Followers

Thursday, June 24, 2010

Berjimat cermat mulai sekarang...

Rasa segan pulak nak bagitau kat sini..kawan-kawan pun ramai lagi yang tak tahu..hanya beberapa saja yang tahu..lepas ni kalo derang buka blog aku ni, then mereka pun dapat la berita ni..hihi..tapi aku dah kasi dah hint sebelum2 ni..cuma tak confirm ajer..ye la, takot la..aku bukan pihak yang sepatotnya mengeluarkan kata putus..huhu..rasanya mesti korang dah dapat agak kan..insyaAllah, awal tahun depan bertukar status.tapi date nyer aku rasa akan berubah2, mengikut kesesuaian masa kedua dua belah pihak...ni aku rasa akibat terkena 'badi' dua member baik aku la ni,hihi, sorang baru je lepas (entry bawah),sorang lagi ujung tahun ni, jejaka pilihan semua dah maklum, bagi yang selalu usha blog aku la, byk jer aku tepek gambar dia..

Tetiba terkenang saat mula mula berkenalan dulu, melalui sorang member aku kat usm, sampai sekarang agaknya dia pun belom tahu yang aku dah kapel ngan azizi, masa tu aku tengah praktikal kat kilang gula, kuala nerang, ...ingat lagi masa mula aku terima msg dia, "Salam, awak wan khairul norhaizan kan?", dengan eksyen, macho dan 'jual mahal'nyer, aku buat dunno je msg dia tu, tak reply pun..dan tahu dah, eleh nak mengorat aku la tu..hihi..perasan gila minah ni..hihi..selang beberapa minit pas tu aku terima kol dia,"Assalamualaikum, saya azizi, awak wan khairul norhaizan kan (siap sebut nama panjang aku..haha), saya dapat no hp awak dari elly, kawan awak kat usm"...hah..dalam hati..gila gelojoh mamat ni, siap introduce semua..selalunya lelaki ni kalo mengorat mula mula tu mesti takkan kasi tahu nama, dapat no dari mana ..then, berhubung pastu melalui hp jer..then, baru start jumpa, masa tu baru la tahu rupa fizikal semua camne,azizi pun sama ,gamble je aku masa tu, tak kenal pape pun, terus setuju nak jumpa, bila dah jumpa baru perasan dia dulu sama matrik kmpp ngan aku....

Dan sekarang, Alhamdulillah..dia la lelaki pilihan hati untuk bersama hingga akhir hayat..insyaAllah...

Dan juga sekarang, pening dah kepala aku dok plan apa yang patot aku prepare untuk kenduri tu nanti, majlis bertunang, akad nikah dan kenduri kawen....secara kasar aku hitung semua perbelanjaan tu campur ngan simpanan seciput ni, nak tak nak kena la berjimat mulai sekarang, tak la sampai mengikat perut, tak mo la aku, kang pengsan atas pelamin nanti...hihi..lepas ni takde la update mekap stuff baru..hihi.lepas ni korang leh tgk la aku byk update pasal aku nyer preparation kawen nanti..kerja pun macam tak focus, asyik pk bab kawen je, jgn jgn, kang kena buang tak pasal pulak kan..1st thing perlu di 'setel'kan kursus kawen..huhuhu..dulu masa member2 dok ajak p aku tak mau, sekarang baru nak kalot..huhu..

p/s--> perasan tak kat side bar aku list down wedding2 blog, leh la buat rujukan or beli apa yang patot nanti..sangat berguna okeh..

Saturday, June 19, 2010

sorang 'geng' dah 'selamat'....


Ingat lagi tak last post dulu aku ada post entry pasai member2 baik aku kat usm dulu..ni lak yang paling rapat ngan aku masa kat sana..selama empat tahun kami bersama; sebilik, sekelas, sekuliah...cuma tido tak sebantal jer...hihi..Alhamdulillah...dia dah selamat menjadi isteri orang pada minggu lepas, kejadian adalah di Jeli, Kelantan...wah...untuk tahun ni, ni la kali pertama aku berjalan jauh...hahah...nampak sangat kan dok ada sekitar utara ni ja, dan tak makan angin mana-mana pun...


Pewittt...Pengantin tengah gelabah time ni..hihi..ni sebelum ke akad nikah kat masjid berdekatan..


I
The bridemaids...


Orang lain yang kawen aku lak yang terlebih gembira...hihi...hepi ma...i'm happy for her...(sebahagian dari gambar aku cilok dari jurugambar dia)


Lepas ni giliran cik ajan pulak...kekeke

Macam cool plak..letak gambo besaq2 cam ni..hee..








Friday, June 18, 2010

cantik tak terperi..


Aku ada cilok dua gambar heliza dari facebook dia, boleh di katakan tiap2 hari aku usha fb dia..haha..peminat fanatik katakan...biar la ada org kata bukan2 pasai dia, aku tetap peminat dia, macam dato'CT gak la..macam masa mula2 dulu org kutuk cara tudung dia, last2 tudung dia tu gak yang orang dok ikot pakai..hihi..eh, ada kaitan ke pasal aku minat dia ngan tudung tu...ye la, maksud aku even orang kata macam2 pasal penampilan dia, akhirnya orang pun terikot jugak cara dia, cuma Dato CT still tak cover rambut dia sepenuhnya..
Dah dah dah...berbalik pada Heliza...cantik kan dia, comel sangat, pakai apa pun sure kena, kalo kita ni orang biasa (bukan artis) mesti terasa pelik sket kalo pakai bukan2..kalo namanya artis pakai apa pun 'masuk' jer... tapi cara dia berpakaian sekarang ni lebih ceria dan funky, ala2 ikot fesyen sekarang ni la kan..tak macam dulu, selalu tgk dia pakai tudung bawal itam dia tu jer...nampak sgt fanatik..apa dia pakai semua aku tau..huahuahua..

p/s->gila mantap, masa keja update blog...hahaha..lama dah tak buat keja cm ni..hee..


Tuesday, June 15, 2010

Cure for dark circle




Tingal uncang teh aje belom di cari lagi.(nampak sangat malas buat teh sendiri)..thanks korang yang memberi petua2 tu...Then, ritu aku ada round watson bertujuan nak cari cream untuk dark cicle ni, then, end up ngan Bio-Essence Tri-Action AquaBoost, Intense Eye Cream..bila perati semua brand yang ada eye cream ni, kebanyakan eye cream dia mesti mahal kan, dah la ciput jer kandungan dia....memula nak cari yang Loreal, tapi non ado la plak...So, give a try to this eye crem first, kot kot berkesan kan...Dan tidak di lupa petua petua orang dulo dulo kan...Semoga aku rajin nak tepek tepek mata ngan timun.huhu...

Saturday, June 5, 2010

garam spa menyental kulit badan





Today i get myself a scrub. Spa Wisdom Africa Ximenia & Salt Scrub form Body Shop. Scrub yang lama abeh dan tak beli2 pun yang lain. Then arini baru teringat nak beli. Cadangnya nak beli kat watson aje, jimat la sket kan, since ada 'sponsor' time tu, so apa lagi, pujuk2 la dibawa ke Body Shop..hihi...dasar 'pisau cukur'...





Kali ni beli yang byk sket kandungan dia, so dapat la bertahan lama sket kan, kalo selalunya cepat je abeh...buat scrub badan ka, buat makan aku ni.hihi.then, aku beli bersama dia nyer sarung tangan wat gosok2 apa tah nama dia..Masa nak bayar tu cam biasa la dia nyer seller tu mesti nak promote beli body butter la perfume la yang dapat diskaun la...nehi nehi..sesungguhnya aku tidak tergugat, sori yer...hihi..lega aku..kalo lama2 dalam tu mesti terpedaya nak beli itu ini..hihi





(from...



Best if you want to: Take time to cleanse, revive and revitalize your skin using a luxuriously pampering creamy salt scrub for the body with skin softening butters from Africa that will leave skin soft, smooth and subtly scented with our traditional Spa Wisdom™ Africa fragrance.
Best for: all skin types, particularly those with dry skin who need to exfoliate regularly
How it works:
  • Community Trade organic beeswax moisturizes and conditions skin while acting as a barrier to help seal in moisture.
  • Community Trade shea butter moisturizes and softens skin.
  • Salt grains gently exfoliate skin.
  • Ximenia, an oil extracted from the ximenia tree native to Africa, helps soften the skin.


Related Posts with Thumbnails