Followers

Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka Malaysia!!

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53. Sama dengan umur my mom, 53 tahun, tapi dia lahir dalam bulan September, still anak merdeka la kan..Sambutan Merdeka tahun ni macam suram jer..Tak banyak pun bendera Malaysia bergantungan di bangunan mahupun di kenderaan.I pun tak gantung bendera pun.hehh..Why huh?? Maybe sebab bulan puasa kot, then, lebih berkobar2 dan bersemangat lagi nak sambut Raya kan..Tapi sebagai rakyat Malaysia kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang kan. Tengah google2 gambar bendera i jumpa gambar ni..i suka..i suka..proud to be Malaysian!!..


Esok mesti ramai yang keluar shopping kan, ambil kesempatan membeli persiapan Raya la kan. I pun salah seorang darinya..hikhik..Siap buat list lagi apa nak beli esok.Tapi kebanyakan bukan la untuk raya pun. Keperluan sendiri..Dan yang lain pulak untuk family terchenta..Esok maybe ke Gurney Plaza. Dengan niat nak cari kasut idaman kat sana. Harap2 ada la yang berkenan juga ada sale. Dah sound azizi awal2 nak keluar awal sket, kalo tidak jangan harap la nak dapat pegi sana. Susah sangat kot. Dengan parking nyer, jalan jem, jalan macam sempit plak tu dengan keta parking sepanjang pantai gurney tu ..So kena la gerak awal sket. 


Merah, Biru, Putih dan Kuning

Eh perasan tak sejak beberapa hari lepas banyak gak blog jiran2 tetangga yang tak leh bukak, Blog yang selalu i kunjung pun tak dapat nak buka..Sebab dengan gengblogger apa tah, I bukan pakar sangat pasal blogging ni. Harap2 semua dah okay, boleh la i blogwalking seperti biasa.

Thursday, August 26, 2010

cream concealer elianto..

Semalam lepas berbuka tu..ajak azizi ke booth elianto kejap, cadangnya nak melihat-lihat lipgloss ngan blusher kat situ..melihat2 saja..tenngok macam ada sale je kat elianto..last-last pk2 balik, concealer maybeline yang dok calit tetiap hari tu pun dah nak abeh..so end up dengan beli cream concealer elianto la pulak..ada 20% less, harga asal dalam rm22, after less tinggal dlm rm18, ok la kan..


elianto ni semua boleh dikatakan ramai yang suka kan..cause dia gunakan bahan2 yang semulajadi, dan murah..tapi ada gak barang dia yang aku tak berkenan even murah..ye la, what u expect kan..dengan barang2 yang harga murah ni..tapi ada gak barang dia yang best, macam bake eyeshadow, lipgloss, ngan eyeliner..Eyeliner dia memang super best la..

(Kaler medium, no.1)

Arini aku dah rasmi cream eyeshadow tu..kaler dia ala-ala yellow-beige sket..ok la kan buat cover dark circle ngan tepi hidung..Cara pakai dia tak leh main sapu jer..kena dap-dap/tepek-tepek guna jari...lagi korang tambah product dia lagi la well coverage..best nah..sebab dia jenis cream, bukan liquid..sebelum ni aku pakai concealer jenis liquid..agak leceh sket..Then buat sapuan press powder macam biasa la..aku dah lama dah tak pakai foundation..sekarang ni pegi mana2 pun just apply concealer dengan press powder jer..conceal pun pada tempat2 tertentu ja..kalo boleh nak meminimunkan pemakaian product2 ni kat muka..


Baru aku perasan, dalam duk berjimat cermat ni mesti kalo keluar2 ni ada gak barang di beli..macam 'jajan' budak2 la plak..tapi takpe murah2 jer, lagi pun ada 'tukang bayar'..hikhikhik


Product dia macam oily sket..tapi bila dah pakai tu..macam flawless la pulak..best nahh..

Berbuka di luar..

