Followers

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam aidiladha buat semua..apa saja pengorbanan yang di lakukan moga-moga mendapat keberkatan dari-Nya..insyaAllah...makin daging jangan over..nanti sakit perut dan macam macam penyakit menyerang..

bangla dan kipas

Gembiranya..lappy ku sudah sihat kembali...selamat RM RM aku...since dah merancang nak menyimpan betul betul, so tak terganggu la niat suci ni..hihi..semalam azizi dah antaq laptop tu kat aku..dia dengan member dia yang pebaik..heee..jimat di situ..

Dan semalam jugak pegi Poh Kong dan aku mendapat hadiah sempena besday tak lama lagi..dia gantikan cincin yang dia bagi dulu yang aku hilangkan tu..dulu dia kasi cincin silver, kali ni dia bagi cincin mas, best best, dah lama aku tak pakai mas au, dulu kecik kecik ada la.. kini, jari ku bertambah berseri..hihi..ye la tu cik nor oiii..dan berjanji kat dia takkan hilangkan cincin ni.hihi..nasib la pegi beli semalam kalau tak harga emas dah naik hari ni..tapi ada naik turun dia kan..bila dah umur meningkat macam ni aku rasa beli emas ni satu pelaburan yang baik kan..

Bawah ni email lawak yang aku terima pagi ni..best dapat email macam ni pagi pagi..tersenyum ja, menambah keceriaan di pagi hari...

"Kawang aku upah buat wiring kipas di rumah baru dia.............. wire man yang dihantar adalah specialist dari Bangladesh.... Nah tengok sendiri. ..
:
:
:
:
:
:
:
V

Mung pikir lah sendiri "

Hahaha..lawak siot..rasanya still boleh bukak kalau suis kat dinding, tapi nak adjust 1 - 4 tu xboleh ar..hahah

Monday, November 23, 2009

Lappy ku sayang...

Laptop aku rosak...hardisk korup..huuuu...sedihhhh maaaaa....huhu..hari hari ku sepi tanpa mu..huuuuu..sedih sedih...memang bosan ar, berapa lak RM nak terbang lepas repair ni...huuu..tidak ku sangka tiba tiba dia buat hal ngan aku..macam ne nak update blog, mekap mekap ni...dah la tak leh bawak kamera mai opis..camno nak transfer gambaq nih..memang sunyi ar tak dak laptop..malam malam ku kini sunyi sepi..huuuu


Mula la kelip kelip mata kat laptop laptop cun ni...huahuahua..






Thursday, November 19, 2009

PRINCESS KEBAYA CONTEST


Ni la first time sejak aku aktif blog ni aku join contest, contest ni anjuran Wawa Syaida, 'Princess Kebaya Contest' , aku baru je jadi follower dia.. nak join yang puan ciare anjur tu tak de gambar ngan baju pink plak..insyaAllah..nanti2 aku join arr..puan ciare nantikan penyertaan saya ya..hihi..so gambar yang aku pertaruhkan adalah..

Jeng..jeng.jeng...hihi..kebaya labuh..tradisional sket..kebaya jenis kain berkilau sket ada sulam2 kecil, dipakai bersama batik dari indonesia (ceh..nak mention jugak), batik ni my cousin yang kasi..juga digayakan bersama selendang mak punya, selendang ni ada sejarah tau..ni selendang masa mak aku bertunang ngan abah dulu, actually ada 2 selendang dalam simpanan aku, satu lagi kaler merah hati selendang masa mak aku akad nikah..uii..sungguh nostalgik..aku sayang sangat dengan dua selendang tu..


Maaf la penganjur, suasana sekitar yang kurang menarik..huhu..masa ni aku final year study kat usm, time ni dinner pusat pengajian aku..seperti biasa setiap tahun ada..disebabkan ni tahun last aku ngan member2 lain menghadiri dinner school kami..so kami semua begaya sakan la walaupon dinner ni hanya kat dalam dewan, bukan kat hotel2 nuh..hihi..(tiba-tiba kenangan lama begitu mengusik sanubari..huu)

Wednesday, November 18, 2009

Tag from Miss Applemintlady..

I got tagged from miss applemintlady yang sgt sweet miutt yang baru aku kenai dalam blog ni...dia punya syarat punya la banyak..banyak kah??bagi orang yang malas macam aku ni memang la banyak..tapi keranamu miss ku turutkan jua..hihi...1st of all, aku nak ucapkan mekaseh byk2 kat dia sebab kasi aku award ni...

