbury/Ferrero rocher or coklat2 dari langkawi) I got one friend yang dok kat langkawi, boleh kirim dari dia, murah sket kan.
3) Buah-buahan (Malam sebelum hari bertunang tu boleh beli kat tesco jer)
4) Makanan tradisional (Boleh beli kat Pekan Rabu..macam2 adooo..)
5) ???? (takde idea lagi nak beli apa..any suggestion??)
Deco hantaran, maybe buat siap2 kat kedai la..Kat kedai A to Z kat Seberang Jaya, Penang tu diorang ada service untuk deco hantaran..Segala barang mak nenek hiasan hantaran ni aku akan borong kat kedai tu jer..Senang..Kad keahlian pun dah ada..Boleh dapat diskaun sket..Nak bunga pun banyak di jual kat situ..Kan sekarang barang hantaran di hias dengan bunga-bungaan..Tapi kebanyakan guna fresh flowers, tapi aku guna yang fake punya, hentam saja la..kekeke...lebih kurang je pun kan (sedapkan hati ;p )..

Hantaran untuk kawen (belah aku):-
1)Handbag 
2)Kasut
3)Set wangian/perfume
4)Telekung (beli kat opismate)
5) dan seterusnya, terpulang pada pihak sebelah azizi nak bagi apa..

Hantaran kawen belah azizi:-
Takde idea lagi..huhu..Kena bincang ngan azizi dulu apa dia nak.

Untuk barang2 hantaran aku ngan azizi, macam handbag, kasut, jam ker maybe akan di beli pada hujung tahun ni..End year sale maa..leh dapat diskaun kaw-kaw punya kan.

Untuk hantaran set wangian tu mula-mula terfikir nak beli perfume, tapi lepas dok pk2 balik kalo ambik yang set wangian macam body shop ker locitane ker victoria secret pun okay gak kan..Tadi tengah klik2 kat link blog2 kawen ni terjumpa list ni kat blog ni 4weddingku 

Top 10 toiletries for hantaran:-

No.10 -Biotherm

Budget RM200 per set.

No.9 - L Occitane
Budget RM350 per set.

No.8 - Skin Food
Budget RM150 per set.

No.7 - Origins
Budget RM300 per set.

No.6 - SKII
Budget RM500 per set.

No.5 - La Mer
Budget RM2,000 per set.

No.4 - Crabtree & Evelyn
Budget RM200 per set.

No.3 - BodyShop
Budget RMm150 per set.

No.2 - Victoria Secret
Budget RM200 per set.

No.1 - Bath & Body Works
Budget RM250 per set


Untuk lebih detail sila la ke blog dia yer..Sangat berguna pada bride-to-be untuk wat rujukan.
And, for me i choose number 2..weee..dari set yang secret garden tu..tapi what scent, tak decide lagi..and dh plan nak beli kat blog satu ni..nanti aku kabo-kabo kan yer..baru try beli satu body butter dari latest secret garden collection kat blog dia.tak penah try bau ni lagi..kalo best, mungkin akan dipertimbangkan utk buat set hantaran...pada siapa2 nak beli wangian victoria secret boleh la nak rekomen beli kat blog tu nanti..
Related Posts with Thumbnails