Semalam berbuka kat luar dengan azizi, sebelum tu dia msg tanya nak makan kat mana, aku macam biasa la mesti la kata 'ikut la, tak kesah pun kat mana', so dia cadangkan kat Nandos..aku on jer..tak kesah pun..bukan aku yang bayor..kehkehkeh.lagipun mmg salah satu makanan peberet dia, selain dari chiken rice shop, aku lak jenis tak kesah makan mana pun, tapi plg aku suka makan kat kedai/restoran siam la..hihi..tekak tak berapa nak masuk sgt dengan makanan barat ni..maklum la i kan melayu-sejati..hihi..sampai quensbay pukol 6 lebih macam tu..terus pegi nandos, ingat nak reserved dulu, takot nanti penuh lak kan, then, waitress situ cakap tak boleh reserved, so tunggu la sampai pkol 7 camtu baru masuk Nandos, sebelum masuk Nandos tu jumpa member tempat kerja, Erin ngan bf dia..ajak derang makan sekali..baru meriah sket nak berbuka kan..gambar dalam Nandos non-ado, cause segan meh nak snap2 ni..kwn2 ada..hhihi..azizi sorang takpe, aku mmg tak segan ngan dia..hee..

(Sampai je rumah lepas balik keja tu, cepat2 calit eyeliner, maskara, bedak ngan lipstik..hihi..sempat lagi tue..)

(Still dengan baju kerja..tak sempat nak menyalin dah..)

(Perasan tak, kasut aku tu tapak dia dah lekang/tertanggal..adehh..kesian kan saya..huhu)


(Pekara wajid, snap2 dalam kereta..abaikan bedak muka saya yang tak rata tu..hihi)


(Lama dah kot gambar bf tak de dlm blog ni)

(Gila byk gambar sendiri dalam entry..sila muntah..errkk..eh eh.jangan batal puasa kang..hiiihi)

Azizi ngan aku sama2 ambik set yang quarter dengan 2 sidelines..cam biasa la..kalo mai Nandos ni..set tu jer la yang kitorang ambik..azizi jer kadang2 tu dia ambik ayam yang half..kali ni dia dah bertaubat kot tak ambik byk2..ye la, kalo dia makan yang half tu konpem pas makan asyik mengurut2 perut..mula la malas nak jalan, malas nak round2 sana sini..


(Ni masa menunggu waktu berbuka, tengah menahan perut berangin..hihi)



Okeh, dah dah..selamat berpuasa semua...bye..

p/s-->sekarang ni aku dah byk kali wat schedule/auto-publish entry,ni salah satu darinya.. coz nak mengelakkan diri dari update blog di opis..hihi..baik kan saya..tapi still leh mem'blogwalking'kan diri ke blog korang even dlm opis pun..huhu..cayalah..

Wednesday, August 25, 2010

Friendly Blogger Award dari Kak Zura@Zue

Pertama-tama kali nya aku nak mohon ampun dan maaf pada rakan-rakan blogger yang Tag mahupun bagi Award dulu..Dulu kan aku macam kejap2 je aktif dengan blog ni..So, ada yang aku jawab ada yang tak..Huuhu..apapun ampun..ampun kan aku..huhu..saya rela menerima hukuman..huhu...So, for dis time, lepas jer di Tag, or Award, akan segera aku menjawabnyerr..(ade ker orang nak kasi..hukhuk)


So, yang ni aku dapat award dari Kak Zura@Zue,....Thanks yer akak..ni Haizan akan jawab dengan bersemangat..hihi..

Soklan-soklannyer berbunyi...


1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.
    1) Puding Caremel @ Puding Telur (Bila bulan puasa jer, ngidam benda ni)
    2) Keteow Tomyam (bulan tak puasa pun suka jugak..hee)
    3)Nasi Ulam @ Kerabu (ditambah pulak ngan budu..pehh...meletup..)
    4) Ayam marah merah (peberet nihhh..kalo lauk yg pedas2 ni baru la berselera nak sahur)
    5) Telur Masin (makan yang putih jer, yang kuning tolak tepi..hihi)
    6) Kebab (tak kira daging atau ayam..dua2 telan..)
     7) Daging bakar cicah ngan air asam..

