Followers

Wednesday, September 29, 2010

lagi 6 bulan

Sedar tak sedar lagi 6 bulan menuju ke hari perkahwinan aku nanti..insyaAllah kalo takde pape perubahan dgn izin-Nya, kedua2 belah pihak dah setuju nak buat dalam bulan 3 tahun depan, so ada lagi 5/6 bulan mcm tu..persediaan??..Rasanya baru 0.05%, semuanya pada plan je baru...asyik revise je list yang aku dok buat tu..Masa awal2 tu, memang la plan kaw2 punya, esaited lebih, then dah lama2 mcm dah kureng, sebab aku fikir lambat lagi kot, esaited tu awal2 jer lebih..tapi sedar tak sedar lagi 2bulan nak bertunang, kalo ikot plan dalam bulan 12 nanti la..mananya baju tunang, segala brg hantaran tunang, apa semua tak cari lagi ni..mulai dari hari ni, aku dah nak kena start dah mencari barang2 yg di perlukan nanti..Alhamdulillah, simpanan setakat ni agak membanggakan..chewahh..syabas untuk diri 'beliau'..hihi..kalo tak kerna kawen, sgt susah bin payah la nak simpan byk2 ni..hihi..tp belanja untuk majlis bertunang tak la byk sgt, sbb kalo blh nak buat sesimple yang mungkin, so leh simpan budget untuk kawen nanti..weekend ni plan nak pegi jumpa cousin aku yang owner butik  kat kedah, dah plan lama dah nak pegi, tapi tak p2 lagi, bz mengalah YB la sgt kan..so, blh bincang2 ngan dia apa yang aku nak nanti..dia dah sound aku dulu suh p awai2, aku lak melengah2kan..adehh..harap2 ada la baju pengantin yang aku berkenan nanti..tema kaler??adeh..tak pk lagi, rasanya mana design baju yang cantik menarek pandangan hati nanti tu la akan jadi tema kaler, senang kan macam tu..hihi..ke pakai tema colourful, baru best sket..keh3..


Dua buku ni la dok conteng2 budget/brg2 untuk wedding ngn engagement nanti..mlm ni baru nak bukak balik..dah 3bln aku tinggalkan dengan alasan masih awal lagi..huhu..skrg baru terasa macam nak dekat jer..

Tuesday, September 28, 2010

lagi tips ber'eyeliner

Kalau tade entry make up tak sah la kan, bagaikan bukan-norhaizan-nama sebenar..kekeke..over pulak dah..Satu lagi tips nak ber'eyeliner untuk menampakkan mata yang besar-galak-dan lebar..Make up mata ni aku guna eyeliner jenis pencil (kalo eyeliner jenis gel-liner/liquid pun boleh jugak..), tapi kalo pensel ni lebih mudah nak menambah-nambah dan control product dia kat ujung kedua2 belah ekor mata tu..dan eyeshadow kaler masa ni kaler choc kot (lupa dah ; p)..biar la apa pun kaler dia, selalunya aku akan combine ngan kaler grey kat ujung dia tu..supaya ada smokey2 sket..baru la effect mata besar-galak-dan lebar menjadi kan..kekeke..over nyah..ada jugak nak kena lempang kang..tehee..




(maaf la kualiti gambar not meet viewers/readers satisfaction..camera cabok ma.. ;p)

Just tebalkan kat ujung ekor mata tu.ujung lagi satu hi-light dgn cream/light colour..tebalkan kawasan atas dan bawah mata dan lebihkan kat ujung ekor mata, guna pensel liner tu sendiri or eyeshadow kaler black or grey.dan smudge it a little bit..mengunakan small brush yang bersesuaian..oh, one more thing, kalo dah tebalkan hitam pekat bhgian mata tu, jgn lupa untuk boldkan juga bulu kening tu guna brow-liner kaler brown/natural color..So, menampakkan lebih seimbang dengan eyeliner tebal mata kita tu..masa ni tak siap lagi, so, tade la bold pada brow line tu..tu yg mcm tak seimbg hitam di mata ngn kening tak siap tu..oh, nak cantik lagi, tambahkan bulu mata palsu la..baru la rozita cik wan uuu..aww..aww..masa ni aku just guna mascara jer, bukan pegi mana pun, leceh la pakai bulu mata palsu ni..i tak terer lagi, nak kena pegi menuntut lagi.