Rules & Regulations..
Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award..
Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies..
Pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them..
Leave a comment on the recipients blog to tell them that they've been tagged..
Paste the award badge in your sidebar..
Aku akan cuba completekan semua..kalau ada yang ter'miss..sorrii bangat dehh...

1. 5 interesting facts about the person who gaves you this award..
Never meet her, hopefuly one day dapat berjumpa la..so, dapat beri pandangan aku kat dia melalui blog dia yang sweet tu...
1st - orangnya cantik..walaupon tak tahu ketinggian sebenar aku rasa dia seorang yang tinggi lampai..ye la, mau jadi peramugari macam awan diana tu kan..kan..miss applemintlady
2nd - dari cara penulisan blog dia boleh dikatakan dia seorang yang sempoi dan rasanya peramah dan senang di ajak berkawan..betuk tak?? (aku ni bagi fakta secara was2..hehe)
3rd - sudah berpunya..kepada jejaka2 semua, tengok je boleh,kacau jangan yerr..hihi..lama gak nah derang ni kapel..5tahun tu..tgk dari sidebar dia...(ada bukti)
4th - suka mekap macam aku...kat nama aku ada dia sebot pasai ni..heee..(geng menconteng muka)
5th - dia baik dan pemurah..kalau tak, tak dapat la award ni kan..mekaseh sekali lagi..
2. 10 interesting facts about yourself and your hobbies..
1st - suka shopping, yakni dapat benda baru (memang nama saja perempuan suka yang ni..kan)
2nd- tidak memakai conditioner bila bershampoo..aneh bukan..setelah tuan diri mendapati penggunaan conditioner di kepala beliau menyebabkan rambut mudah gugur dan kelemumur bercambah, ye ye..aku tak pakai condioner dah setahun lebih.kini dengan penggunakan clear botol kaler hijau rambut tiada lagi masalah..(sempat promote)
3rd - suka kelihatan cantik..walaupun hakikat tidak cantik, cuba dan cuba menjaga penampilan
4th - suka tengok perempuan cantik, mekap, baju cantik-cantik..(tetapi bukan lah lesbian)
5th - tiada hobi yang specific, hobi terkini - mekap, walhal tidak pandai memekapkan orang, diri sendiri lepas la sket2..
6th - ada orang kata aku macam makcik2..haha..
7th - rendah, cover dengan hi-heel or wedges
8th - cakap kedah pekat, walaupon ckp dengan org dari negeri luar..haha..susah nak ubah..lidah dah keras
9th - tak suka tingal jauh2..since study tak pernah aku study jauh2 matrik ngan university still kat penang..alasan-susah nak balik kedah
10th - sangat baik (puji diri sendiri memang mudah)
huhu..aku rasa 10 facts tu bukan lah interesting facts pon..hihi..tapi nak selesaikan tag punya pasal
3. 10 more deserving recipients & describe them..(aku nak hadiahkan award ni kepada..)
min - skrg lebih sweet dgn pemakaian shawls. rakan kerja amd
asma - dulu dia pernah training kat amd..rindu dgn beliau..rindu dgn stori mori di pagi hari sambil minum nescafe..hee
hajar - orangnya cantik, muka seiras ngan kawan baik masa sek. men dulu..
kak eis - eiskamil yang sweet, anak lelaki dia hensem..harapan dapat berjumpa dia la bila dia blk kpg suami..
kak ena - kak ena yang ayu..walaupon tiap kali bukak blog dia dpt lihat satu je entri, aku tetap godek2 tgk jugak entri yg lama..hihi..(may be sebab tenet sini yg kurang bagus, tak leh nak tgk full page dia)
kak ct noramiza - aku sokong dia pakai tudung ekin dan seangkatannya, nampak lebih terserlah ke'comel'annya..nnti free basic mekap tu saya buat na kak..
ke 7, 8, 9, 10 - kamu dan kamu dan kamu yang sedang baca ni..sila la rajen-rajenkan diri
(sori tak dapat completekan sampai sepuloh, aku baru saja aktif dengan blog ni)

Tuesday, November 17, 2009

Candy blue eyes..

Saja ja la aku boh nama kat kaler eyeshadow yang aku tepek kat kelopak mata nuh..hihi...candy blue blue..tak tau nak boh nama apa dah..nak jugak letak nama dia..hihi..kaler yang aku mix kali ni adalah blue,light pink, light plum and dark plum..sumber yang digunakan dari brand yang murah-murah saja, silky girl and elianto..dan aku sangat berpuas hati dengan hasilnya...

Sebagai base, aku tepek light pink kat seluruh kelopak mata menggunakan brush yang bersesuaian...maaf..gambar kurang jelas..huuu

Kemudian tepek kaler biru..

Kaler light plum kat hujung..serta kat hujung other side dan tidak lupa hi-light pada bawah tulang kening dan ujung mata berdekatan batang hidung..


Then aku buat dimension kat ujung kelopak mata tu dengan tepek kaler dark plum. Ni dapat memberi ilusi mata yang mendalam..Bak kata orang putih it give dimension for deepest looking eyes. Masa blending sambil tu aku cuba hasilkan dia nya garis kelopak mata...

And then, line 3/4 lower eyes with eyeshadow color dark plum using angle brush..mataku terdapat garis merah..akibat tiada ambilan innershine pati prune..hihhi



Akhir sekali eyeliner dan mascara, serta tidak dilupankan membuat sedikit wing-wing di ujungnya supaya kelihatan ala-ala kajol kuch kuch hota hay walau tidak banyak sedikit sudah.


Sebagai tambahan line kelopak bawah mata dengan white eye liner. Ini dapat meng'extend'kan mata putih tu hasilnya mata nampak lebih besar sedikit

Dan teruskan dengan senyuman..hehheh..(tiada kaitan)..
Setelah seharian keluar tanpa membuat apa-apa penambahan pada mekap mata..telah menguji ketahanan warna eyeshadow pada mata..dan hasilnya memuaskan hati...even, balik rumah warna dia still kekal, tetapi agak pudar la sedikit



Friday, November 13, 2009

Yeah..mahu pulang malam ni...

Benda paling menggembirakan adalah pulang ke kampung halaman..aku rasa sejak akhir2 ni banyak kali dah aku balik alor staq...ye la, sejak boleh tumpang orang balik..hihi..bila kat rumah tak yah buat apa2 keja, dok goyang kaki nganga depan tv layan astro..hahah..memang automatik jadi malas kalau kat rumah..tapi ai tak la malas sangat, tolong gak la mana yang patot..hihi..(cuba cover balik)...dan aku paling rindukan masakan mak..dimakan bersama ulam-ulaman hasil tanaman abahku...
Uii..menyelerakan..memang tekak orang melayu ar ni...

Wednesday, November 11, 2009

feringgi...

Sabtu lepas azizi bawak jalan-jalan makan angin tepi pantai batu feringgi. Sebelum ni aku tak penah sampai lagi kawasan ni, selalunya kalau ke pantai batu feringgi pegi yang dekat-dekat jer, banyak dia nyer port, kadang-kadang malas nak sampai ke hujung, ambik port yang dekat2 jer..kali ni jauh sket pegi, nak sampai ke telok bahang nun, dia dekat ngan night market, kalau orang penang tau la tempat dia kat mana...best au kat sini..semua ada...payung terjun ada (ye ke..tak tau la apa orang panggil dia), jet ski ada, kuda ada, nak jamu mata tengok mat salleh landing berbikini pon ada..hihi..


Minum ayaq kelapa melegakan tekak yang hauss...pastu order chiken chop kat gerai kat situ..bajet mahal la chiken chop tu..siap ada salad dressing lagi..alih2, harga dia jus 9hinggit setgh ja..murah la kan..aku dah bajet mesti dekat2 20hinggit ni..

Nyum-nyum..sungguh lazat...





Below pemandangan di sekitar pantai..Time ni cepat-cepat tangkap gambar pastu lari, takot terlanggar..hihi



Banyak nah dok landing camne, hat ni ja aku sempat tangkap, takot depa perasan..hihi

Bawah ni la gerai2 night market tu..mahal2 barang dia..kebanyakan foreigner ja yang mai sini..bukan ori pon tapi mahai depa juai..kapak orang sungguh..aku selalu mai sini cari vcd..sekeping rm4 saja


Masa balik tu singgah makan kat Quensbay, mula-mula ingat nak makan ja kat gurney sebab dah dekat, tapi susah nah nak dapat parking kat situ..biasa la time weekend2 kat situ memang jam...so, masa kat quensbay adalah sedikit buah tangan..hihi..since nak tambah koleksi belt beli la dua ketui belt ni, time ni butik apa nama tah dia buat sale ..murah saja rm4.90 per each..aku pilih kaler cerah dan gelap, boleh di pakai bersama baju cerah ngan baju kaler gelap, kiranya boleh di sesuaikan dengan semua baju...

Tuesday, November 10, 2009

Simple green eyes



If i'm running late i will apply eyeshadows macam kat entry ni...nak jugak pakai eyeshadow kalau lambat pon..hihi..rugi ja beli kalau tak pakai kan..so, aku jus pakai dia sesimple yang mungkin..hihi..nak cepat kan..


1. Mula2 above lid aku letak kaler gold, kat ujung dia kasi pekat sket...
2. then bwh lid letak eyeshadow kaler hitam then tebalkan dia ngan kaler hijau...
3. pastu kat hujung letak kaler putih or any light color then blendkan kaler2 tu..
4. Akhir sekali, apply eyeliner & mascara..

Aku guna brush di bawah memudahkan nak apply eyeshadow bawah mata



So, outfit pon kaler green jugak..huhu..time mekap ni just nak balik alor staq je pon..sempat singgah makan kat r&r ja..hihi..

Eyeshadow's base



Just ordered above item from Avon..nak jimat..so, beli yang murah2 ja la for mekap stuff..hopefully creamy eyeshadow tu will works on mine...harap penggunaan dia sebagai base untuk apply eyeshadows yang lain atas dia berkesan...

Actually aku mahu sangat2 yang bawah ni..urban decay primer portion..as eye base. will make eyeshadow stay longer and vibrant on your eye lids..dengar khabar sudah terdapat di malaysia..mahu google carikk..







Thursday, November 5, 2009

Papadom, Alor star mall




Last saturday keluar dengan azizi dan adik dia, asma..oleh sebab tak de sapa kat rumah, mak ngan abah pegi makan kenduri rumah sedara dan aku malas nak ikot, sms azizi cakap yang aku bosan dan nak ikot dia keluar kalau2 la dia keluar ngan adik dia ari tu, aku pun nak join..hihi..bagus na azizi ni bawak adik dia jalan2..abang aku jangan harap la..bawak gf dia ja la selalu..sampai je alor star mall (ye.. alor setar dah ada panggung wayang yg class dah..hihi..sebelum ni yg biasa saja kecik je pon kat city plaza) beli tiket tgk crita papadom..


Bagi aku best gak ar crita dia..mesti ramai dah tgk kan..crita tentang kemanusiaan, hubungan kasih sayang ayah ngan anak nya...lawak dia best..memang asyik gelak je tgk cerita ni..

Ni la asma, tinggi dia ni..macam abang dia..aku pakai kasut tapak tebal baru la separas dia..hihi


Pas tengok wayang pegi makan kat Gorge Town (dia macam Old town gak la), aku dah penah makan kat Gorge Town sebelum ni kat Komtar, asam laksa penang dia best..mangkuk punya la besaq..banyak..jenuh nak habiskan sorang2..

Manis asma ni, mata macam hindustan...




Azizi dan dot.dot.dot..hihi


Tuesday, November 3, 2009

balik alor staq bersebab

Last friday malam aku balik alor setar, nasib azizi pon nak balik dengan nenek dia, boleh la aku tumpang dua kaki..hihi.kalau tak susah nah aku nak balik..mau jimat ma..hihi..xde la sangat, kalau nak balik, balik jugak..tujuannya nak ambik barang yang aku beli online, (tak la, tujuan sebenar mahu ketemu bonda dan ayahanda lar) rasanya dah berminggu2 aku tak ambik..rindu nah dengan barang tu..selalunya kalau beli online aku akan kasi address rumah kat alor setar, kalau kat penang ni susah sket ler..jarang ada orang kat rumah..semua pegi keja.....sementara tunggu azizi sampai, tengok nurkasih kejap, sempat gak aku tengok crita dia 30 minit pertama sebelum azizi sampai..hari ni aku dah perabih tengok cerita tu..my ofismate yang kasi..lelaki pulak tu, bayangkan selalunya pompuan ja layan crita2 macam ni..tapi crita ni aku perasan ramai lelaki pon yang suka tengok kan...

Hbag ni ada dia nyer tali panjang..boleh digayakan dengan dua cara..hee

Sampai je rumah terus cari barang yang selama ni aku nantikan, hehe...mak aku dah bebel2..asyik beli hbeg je..tapi aku dah janji dengan mak tak mau dah beli hbg sampai tahun depan..heee..tahun depan tak lama lagi...ye.. ye, aku juga berjanji dengan diri sendiri lambat lagi kot nak beli..mau simpan duit banyak2 ma...hua..so, selama setahun keja tiga hbag dibeli hasil titik peluh sendiri..yeszaa...mula2 aku tengok gambar beg ni kat tenet macam besar je..sekali tengok kecik jer..huu..tak pe la, aku tak de lagi hbg yang kecik..design dia ada sikit2 macam hbg beli ari tu...

Kat dalam dia...
Related Posts with Thumbnails