2. Kemudian, tag 5 rakan blogger yang lain
     1) Kak Ena
     2) Ann
     3) Angah
     4) Kak Hanim
     5) Ifa

    (Sila la rajin-rajinkan diri eh..kalo taknak buat pun takpe, kerana saya sgt memahaminya..-teringat pangai dulu..hihi)
    

To-do-list book

Alahai..malasnya arini...cepat la masa berlalu, malas dah nak dok kat opis ni...nak balikk..adehh..petang ni berbuka kat luar, berbuka dengan azizi..yeehuu..ni la first time berbuka dengan dia, aritu ada jugak la berbuka ngan dia, tapi bersama-sama dengan family dia..So, arini, tepat jam 5.15pm kena pecut balik..hihi...haa.. nak kabor ni,.sahur tadi aku makan nasi berlauk kicap jer, kenapa jadi macam tu, coz aku sempat masak nasi je..tengah nak mengoreng ayam tiba2 gas abeh..adehh..kalo ada telur or ikan bilis ker, boleh la dijadikan lauk..ni apa pun tadak..nampaknya makan nasi berlauk kicap la yer..Mula la perut ni meragam skrg ni..berangin semacam jer..hihi..aku dah memang terbiasa na, kalo sahur sure makan nasi berlauk, sebabnya masa berbuka aku tak makan nasi, aku mkn makanan yang bukan berasas nasi putih, macam mee ke, bihun ke, nasi ulam ker dan kuih muih..camtu la..memang dah terdidik sejak kecil lagi..hihi..

Here, wanna show you my to-do-list book yang baru..yang lama sudah abeh helaian diguna..tinggal lagi beberapa helai ajer..then, a few weeks ago, jenjalan kat quensbay, singgah jap kat kedai buku, dan beli buku-catatan-harian baru..Sejak sekolah menengah aku dah terbiasa pakai buku to-do-list untuk mencatat apa yang perlu aku buat tetiap hari..nampak macam i-am-very-organised-person kan..hahaha..sesungguhnya tidakk..kengkadang ada yang aku follow, kengkadang tak..hihi..ikot mood dan kesempatan waktu jugak..huhu






Mana yang aku dah siap, aku tick rite, mana belom pangkah ler..Comel kan buku ni..hihi..macam budak2 ler plak...Tunjuk kat anak buah aku sure diorang berkenan ni..hihi

Evening prime-rose oil (EPO)


Supplement, makanan tambahan untuk keperluan tubuh badan.Ada yang function untuk tenaga, ada yang untuk kulit, kesihatan dan macam2 lagi kan. Pilih jer mana yang bersesuaian, dan jangan lupa mintak nasihat doctor dulu kay.For me, dah tentu EPO, for the past two years lagi aku dh menelan EPO ni.Kadang2 ada jugak aku lupa nak nelan..hihi..satu bijik untuk sehari..


Function dia untuk kestabilan hormon, reduce period pain, kulit dan nutrien tambahan untuk tubuh badan. Penah dah aku tanya Doctor, okay tak kalo aku ambik EPO ni tetiap har, then Doctor tu cakap yang EPO ni tak beri apa2 kesan negatif, ye la kan, aku kan selalu jer sakit2 kepala, takot gak la sebab pengambilan EPO ni bagi effect sakit tu jadi melarat.Jangan tak tahu, aritu tengok rancangan Nona TV3, Fazura pun ambik supplement ni tau, katanya untuk rambut..err..baru aku tau, EPO ni pun untuk rambut gak eh..so, apa supplement korang, sekarang aku tengah bercadang nak cari supplement untuk tenaga pulak, since dari hari ke hari badan asyik lenguh jer, wat keja banyak sket, sure dah penat, dah tak larat nak buat..so, any suggestion??

Tuesday, August 24, 2010

kajal - arabic eyeliner...

Semalam aku ada order Kajal Stick Eyeliner..dulu aku penah dengar benda ni, tapi tak berani lagi nak try..since, dengar banyak review benda ni bagus superb, hitam nyer memang benar2 hitam pekat, no smudge and water-proof dan eyeliner ni yang sememangnya sesuai untuk buat mekap mata ala-ala arab ni..Dan boleh juga di aplikasi sebagai eye brow pencil dan mascara..eh boleh ke macam tu..nanti eden try test tengok, dan post kat sini eh, if eyeliner ni benar2 memenuhi cita rasa beta..hihi...FYI, eyeliner ni murah sangat..aku beli kat lowyat.net sebatang hanya RM9 termasuk post..tapi memang sejak dulu benda ni murah je kan..cuma aku jer belom try lagi..






" This can be used as an Eye Brow pencil, Mascara or Eye Liner.