Friday, September 24, 2010

tukar skincare set lagi...

Sebelum ini kan aku ada mention yang aku guna set Garnier, tapi tu la, bagus memang bagus, sebabnya jarang sekali nak naik jerawat, tapi tu la..jeragat still tak berkurangan, bertambah lagi ada, orang cakap kulit aku ni jenis kering (memang pun), tu yang banyak jeragat-bintik2 hitam..ada orang kata jeragat ni tanda penuaan, tapi takkan la dari sek men lagi dah ada tanda2 penuaan ni..aiiyoo..pity me...

'Eh, rileks ar, concealer atau foundation kan ada boleh tutup segala mak nenek cacat cela di muka'..memang la...tapi kan kulit sebenar kan mesti la perlu di rawat dulu kan..dulu byk duit gaji dok perabih kat brg2 mekap, sekarang brg2 mekap pun dah menimbun, tambahan nak naik pelamin tahun depan mestila nak kulit cantyik meletup kebabumm..(perasan ;p)..so, atas rasa perihatin baru-baru ni aku dah tukar pakai set Loreal pula...Loreal White Perfect Radiance Boosting Double Essence..macam kat bawah ni..tapi aku beli sekali ngan set dia yang lain..



Sebelum beli ada gak dok review product dia, macam okay jer.rating pun bagus jer...so terpengaruh dan terbeli..kekeke..harap2 ok la kan, just nak kurangkan bintik bintik hitam ni jer, sebenarnya dah redha ngan apa yang ada, tapi biasa la perempuan kan, pantang orang tegur, mesti ada tak kena, perasaan sedih terover semacam, pastu nak beli macam2..konon-konon nak cantik la kan...nak beli SK-II, takkan nak beli essence tu je kan, mesti nak kena ada set lain sama, baru berkesan, mahal sangat la pulak, lagipun ada byk gak review dok kata tak bagus mana pun..ntah la, tapi satu hari aku nak try la jugak.(berangan duit byk la tu..mimpi la..).tengok keberkesanan Loreal ni dulu macam mana..kalo sesuai just stick pada Loreal ni..bye bye 'take care, Garnier'...welcome Loreal.. 'kerana dirimu begitu beharga'..wekkk ;p

Owh, tukar topik jap..aritu kan aku ada beli stick kajal arab eyeliner tu..owh, langsung tak best..owh..sorii..mengakuan jujur ni..ada tak yang nak pelempang aku..haha..memang serius tak best, aku tak pakai pun..berminyak semacam pastu stick dia pun dah bengkok sket, terus buang sbb emo, brg di beli tak memuaskan..nasib la murah jer..maybe brand lain ok kot..tapi nanti akan try brand yang lain jugak, kalo best aku gtau kat sini eh...

p/s:- kepada yang tny pasal code colour kryolan tv paint stick tu i pakai yang natural colour code NB, dan compact powder Pixy aku pakai code colour Natural Beige, kaler dia gelap skit dari warna kulit sebenar i..ber'ai ai pulekk...'pesanan-pesanan; kryolan tak leh pakai hari2 tau, kalo nak pegi kenduri or majlis pape ke takpe la..'

Tuesday, September 21, 2010

tomyam udang

Sekarang macam terlebih rajin nak masak memasak. Dah lama tak sentuh senduk peruik kuali. Dapur pun lama dah tak berasap. Semenjak rakan sebilik dah tak menyewa sebilik dengan aku. Dulu rajen gak la kami bersilat di dapur. Maklum la bila ada geng ni macam2 la idea nak masak timbul. Ni bila berseorangan nak masak pun tak de feel. Perot sorang jer, bedal pape pun takpa. Sekarang semangat tu dah mai balik. Banyak dah resepi2 dari blogger aku dok kutip sikit2. Bila rajen boleh torai nanti. Bukan nya apa, persediaan menuju gerbang perkahwinan jugak kan, fuhlamak! Thanks kepada mereka yang banyak mengkongsi resepi. Di sebabkan tekak orang demam ni nak merasa yang pedas pedas masam masam, maka dengan keupayaan yang ada terhidang la tomyam udang di depan mata dan di jamah dengan lahapnya..kekeke..my feberet u ~ ~ tomyam tomyam ni. I makan dengan keteow, tak selera la nak makan dengan nasi sekarang. Meh orang yang tak berapa pakar ni nak berkongsi resepi tomyam dia. Senang sajo, semudah abc. Ni sorang makan je la..Aku telan sorang sorang je..


Bahan-bahan:-

Perencah tomyam (Adabi & Paste tomyam Siam) - 2 paste au aku guna, yang siam tu paling aummm..yummy..
Udang - Segenggam(berapa gram tah), saiz sederhana besar, tapi kalo besar lagi best kan
3 biji Tomato - di potong empat setiap satu
1 ulas bawang besar - dipotong bulat2 atau belah biasa pun boleh
Cili padi - ikot suka u byk mana pun
2 btg Serai - di lenyek
Carrot - Setengah batang dipotong bulat2
Limau purut
Asam Limau

Cara penyediaan;-
1) Rebus udang dan toskan airnya keluar (perlu di rebus berasingan takot nanti manis udang tu menganggu rasa tomyam nanti)
2)Masukan 2 gelas besar air ke dalam periuk dan panaskan
3)Masukan perencah tomyam adabi dan paste tomyam siam tu berserta udang, kemudian masukkan serai, bawang besar dan cili padi
4)Tunggu sampai mendidih, then, masukkan tomato, carrot, limau purut...(aku suka letak tomato byk2...baru masam masam..baru best.aummmm.)
5)Sedia untuk di hidang, masukan perahan asam limau kalau nak lebih rasa masamnya... 

Nak cuba sila la...tapi tomyam aku ni terlebih masam sket. mak suka masam2 nyah..




Haihh..dah lama tak letak gambar tuan blog kan..ni gambar kat autocity, Juru, P.Pinang bersama dengan adik Azizi, Asma..

Monday, September 20, 2010

perihal raya



Ok, setakat ni entry raya saya.

Ramai yang update pasal raya, memang semua entry la kan berkisar tentang raya. Kemeriahan raya tahun ni bagi aku tak la semeriah tahun tahun lepas. Tengah tengah malam raya dah tercanggak kat hospital, gara-gara abang aku sakit perut pada mulanya. Ingatkan memang hanya sakit perot la, tapi actually dia sakit kat appendiks, appendiks dia tu kena operate buang, so pagi raya berhari raya la pak wan sefamily di hospital. Tak per la, dah nasib dia kan, hari pertama hari raya dia kena jalani pembedahan. Hari Kedua, Ketiga, Keempat, rumah penuh dengan sedara mara, jauh dekat datang berkunjung. Hari raya seterusnya pula diserang demam, kejap kebah kejap panas balik..adehh..sampai 5hari, baru semalam lega sket, ni pun masa terasa panas2 sket..sbb tu la,tak dapat la merasa keluar berhari raya di rumah teman-teman, even rumah bakal mertua pun tak pergi..Takper, raya kan sebulan..Nanti ada masa boleh pegi lagi (sedapkan hati ;p). Gambar raya...takde jugak..Kamera pun ntah kemana..Masa nak snap2 cari tak jumpa..Tapi juadah istimewa raya semuanya dapat makan kecuali lemang..adehh..macam tak lengkap je kan..

Monday, September 6, 2010

semangat raya...

