Followers

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri...maaf zahir & batin..

Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..salam lebaran...balik kpg tu elok2..berhati2 di jalan raya..pada sesiapa yang beraya sekitar alor setaq jemput la mai rumah aku, leh makan sate..tiap2 tahun bila raya, tak kira la raya haji or aidilfitri..mesti jamu sate kat tetamu yang mai..hihi..kira special menu la..kalau la aku teringin nak makan nasi tomato ka..mee kuah ka..aku p la rumah jiran2...depa pon bila teringin nak makan sate depa mai rumah aku..hihi..act, bukan faktor makanan, tapi amalan ziarah menziarahi tu yang utamakan..
Aku rasa, mesti ramai yang dah bercuti or dah bertolak balik ke kampung, aku la yg dok kat opis lagi ni..malas betui ari ni nak buat keja..memang kedatangan aidilfitri dah terasa sangat ni...tapi jangan terlalu excited sangat, permergian ramadhan la yang menyentuh hati perasaan..entah bertemu ramadhan tahun depan ke tak, tak tahu la lagi...bulan yang penuh keberkatan, bulan kita berebut melakukan pelbagai ibadat di siang dan di malam hari untuk mendapat pahala dan keredhaan-Nya..
Semalam aku shopping raya lagi..hahha..ni kira beli yang perlu saja..perlu eh??haha..aku beli sandal nak pakai keja ngan jalan2..2 in 1..dan beli blaus 2 helai, buat pakai keja..murah au blaus tu, selai lebih kurang 20 hingit lepas diskaun 70%, best la membeli time raya ni..semua benda ada sale..janji kena ada duit banyak ja kalau nak beli macam2..hahah..
Tinggi au kasut ni, xpenah aku pakai kasut setebal ni...selalu nya memang aku dok pakai tebal2 pon, nak sembunyikan ketinggian sebenar..hahah..tapi sangat selesa la kasut ni..sukanya..hahha..memang pelaburan yang berbaloi..hahha..boleh la seiring sejalan dengan orang yang tinggi2..hahah
Ni la 2 blaus2 tu..boleh pakai dengan kardigan yang aku baru beli tu..
Semalam dok kalot kemas2 barang2 nak bawak balik kpg..so, petang ni lepas keja pecut balik, then ambik beg semua, then tunggu bus p jeti naik ferri, pastu tumpang azizi blk kedah..yea2..balik kpg..ooo..ooo..blk kampung

Penuh beg aku dengan baju2 semua..jenuh la nak berangkut naik ferri nanti..huhu..paper bag tu berisi kuih muih..aku beli 3 jenis ja ngan maruku, kerepek sket..cukup la tue..nanti balik loq staq mesti p beli kuih raya lagi..hihi

Duit raya pon dah di sediakan..sampul yang besaq tu nilai dia tinggi sket dari yang kecik..untuk di beri pada nenek, adik, anak sedara, anak2 sepupu ngan anak jiran terdekat..masuk raya kali ni dah dua kali aku kasi duit raya..

4 comments:

Ms.Independant said...

Camat Ari Raye! ^_^

KasOt tue sungguh cantek!

norhaizan said...

selamat hari raya jugak..
tu la, xsabar nak pakai raya..hee :)

::puteri_katak :: said...

no_od..
nak duet raya.. :P

Princess 1108 said...

salam..
http://www.nadiah-nad.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails