Followers

Wednesday, September 16, 2009

shopping tak berapa raya..hee..

Last week blk aloq staq, company aku cuti hari isnin, dlm sebulan dua kali hari isnin cuti, sebab cut cost punya pasal la..operator ngan org2 kat production line tak cuti, org2 opis je yang cuti..so, di sebabkan cuti 3 hari aku balik la aloq staq, sebabnya nak merasa juadah berbuka ngan sahur yang sedap2..hihi...kalau kat umah sewa kena ikhtiar apa nak masak la, apa nak beli la time sahur ngan berbuka, kalau dok rumah senang, dok makan je..hihi..tak de la, kena la tolong sama sikit2..
Keesokkan harinya tu aku keluar pergi pekan beli barang2 persiapan nak raya, macam kain kusyen, pelapik meja makan, pelapik meja tetamu, dan apa lagi tah aku tak ingat, so sebagai hadiah hari raya aku belikan baju untuk arif (adik) ngan abah dan hand bag untuk mak..lupa lak nak snap barang2 tu..kat pekan alor staq tempat yang best nak shoping or menjamu mata kat pekan rabu dengan area depan pekan rabu tu, arked ngan dataran cik dek (Tun Mahathir)...keluar sorang2 segan lak aku nak ambik gambar..hihi..

Dah abis membeli barang2 semua, apa lagi masa membeli untuk diri sendiri la..hihi..aku msuk city plaza singgah watson beli ZA's white eye liner (beli lagi, dah masuk 4 kali dah aku beli, haaiip)..di sebabkan harga dia above rm20, so aku dapat diskaun 50% untuk eye shadow dia, aku choose warna yang natural, harga dia tingai rm15 cam tu jer, hui murah..then pi beli krim herbal natasya, aku suka sangat krim ni, dah dua tahun aku pakai, masa p beli krim ni usha2 la kerongsang kat situ, then terbeli la kerongsang kaler warna warni ni..banyak sangat kerongsang dia, tak tau nak pilih yang mana, so aku ambik yang jenis warna warni ni, konon2 boleh masuk ngan semua kaler baju la..balik2 try, amboi besar gedabak, menyesal aku tak ambik yang kecik sket..

Then, beli garnier toner dengan moisturizer cream..act, dah dua tahun lebih aku tak pakai moisturizer ngan toner, sebabnya kulit aku jenis kombinasi, takut tambah berminyak kat area hidung kalau pakai..so far, dah beberapa hari aku pakai ni, ok la jugak, macam best jer garnier ni..murah2 pon murah..memang berbaloi..ceh..lagipon kalau mekap macam tak elok je kalau tak letak moisturizer ngn toner kat muka dulu sebelum bermekap, ye la nanti kalau kita apply faundation terus kat muka tanpa beralas, kan faundation tu direct touch our skin, nanti masuk dalam pori2, pastu bila cuci tak berapa la nak keluar, at least guna moisturizer ni leh la avoid dia dari direct kena kat kulit muka kita..patot la muka aku banyak jeragat, sebelum ni banyak bekas2 mekap tak keluar sepenuhnya..harap2 lepas ni kurang la sikit jeragat kat muka ni..then, bila apply faundation lepas bermoisturizer ni rasa licin je kat muka..hihi


Pastu p kat area city point, la ni dah lain dah, bertukar bilion pulak..haiip..biasa la alor setar, tak bina banyak pasaraya yang grand2 melihat pada kemampuan dan bilangan penduduk dia..kat situ ada jualan penghabisan stok, aku beli 4 helai kardingan, dengan harga rm5 sehelai..huiii..murah betoi..boleh pakai p kerja ni..pakai bersama blaus2 yang labuh..ceh..aim lepas ni kalau beli baju nak beli yang labuh2 sket, tak la labuh sangat, kira2 melepasi punggong camtu..kalau pakai t-shirt or baju yang paras pinggang ni x suka betoi bila tunduk je mesti baju tertarik dan nampak belakang, haiipp, tak suka..malu2..huhu




Kardingan 5 hingit sehelai

Tudung bawal di atas saja nak letak, bukan beli kat alor setaq pon, aku beli kat chowrasta kat area gorgetown, orang penang tau la kat mana, yang jenis manja lara tu dia letak rm15 sehelai, aku mintak kurang dapat la rm13 selai, yang batu air mata tu tak leh kurang, rm15 sehelai..murah betoi la..dah la bawal dia lembut, macam yang dulo2 kita beli sampai rm40 sehelai..harga bawal dah jatoh, ye la, bersaingan ngan tudung ikin, tudung dato' siti, tudung bienda dan macam lagi, yang pesyen tudung indon tu.

8 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

our camera same la... :)

norhaizan said...

Ye eh, geng panasonic lumix..yeah..

eis said...

kamera akak lumix gak. leh geng nih hehe. murahnya cardigan tuuu. balik kedah ni macam nak ajak hasben pi aloq staq plak. ada lg x?

ciare (^_^)v said...

comeiinyee tuan umah ^__^

~ Shariz ~ said...

tq follow blog Shariz:)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ! Enjoy ye :)

norhaizan said...

kak eis : ada banyak..belambak kak...p la kak..kat billion city plaza nuh..kalo shopping kat aloq staq, round2 la area depan pekan rabu tu, dataran cik dek..kuih raya, baju raya semua ada, apa pon ada..yeah, bravo!!geng lumix panasonic..hee..

ciare : tq..but u lg comey, suka tgk ur blog..ur eye make up style..hee..

shariq: welcome..selamat hari raya too..

aleena said...

waaahhh cardigan tue murah ok..
boley borong bebanyak.hikss

norhaizan said...

tu la pasai..jom2..beli byk2..hee

Related Posts with Thumbnails