Followers

Tuesday, September 21, 2010

tomyam udang

Sekarang macam terlebih rajin nak masak memasak. Dah lama tak sentuh senduk peruik kuali. Dapur pun lama dah tak berasap. Semenjak rakan sebilik dah tak menyewa sebilik dengan aku. Dulu rajen gak la kami bersilat di dapur. Maklum la bila ada geng ni macam2 la idea nak masak timbul. Ni bila berseorangan nak masak pun tak de feel. Perot sorang jer, bedal pape pun takpa. Sekarang semangat tu dah mai balik. Banyak dah resepi2 dari blogger aku dok kutip sikit2. Bila rajen boleh torai nanti. Bukan nya apa, persediaan menuju gerbang perkahwinan jugak kan, fuhlamak! Thanks kepada mereka yang banyak mengkongsi resepi. Di sebabkan tekak orang demam ni nak merasa yang pedas pedas masam masam, maka dengan keupayaan yang ada terhidang la tomyam udang di depan mata dan di jamah dengan lahapnya..kekeke..my feberet u ~ ~ tomyam tomyam ni. I makan dengan keteow, tak selera la nak makan dengan nasi sekarang. Meh orang yang tak berapa pakar ni nak berkongsi resepi tomyam dia. Senang sajo, semudah abc. Ni sorang makan je la..Aku telan sorang sorang je..


Bahan-bahan:-

Perencah tomyam (Adabi & Paste tomyam Siam) - 2 paste au aku guna, yang siam tu paling aummm..yummy..
Udang - Segenggam(berapa gram tah), saiz sederhana besar, tapi kalo besar lagi best kan
3 biji Tomato - di potong empat setiap satu
1 ulas bawang besar - dipotong bulat2 atau belah biasa pun boleh
Cili padi - ikot suka u byk mana pun
2 btg Serai - di lenyek
Carrot - Setengah batang dipotong bulat2
Limau purut
Asam Limau

Cara penyediaan;-
1) Rebus udang dan toskan airnya keluar (perlu di rebus berasingan takot nanti manis udang tu menganggu rasa tomyam nanti)
2)Masukan 2 gelas besar air ke dalam periuk dan panaskan
3)Masukan perencah tomyam adabi dan paste tomyam siam tu berserta udang, kemudian masukkan serai, bawang besar dan cili padi
4)Tunggu sampai mendidih, then, masukkan tomato, carrot, limau purut...(aku suka letak tomato byk2...baru masam masam..baru best.aummmm.)
5)Sedia untuk di hidang, masukan perahan asam limau kalau nak lebih rasa masamnya... 

Nak cuba sila la...tapi tomyam aku ni terlebih masam sket. mak suka masam2 nyah..




Haihh..dah lama tak letak gambar tuan blog kan..ni gambar kat autocity, Juru, P.Pinang bersama dengan adik Azizi, Asma..

10 comments:

~ceRRy beRRy~ said...

ifa pun hantu tomyam!
boleh hirup tomyam sorang2 jek smpi licin! :D

Ena said...

akak pun suka gak..

mai la semangkuk!.. hheh

Softtouch [Hanim] said...

rajinnye anak dara ni masak..
serai dilenyek?klakalah..di ketuk kot nor..:)

nurulfaridah said...

suke mkn tomyam :)

AngahSayang2314 said...

alamak nor kenapa buat tomyam dah la.. angah pose nie tergugat uuu hehehe

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

cedapnyer..
bih2 lg seafood tomyam.. :P

hajarus said...

hajar pun sker.. nyam2..

AngahSayang2314 said...

angah dtg ingat ada n3 baru

annfrendly said...

waaa.. sedapnya...
ann suke sangat makan tomyam..
nak2 udang.. ann kan antu udang..
nor yang paste dalam botol tu ann tak pernah jumpa pun kat kedai..
kat giant/tesco ada tak jual??
brand apa ya?

HonEyBuNNy said...

nyum2...mesti sedapppp neh...

Related Posts with Thumbnails