Dalam kepala otak asyik bergema lagu raya je ni..adehh..tak semangat langsung kat opis arini..tubuh badan kat sini..tapi jiwa raga hati dah kat alor setar dah...tapi malangnya, tahun ni tak dapat balik awal macam selalu..hari khamis tghari lepas keja baru balik.aku ambik half-day pada khamis tu..sebab cuti tak banyak, lagipun banyak ambik cuti selepas raya..adehh..selalunya aku la manusia paling sibuk kat rumah..kemas rumah, pasang langsir, beli kuih raya, beli hiasan2 rumah yang baru macam2 lagi la..maklum la, aku sorang je anak perempuan yang ada..kakak aku plak dah kawin, selalunya dia beraya kat rumah mertua dia la..nak harap adik lelaki ngan abang aku, jangan harap la..kalo suruh ke kedai boleh la..tapi, tahun ni..kesian kat mak..semalam ada kol dia, dia kata adik aku, arif tu yang tolong dia mengemas..aisehh..was-was jugak aku..hihi..tak sangka rajen pulak adik aku sorang tu..kuih raya apa semua mak dah beli, macam faham2 je mak aku yang anak dia ni dok tengah berjimat cermat..tehee.kitorang memang tak buat kuih raya, selalu beli jer, mak aku kan tukang jahit, so sudah semestinya dia busi dok jahit baju2 tempahan..tapi baju aku, aku beli yang dah siap ready-made, hihi..senang..sebab aku dah banyakkk ada experience, baju aku last minute siap, penah satu tahun tu, pukol 4 pagi aku masih berjaga jahit baju sendiri, yela, baju tempahan orang mak aku baru siap jahit tengah2 malam raya tu, so lepas tu bertotek-totek(ayat apa ni??) la aku kat mesin jahit...tapi takpa, aku tak kesah, tu semua pengalaman kan, so, sejak aku dah keja ni baju raya beli yang siap dah...tahun ni dah masuk tahun ketiga aku kasi duit raya, semenjak aku kerja la kan..rasa best je dapat bersedekah tau..time ni la peluang untuk kita bersedekah bagi yang dah bekerja kan..yang tu pun dah kirim kat abang aku suh tukarkan jadi singgit2 dan 5hinggit..sampul raya pun dah ada sket..malam raya nanti la isi..

Start dari semalam aku dah berpk barang apa nak di bawa balik nanti...malam ni or esok mesti dah start packing..adehh..semangat gila nak balik ni..tapi sayang lagi 3hari lagi..huuu..

Friday, September 3, 2010

berbuka di teluk tempoyak

Ni adalah sambungan entry sebelum2 ni..nak jugak upload kat sini...sedap tempat makan dia best..salah satu tempat makan kat penang yang terbaik la bagi aku..harga dia pun berpatutan..restoran ni adalah di Teluk Tempoyak..sebenarnya baru aku perasan, masa simpang nak masuk ke restoran ni ada cabang yang ssatu lagi tu jugak ada tempat makan macam ni, tapi tak tahu la sedap ke tak, sebab tak penah try lagi..selalu aku datang kat sini jer...


Masa ni kami order ikan siakap masak cili, sotong celup tepung, tomyam campur, nasi kosong, fresh oren dan  air tembikai..ikan tu isi dia sangat la fresh..masih terasa lagi au manis2 dia..menurut kawan2 aku, ikan tu dia direct ambik kat nelayan yang ada disekitar tepian pantai tu..tempat duduk kami betul2 tepi laut..best au kena angin2 laut ni


Kalo makan kat sini dah tentu la kan kena wat tempahan dulu..pastu masa sampai tu just cari jer nama kat meja makan yang dah reserved untuk kita..



Sotong celup tepung pun sedap..ni feveret azizi nih..kami order tak la banyak sangat, ye la..makan dua orang je pun..


Bawah ni pemandangan di sekitar restoran tu..Sementara nak tunggu berbuka..apa lagi, aktiviti wajib la kan..kalo tak, tade modal untuk blog..








Thursday, September 2, 2010

ditepian pantai

Pagi2 neh meh ler jamu mata melihat keindahan pantai di penang..ni ada lah sekitar di tepian jalan zon perindustrian..masa ni pas balik dari Gurney, memula ingat nak singgah Quensbay jap, pastu bila nak sampai jer terpaksa membatalkan niat, punya la penuh dengan kereta yg masuk ke Quensbay tu..hua..tak sanggup la nak bersesak..parking dah tentu la susah nak dapat..pastu g Giant cari barang2 keperluan..pastu lepak jap kat  tepi pantai, sementara tunggu waktu berbuka puasa..

Memang menenangkan tengok laut yang beralun2 tue..tapi sekarang ni angin tak berapa la..tengah air surut kot..


Ramai tau orang yg lepak2 ambik angin kat sini..ye la kan..sementara tunggu waktu berbuka..takkan nak terjah kedai makan awal lagi kot..