A unique preparation for those who care, incorporating ingredients of medicinal value combined with other quality materials to keep the eyes feel cool, refreshing and healthy. It can be used as a multipurpose herbal cosmetic, as a mascara, eyeliner or as an eyebrow pencil. Good for long wearing, it stays on without smudging under normal conditions. Since it’s water proof, one can swim around comfortably. It also has a hard twist case to protect the inside stick, so you can carry it in your purse without worries. 

Outter case comes in Blue or Red color.

An oriental herbal preparation incorporating the finest materials and medicinal herbs, presented in the form of black paste in tubes, can be safely used for all ages. Besides keeping the eyes cool and refreshing, it also protects them. A natural herbal eyeliner which gives sparkle to the eyes and makes them look more attractive. Under normal conditions this unique formulation is smudge free and water proof.


Ingredients: Zinc Oxide, Herbs, Wax, Amorphous Black, Butter Oil, Cinamomum Chamhora.

100% LEAD FREE

Hashmi Kajal is a trusted brand name for over 200 years."

(Petikan dari lowyat.net)

Sejak dok tgk ulangan Nurkasih, feeling2 nak mekap mata ala2 nur tu la kan, arab2 sket, walaupun raut wajah tade nyer arab langsung..hihi..perasan nyahh....harap2 kajal stick tu serba sedikit nanti dapat membantu..winkss..

Monday, August 23, 2010

Tips how to clean the brushes

Bagi mereka yang selalu menggunakan brush untuk aplikasi mekap pada wajah, pastikan yer di cuci selalu..kalo anda sayangkan kesuci murnian kulit wajah anda..seharusnya anda peka dengan kebersihan berus2 yang selalu anda digunakan tu....bagi aku, tiga minggu sekali rasanya dah okay (sepatotnya seminggu or dua minggu sekali..tehee) untuk pastikan berus tu sentiasa bersih..tambahan pulak concealer dan powder brush..almost everyday aku guna..

The things that you need, baby shampoo (it really soft to the baby, so it's same applied to our brushes too)-optional-sometime people use brush cleaner, a towel,make sure it is clean, and one bowl of water..

Then, titiskan seberapa banyak secukup rasa la..hihi..baby shampoo ke dalam bekas air tu..then masukkan kesemua brush jika boleh sumbat la..bagi aku, sumbat je semua..


If necessary, ulang ler sekali or dua kali lagi..biar kotoron or sisa2 yang melekat tu benar2 hilang dalam pandangan..hihi..

Bagi concealer brush pulak, aku rendam berasingan, sebabnya sisa2 bahan makeup (concealer) pada brush tu lebih pekat berbanding brush yang lain..


Tengok..sekali rendam dan kocak2 sket..dah bertukar warna air tu..

Kemudian..bilas di bawah pancuran air sinki sehingga bersih...sehingga hilang segala sisa2 pada brush tu..

Ambil tuala dan lap/kesatkan air dia sampai takde air yang bakal menitis nanti..(ayat tah pape la..hikss)


If ada sarung plastik camtu, leh la sarungkan balik, supaya berus nyer kekal pada bentuk asal, kalo nak yang bebetul punya korang leh dapatkan 'the brush guard'..ada jual kat lowyat.net nuh...


Then, keringkan..gantungkan dia macam kat atas..ha..petua ni aku dapat dari michelle phan (the very2 famous makeup artis kat you tube nuh)..setuju dengan pendapat dia, if kita just keringkan dengan cara tegakkan dalam gelas or baringkan dia nanti air basuhan tu akan masuk ke dalam batang berus tu, then lama kelamaan akan merosakkan gam dalam tu..so, bulu berus tu pun senang ler tertanggal.dah tak leh guna pulak kan...so, dengan cara gantung macam kat atas tu, air basuhan akan terus jatuh mengikut graviti..tahu tak cam ne aku gantungkan semua tu....macam gantung baju la..hihihik..
:
:
:
Tada...
:
:
:
:
V

hehehe...

pemergianmu di bulan mulia..

Pada bulan ramadhan ni aku kehilangan satu-satunya nenek yang masih ada...Allahyarham Hajjah Asa binti Hanafiah..Semoga rohnya dicucuri Allah S.W.T dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Al-Fatihah...




p/s --> baru lepas berbuka laksa, murtabak goreng dan air soya..simple je kan..aku dah tade tok or nenek, kedua2 belah dah tade, cucu yatim piatu..leh gak kan cam tu

Friday, August 20, 2010

esok balik kpg..hoyea..