Ceaa..kasut baru u..hihi..last entry kan i ada mention nak beli kasut raya..ni la dia..dan dan tu i pakai, dah bukan kasut raya dah la kan, sebab dah pakai sebelum raya..kekeke..tahun ni i beraya dengan penuh kuasa penjimatan yang tinggi..baju raya sepasang saja, tu pun baju i beli nak pakai masa kenduri kawen kawan i, tapi tak jadi pakai sebab tak ikot tema kaler..so, baju tu i pakai la masa raya nanti..



Sungguh selesa tau kasut tu, walaupun pattern/design dia tak hot..tapi i suka, sgt selesa..senang nak pakai jalan2, kaki tak sakit macam pakai heels tu...i dah tobat nak pakai heels p jalan2, pakai masa p makan kenduri boleh la kan...tapi kasut ni still ada tapak yang tinggi..so tak la menyerlah sangat ketinggian sebenar si pemakai..hihi..FYI, hbag di atas tu i beli online masa tahun lepas kot kalo tak silap, still elok lagi...harga lebih murah berbanding di pasaran..sbbnya direct from oversea..kiranya macam personal shopper la..








Ok stop!!..di sudahi dengan gambar tangan bf i

Wednesday, September 1, 2010

Blogwalking Award 2010..from Fizah..thanks dear..

Rajen pulak kan aku menjawab tag..thanks fizah coz kasi aku award ni..insyaAllah akan di jawab dengan jayanya...





Q & A Session.
1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?

   Perut tengah kenyang, tak dpt berpk apa dah,,hihi..cuma ingat nak setelkan tag ni jer..hihi

2. Apakah nama samaran anda?   
    Nama samaran?nama pangilan la kan..macam2..nor, nur, not, haizan, kak jan,  wan, wan khairul, kerol,haih..macam2..selagi masih dalam linkungan nama penuh i..

 3. Berikan 3 orang yang anda sayang
1) my family..mak, abah, adik beradik
2) azizi
3) my beloved friend, di alam nyata dan di alam maya nie..

4. Panggilan anda untuk si dia
    - boleh tak nak rahsia je..hihi..dis one between him and me only.

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
    - bunga rose or any kind of it, once a month..haha..kalo boleh tetiap minggu nak..

6. Blog yang anda suka visit
   - of course blog pasal mekap, kehidupan harian,yang byk gambar2 menarek dan blog mengenai isu semasa jugak..

7. Tag kan 15 blogger
   - Kak Hanim
   - Kak Ena (kak ena, dah byk hari tak dapat bukak blog akak, nape eh, sedihh..Di harap akak dgr luahan nor ini.rindu nak baca blog akak...huhu..*iklan kejap) 
   - Angah
   - Kak Zura
   - Ann@Annfriendly
   - Ida @nurulfaridah
   - Hajar@hajarus
   - Ila@honeybunny
   - Ifa@cerry berry
   - Inda@Dak kecik
   - Kak CT @ mrs shaiful
   *11 orang pun boleh gak kan

okay..done!!

jalan jalan gurney

Huaaa...mengantok giler sekarang ni..mood mood raya dah semakin menjadi-jadi, walaupun jasad di penang, tapi hati jiwa raga dah kat alor setar..huaa...mahu pulang berhari raya...cuti pun tak apply lagi..dh la cuti semakin berkurang..dok terpk2 nak ambik satu or dua hari ni..adehh..perut pun berkeroncong sekarang, sahur tadi bangun lambat, so sahur sekadar menjamah keropok chipster ngan air choc anlene sajo..mampukah perut ku bertahan..sabar eh sayang..

Gambar2 bawah ni semalam punya aktiviti, aktiviti shopping..takde la shopping byk sangat pun, membeli apa yang patot sahaja..kan dah kata i tengah berjimat sekarang, harus la membeli yang patot saja, tak patot jangan lagi, tengok or jengah kedai pun jangan, nanti tergoda beli pulak kan, kata puasa, so kena la bersabar dan menahan nafsu membeli...





muka masih segar dan bersemangat lagi, kerna masih di awal pagi..mai dah petang abeh monyok..tudung pun lintang pukang..hhihi




Who dares to face me?..*hek-eleh..


Suka la gambar ni, sebab masing2 nampak cerah, suci murni..hahaha






Masa ni dah selesai shopping pun..lepak2 kejap kat luar gurney..sambil2 snap la..






Gambar penuh muka sopan satu mesti ada ..huahua..
Related Posts with Thumbnails