Sepatotnya malam ni balik, so esok boleh bersahur sekali, malangnya mak abah tiada di rumah, pergi rumah sedara, malas la nak join, so, esok pagi baru berangkat pulang..uihhh..rinduuu...kalo time bulan2 puasa cenggini memang terasa sangat la kan, teringat kat kpg halaman...
Pastu tak sabar nak ambik barang2 yang dibeli online ritu..fake lashes and wallet..fake lashes tu hasil dari pertanyaan berhemat kepada Cik Mar..Thanks yer Mar..kalo tidak selalu je yang tak best bulu mata pelesu yang aku dok beli..buat apa dengan bulu mata palsu..Tade pape, saja gatal nak beli, bukan nak pakai sangat pun, nak pakai suka2 jer..hihi..boleh la kan...dah nama nyer perempuan, memang ler sifat dia suka menghiaskan diri kan..
So, esok sahur kat sini lagi, sorang sorang lagi..haiyoo..sedih maa..tu yang tak tahan sangat nak balik tue..



Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan ke-7

Masuk hari ni cukup seminggu berpuasa..Alhamdulillah.Dengan keizinan-Nya, masih di kurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah yang disyari'atkan. Alhamdulillah jugak, even dah masuk hari ke tujuh aku tak terlepas untuk bangun sahur. Al-maklum la bersahur sorang-sorang ni. Agak kemalasan jugak. Nasib ditemani oleh kakak2 housemate yang tiga orang tu rajin-rajin belaka. Ada yang bangun sebelum pkol 4 tu, awal betul. Sambil bersahur sambil layan nurkasih, siaran ulangan kat tv3. Walaupun dah masuk empat kali tgk drama bersiri ni masih tak jemu lagi..hihi..best kan cerita dia, sangat memberi pengajaran. 
Hujung minggu ni insyaAllah akan pulang ke kampung halaman..Yoshh..bestnyerr..grrr..dah ler minggu lepas tak balik..tak best woo berbuka dan bersahur sorang2 (housemate ada yang kerja dan blk kpg derang).So, penyesalan yang sangat2 sebab tak balik.huhu..Minggu ni dan minggu seterusnya di pastikan akan balik jugak..huhu.. 
Dan banyak benda jugak diduga pada bulan yang penuh keberkatan ni..Mohan kekuatan dari-Nya untuk ku menempuhi apa yang terjadi. Sesungguhnya ujian dari Allah itu takkan melebihi kemampuan hamba-Nya..Dan senjata orang mukmin adalah berdoa.

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak ke-4

Baru beberapa hari puasa dah jamu mata nak membeli beg raya..Aiyoo..

Salam Ramadhan al-Mubarak pada hari ke-4 untuk semua.Heyoo..rindu dengan belog, lama gila tak hapdet, since my brother pinjam my camera so tade bahan/modal untuk entry, ni pun gambar dari phone, kualiti tak berapa syiok..Hihi, nampak sangat kan, harap gambar ada je baru update blog, orang kata penyeri blog ma.Penyeri la sangat.



So, ape sahur korang pagi tadi. Aku cam biasa jer, masa berbuka semalam beli juadah berbuka kat bazar berdekatan dengan rumah sewa, then, bila sekali lauk untuk bersahur, semalam beli seketui ayam masak merah bersama kuah dia ada taruh banyak-banyak sket, untuk senang nak perangat nanti, then tambah air sket bila nak perangat tu, Time malam lepas terawih dalam pukul 10 or 11pm camtu masak nasi dan perangat lauk beli td, then, bangun sahur pkol 5am,makan hidangan tadi bersama hot choc anlene dan air suam.Then, apa lagi tido Zzz semula ar..then pkol 6.45am baru bangun Subuh apa semua. Ha,begitu la kaedahnya orang bujang, simple je makanan dia, Bagi yang dok dengan family mesti best kan, leh makan macam2, haiihh..rindu nak balik alor staq ni. Berbuka dengan family tercinta. 


(Gambar kejadian, Quensbay, tengah round kejap cari beras, beras yang ada dah tinggai beberapa butir je lagi..adehh)
Related Posts with Thumbnails